01 February 2009

bila aku kena buat pilihan

entri kali ni aku tak tau sangat nak cerita pasal apa..apa yang terlintas aku tuliskan aje.mood agak kurang baik dan masih tak stabil..mungkin kesan dari demam yang tak berapa nak baik lagi...bila kena buat pilihan?apa yang cuba aku sampaikan?sebenarnya dalam hidup aku..satu perangai yang aku perasan dalam diri aku adalah aku susah untuk buat satu-satu pilihan..adoii

aku paling lemah bab-bab kalau kena buat pilihan..kalau ada dua je pilihan yang aku kena buat mesti susah aku nak buat pilihan..dan aku lebih suka memilih kedua-dua pilihan yang aku ada itu untuk menyedapkan ati aku aja walaupun aku bukanla suka sangat pun dengan pilihan aku tu sebenarnya..haishh..lepas tu aku menyesal tak sudah..itu lah kelemahan aku yang tak dapat aku atasi lagi

dan apa perasaan kau orang bila terpaksa buat pilihan antara kehendak keluarga dan kehendak sendiri..?hah dua pilihan lagi..huhuhuhu..dekat sini kepala otak aku jammed lagi..ini juga sebab kenapa sekarang aku lebih suka ikut saja kehendak orang lain dari kehendak aku sendiri..kehidupan aku diaturkan oleh ibunda dan ayahanda..ya memang lah bagus untuk diri aku korang mesti akan cakap pilihan ibu bapa adalah yang terbaik mereka lebih tau apa yang baik untuk aku dan lebih berpengalaman....tapi aku rasa kadang-kadang macam aku tak ada life sendiri..aku terpaksa ikut kemahuan keluarga dari membantah cakap mak dan ayah..sampaikan aku tak diberi pilihan untuk buat pilihan sendiri..sedih oh..aku dah nak masuk 21 tahun..ehem baru nak masuk 21 okey tapi aku rasa aku dilayan macam budak-budak laa..tak ada kebebasan bersuara langsung..gila bosan..kadang-kadang terfikir sampai bila nak duduk bawah "ketiak" mak ayah?hmmm..ape nak buat?

tapi sebagai anak yang baik..aku turutkan aja keputusan yang dah dibuat oleh mak ayah aku..aku sebagai anak tak ada hak nak membantah kan?kena balas jasa mak ayah walaupun benda-benda macam ni menyesakkan dada..kenapa laa mesti kena buat pilihan..

pada mak dan ayah,
eira sebenarnya beruntung dapat mak ayah yang sangat memahami tapi eira rasa dah tiba masanya untuk eira mula belajar berdiri atas kaki sendiri..eira sayang mak dan ayah..walaupun kita jauh eira akan ingat segala nasihat dan panduan yang mak ayah bagi pada eira..tamat

cuba untuk tersenyum..hati tuhan saja yang tau


:(

9 orang komen:

Aduka said...

kena redha.. sbg mak bapak, tanggungjawab menjaga anak perempuan adalah lebih besar dan beban drpd tanggungjawab menjaga anak lelaki.. kerana tanpa bimbingan yg betul dr mak bapak betapa mudahnya anak perempuan itu terpesong.. fahamilah tanggungjawab mak bapak.. bukannya mudah.. kadang2 mmg kita rasa tak berapa seronok bila asyik dikongkong dan 'dibelai' seakan anak kecil.. tp sbenarnya byk kebaikan disebaliknya..

Anonymous said...

kekadang mak bapak punya pandangan berbeza dgn kita..tu perkara biasa

walaupun kita rasa kita dah boleh buat keputusan sendiri ada baiknya apa2 pun refer dgn diorang..tak rugi pun

jgn rasa terpaksa..tu yg rasa berat tuu

fq said...

mmg rmy yg ad mslh cm 2 gak...
sume nye sush nk wat pilihan...
ira sng x nk wat pilihan temn hdup?
hehehe

ezanykun said...

sume pekara leh cuba dibawa berbincang kan.. klu tertekan sgt.. terus-terang jer la kat mak dan ayah kamu tu.. ckp kat dorang eira dah besar.. leh pikir baik dan buruk.. xyah nak kongkong lg.. cuba la slow talk ngan dorang.. sekadar memberi cadangan jer.. hehe..

Luth Textile said...

biasala..
nt lama2 okla..

Kapten Luffy said...

kadang2 ada hikmahnya cam tu

Anonymous said...

Sentiasa kene ingat: skrg kita budak, nanti kita remaja..skrg kita remaja, nanti kita dewasa..skrg kita bujang, nanti kita berumah tangga.. skrg kita anak..nanti kita mak/bapak..

... semua ini mcm roda...

pal7 said...

besaba la dgn dugaan y mendatang..


membuat pilihan memang sukar..
kene btol2 teliti..pikirkan mane y lebey penting dan mane y lebey menjadi keperluan..kalo salah buat pilihan..sendiri yang akn tanggung segala kekesalan tersebut..

sEapUt "c@ said...

saya masih bingung.. entah sampai bila.. =(

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS