06 February 2009

tips : 10 petanda dia adalah jodoh kita :)


Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja
kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak dia mungkin bukan jodoh kita

Senang bersama
walaupun kita selalu bersamanya tidak ada sedikit pun rasa bosan, jemu atau pun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang atau pun malam ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apa pun kisah silam yang pernah kita lakukan dia tidak ambil peduli. Dia juga tidak amengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita


Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan kejujuran menjadi faktor penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi dialah sebaik-baik pilihan



Percaya mempercayai
Bagi kita yang merasakan dia adalah soulmate kita, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani kita. Kita rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasih kita berbanding rakan-rakan lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Berbahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya

Senang bekerjasama
Perkara paling penting kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. 

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa berduka dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga sedia mengalami pasang surut dalam percintaan.


Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. 

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga, kita dapat saling tahu poerasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa

Mimpi
jodoh dan pertemuan semuanya di tangan tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Ada kalanya dalam memainkan peranan sebagai pelakon diberi petunjuk melalui mimpi.. Mimpi memang mainan tidur tetapi apabila kita melakukan solat istikharah dan memohon tuhan memberikan petunjuk, insya allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk..Jika tidak tolaklah dia dengan baik.

p/s : aku penat nak berblog..mau berehat untuk beberapa hari..jangan rindukan aku ya..ehehehe

7 orang komen:

Liquid said...

ehe betui... betui... betui...
thnx 4 da info ea. =)

Monkey D Luffy said...

aku mcm dah ketemu jer ni... heheh

ezany said...

setuju..
tp nape yg turun dari langit xde.. hehe..

pal7 said...

kalau hati suda syg..ape pon sanggup kite wat..

*jgn cuti lelame..nant rindu lak..hehe

mYshah said...

menarik...
erm... tp kadang2 yg 1st tu mayb sebab die gabra kerna 1st date~ hahaha

vidadarisakura said...

oo
camni~
hee

crescent said...

tol2, hehe setuju..

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS