19 January 2009

oh lelakiku?


wahaha mungkin entry kali ni agak sengal dan boleh mendatangkan mual pada sesetengah pembaca tapi aku punye suka la kan nak tulis ape..blog aku suka hati aku laa nak tulis ape korang hanya boleh baca dan komen je..xbest?sile la tekan pangkah dihujung belah kanan ye =)..entry ini hanya untuk suka-suka sahaja tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati ;p ;p
berbalik pada topik diatas..ciri-ciri lelaki idaman aku?sebenarnya aku penah buat entry pasal ni tapi aku rasa aku nak tukar sikitlah..hehehe antaranya :

1. mestilah lebih tinggi dari aku..

memandangkan tinggi aku 159 je aku harap-harap dapatlah sorang lelaki yang tinggi siket dari aku..bukan apa romantik siket en bila part nak bertatap-tatapan mata hahaha..bak kata orang-orang tua dari mata turun ke hati..eceehh

2. bukan mata keranjang

hahaha ini best..aku paling suka part ni..sebabnya aku perlukan lelaki yang suka menatap wajah aku tak kira la dalam keadaan huduh ataupun cantik..hehehe even pada masa tu beribu lemon gadis-gadis cantik memandang si dia..tapi matanya hanya tertumpu pada ku saja..cool bukan?ohh kaula heroku..

3. misteri nusantara

aku paling suka lelaki yang ade ciri-ciri ni sebab buat aku tertanya-tanya apa yang dia mahukan dari aku dan aku rase seronok bila aku kena explore sendiri attitude dan perangai dia..sebabnya aku cepat boring dengan sesuatu..jadinya bila aku dh faham sangat-sangat perangai si dia tu aku akan tau laa bila die marah bila die merajuk..sangat biasa..aku mahu sesorang yang boleh buat aku terpegun dengan ciri-ciri kelelakiannya..hehehehehe baru la syok

4. spontan.kelakar

serius aku lebih tertarik dengan lelaki yang boleh buat aku ketawa atau gelak guling-guling sampai juling hahaha..bila aku selesa dengan die akan timbul keserasian sekaligus wujudnya persahabatan sebab aku suka mulakan bab percintaan dengan berkawan terlebih dahulu..kenal hati budi la katakan :)

5. bukanlah anak manja/anak mak a.k.a berdikari

aku tak suka..sikit-sikit mak..nak duit mak..suar dalam ataupun boxer pun mak jugak yang basuh..adehh aku lemas kalau dapat laki macam ni..lagi lemas bila setiap keputusan yang dia ambil mesti kena tanya mak..aku sukakan lelaki yang berdikari..boleh selesaikan masalahnya dengan sendiri tanpa bantuan orang lain..bijak selesaikan masalah sendiri tanpa membesar-besarkan sesuatu hal..dan yang paling penting mintak pandangan/pendapat aku..hehehe

6. penyabar

aku jenis yang cepat marah dan cepat sejuk dan aku akui aku sering buat keputusan tak seiring dengan akal fikiran hahaha tak matang siutt..15 minit yang lepas marah-marah dan selepas 10 minit kembali tersenyum cam tak ada apa-apa yang berlaku..waah baguskan aku?hahaha dan dia mestilah tahan dengan kerenah aku yang sukar diduga ni..hihi

7. buat hati aku berdegup kencang

part ni memang payah nak cari..aku masih belum berjumpa dengan orang yang boleh membuatkan dada aku berdegup kencang bila bersama dengan dia..yang bisa buatkan aku tak senang duduk bila nampak kelibat dia..lagi seronok bila dapat dengar sendiri degupan jantung die yang bergetar-getar bila bertentang mata dengan aku..fuh nervous habis..dup-dap-dup-dap laa wa cakap luu  ;p ;p


8. sering buat kejutan

bukan kejutan elektrik ye..hehe yang ni sebenarnya ciri-ciri utama tapi cam susah je kan jadi aku letak la akhir sekali..aku paling suka lelaki yang pandai buat kejutan..contohnye bagi flower kat aku tengah-tengah orang ramai dan buat aku tersipu-sipu malu..waaahhh gerenti tak reject hahaha sebabnya barulah seronok sekali-sekala dalam perhubungan tu diserikan dengan kejutan-kejutan manja gitu..ewahhhh hahaha berangan !! ;p ;p



cukup-cukuplah lapan dulu..
p/s : ini hanya omong-omongan kosong..saja mau merelease tensi hehehe.. :)

14 orang komen:

ahmdsyhmi said...

misteri nusantara?
ahaha..

the seekers takdak??

perghh..
cerewet gak die ni rupenye...

[yAN!e][pUTraJAya] said...

baik ambik lelaki expose mistik yg kat astro tu

hehehhee....mencari lelaki idaman malaya eh dik...

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥


*********************************

Adry said...

wow... susah gilerr nak dapat ni... hehee

sEapUt "c@ said...

=)

Hazwan said...

seperti biasa, wanita mahupun lelaki mencari yang memenuhi citarasa diri.

omong-omong kosong mungkin boleh.

tapi kenyataan mungkin sedikit lari.

cermin diri dan nilai apa yang terbaik untuk diri.

myzatulHanim said...

suka laki yg klakar..:]

Monkey D Luffy said...

aku ler tu... hahaha

Siti Fatimah Nabihah said...

wa.. byknya! erm,hope lelaki idaman kak muncul nnti! hehe^^

epalgreen said...

ni sekadar angan-angan je..
aku belum nak lagi berpakwe-pakwe

:)

pal7 said...

ait..ade chan la pal ni..

sume ciri2 y dsebut tu ade kt pal nih..hehe

mfk said...

haha...
lama rasenyer tak komen x eira nyer blog,
ermmm.. dr ciri2 tue..
dpt 6/8 jer kot..ke kurang lagi..
tapi pass kot.. ;)

K-A!R-yL or KhairiL's said...

x mgkin akn dpt suma ciri2 tuu sbb manusia suma x smpurna...

tp kita bleh m'cari kearah kesempurnaan kan...jd x slh le kan klu nk angan2

hehehe

mYshah said...

uhuuhu, eira2~ bgus la berangan2 cume kne slalu igt la xramai org yg sgt bernasib baik kat dunya ni bley dapat ape yg diharapkan~ tp btol la kan, xsalah berharap
gudluck k~

ni adalah hint kepada sape2 ke? huuhu

crescent said...

cres nak laki yg leh buatkan cres gelak aje..
mesti hari2 cres happy je ngan dia :D

btw gudluck!! hehe

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS