05 February 2009

aku tak nak lelaki macam ni

tak bermaksud nak menghina jauh sekali mengutuk orang lelaki sebab orang yang wujudkan aku dekat dunia ni pun adalah lelaki..yela ayah aku tak kan ayah kau pulak..dah sah-sahla ayah aku lelaki kan..hehe..apa yang mahu aku catatkan disini..aku paling pantang dengan ciri-ciri lelaki dekat bawah ni..ya bukan semua lelaki begitu kan..tapi ni antara ciri yang cuba aku elakkan..


Lelaki yang menyerupai wanita
-kenapa ya sekarang ni macam-macam orang yang aku jumpe..ade perempuan nak jadi cm laki..ade laki nak jadi cam perempuan..ape best sangat ke tukar-tukar jantina ni?pada aku seorang lelaki tu bersifat pemimpin dan akan memimpin..tapi bila tengok lelaki menyerupai wanita terus aku fikir..dah tak ada dah ke lelaki gagah lagi sejati dalam dunia ni??damn.


Lelaki pengecut
-maksud pengecut dekat sini..lelaki yang mudah menyerah kalah dan cepat putus asa..kata la nak cuba ngorat seorang perempuan..baru tengok perempuan tu keluar dengan lelaki lain terus tak nak cuba nasib..cehh konon-konon bajet perempuan tu dah ade bf laa..haha kesian..orang perempuan ni kadang-kadang banyak je kawan lelaki tapi.. tak semestinya dia keluar dengan budak lelaki dia sudah berpunya.. jadi jangan pandai-pandai teka tanyalah sendiri tuan empunya badan


Lelaki dayus
-aku paling benci lelaki kategori ni..bagi yang sudah berkahwin ciri-cirinya mesti menghabiskan duit bini dan bersenang-lenang dengan duit bini..duit bini duit die..duit die pun duit die..wah-wah..bagus betul lelaki macam ni..jadi bagi orang perempuan elakkan laa dari berkenalan dengan lelaki yang pada awal-awal perkenalan suka nak meminjam atau menggunakan wang anda..dia mungkin berpotensi besar jadi seperti lelaki di atas..wahai lelaki yang begini..kau tak malu ke pakai duit perempuan..harap badan je besar tapi mengepau je keje..


Lelaki kurang ajar
-kurang ajar maksudnya dekat sini lelaki yang suka menggunakan kekerasan terhadap perempuan..contohnya meninggikan suara..menengking..mengherdik..panas baran..kaki pukul dan sebagainya..bagi orang perempuan kalau seorang lelaki tu sayangkan kita dia tak akan gunakan kekerasan sebaliknya menegur dengan cara berhemah dan penuh sopan..ada lagi ke lelaki macam ni ek?orang perempuan tak suka dikasari dengan benda-benda macam ni dan hampir kesemua perempuan memiliki jiwa yang sensitif..mudah menangis dan tersentuh..jadi sayangi mereka seperti anda mengasihi ibu anda..bukannye menyeksa ngok!


Lelaki yang suka kaum sejenis
-baik lelaki atau perempuan allah melaknat pada mereka yang sukakan kaum sejenis..aku tak suka dengan mereka-mereka yang macam ni..tapi aku tak salahkan mereka yang jadi macam ni 100%..sebab bukan dia orang mintak jadi macam tu..tapi sebagai manusia kita boleh elakkan kan?buat apa nak cari penyakit..?kalau nak suka-suka je hentikanlah..sampai bila nak hidup macam ni nak seronok2 je?..kadang-kadang dia orang ni ckp orang yang sejenis ni lebih memahai golongan seperti mereka..lebih dikasihi..lebih disayangi..yakks tolonglah..dunia memang nak kiamat




Suami orang atau teman lelaki orang
-ini aku rasa semua tak nak..tapi ada segelintir jugak yang buat macam ni untuk kepentingan diri sendiri jugak..sanggup ambil hak orang lain untuk dapatkan harta yang banyak..kekayaan dan kemasyhuran dan macam-macam lagi..sekarang ni dah macam trend pulak orang perempuan kahwin dengan lelaki tua...argghh tak nakk..kalau ye pun nak memilih agak-agak laa..laki orang yang dah tua ganyut pun kau nak bedal jugak ke?mentang-mentanglah poket penuh kau sapu habis..aduii tak sanggup beb!


p/s : akan away this weekend..

10 orang komen:

crescent said...

tol2..sokong :P ngee~

Siti Fatimah Nabihah said...

hurm.. tul2! xsuka sume tue! ok.. c u later! papai..

vidadarisakura said...

betul3!

he

Pika Edogawa said...

yeah, same goes to me.
lelaki lelaki mcmtu mmg da byk
haihh
newayy, away ek?
oraitt :))

pal7 said...

naseb bek sume tu xde pd pal..hehe..

syareena said...

:)

mYshah said...

hurm.....shah rase sume org x suke laki camtu...

tp untuk "Suami orang atau teman lelaki orang" tu... shah kurang pasti sket la...
HAHAHA

Monkey D Luffy said...

auuwwww... u tak suka i ker?

ezany said...

sy pun x suka gak.. ngeh ngeh..

Adry said...

huhu.... doktor cinta ni... hehehe

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS