29 January 2009

7-9 tahun bercinte je?

mesti kau orang pernah dengar cerita cinta begini kan?
kagum kan? cerita cinta dari rakan-rakan yang bercinta bagai nak rak sampai membawa ke 7-9tahun bercinta sahaja..aku kagum pada mereka yang mempunyai kisah cinta yang hebat begini..bagaimana caranya mahu mempertahankan cinta seperti ni ek..?ada idea?


cerita cinta sebegini semestinya bermula sejak dari bangku persekolahan lagi kan?dulu zaman bercinta di waktu sekolah menengah orang menggelarkan cinta ini sebagai cinta monyet..ceritera cinta dongeng yang tanpa kita sedari cinta ini jugalah yang kadang kala membawa sehingga ke jinjang pelamin..indahnya bila aku imbas balik zaman cinta persekolahan aku dulu..zaman-zaman hingusan haha..kau orang tahu tak..waktu dulu aku hanyalah mempunyai secret admirer..tak pernah terlintas langsung mahu mendekatkan diri apatah lagi berkawan rapat sangat dengan pelajar lelaki..sama macam pelajar perempuan lain hanya minat-minat gitu aja..dan kalau aku berkawan rapat pun ianya tak lebih hanya dari seorang kawan..ego seh..padahal dalam hati ade gak rase cm nak menggoda-godaan siket kan..tapi bile pikir balik malas aku mahu menjewang..macam tipu je ni hehehe


sepanjang 21tahun aku hidup di muka bumi ni aku belum pernah punyai kisah cinta begini..mereka yang bercinta lama ni semacam saling melindungi, melengkapi antara satu sama lain..semacam sudah mengenal sebenar-benar perangai pasangan mereka sampai mampu bertahan bertahun lamanya..aku anggap hubungan begini unik..sebab bukan semua orang dapat rasai cinta macam ni..pengekalan dalam suatu hubungan itu sangat sukar untuk dilakukan bagi setiap pasangan yang bercinta kan..alah bisa tegal biasa..bergaduh dan bertengkar tu satu lumrah dalam bercinta..kalau marah tandanya sayang..hahaha geli aku..satu hubungan itu tak akan berjaya tanpa komitmen daripada kedua-dua belah pihak dan kepercayan kesetiaan dan kejujuran tu penting dalam membina hubungan yang bahagia kn?ape hal dengan aku neh?hahaha


macam kata-kata pujangga ni..hanya seminit diperlukan untuk mengenali seseorang..hanya sejam diperlukan untuk menyayanginya tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakannya..sayangilah orang yang lebih menyayangi dirimu lebih dari dirinya sendiri dari kamu yang menyayangi seseorang kerana orang yang kita suka akan pergi kepada yang mereka sayang dan meninggalkanmu..jadi hargailah cinta itu..mencintai tak semestinya memiliki..kalau kita sayangkan dia..kita perlu melepaskannya..jika dia kembali dia akan tetap menjadi milik kita tapi jika tidak selamanya tak mungkin menjadi milik kita..renung-renungkan dan selamat beramal hahaha  ;p  ;p

p/s : aku tunggu jodoh turun dari langit je ;p  ;p

11 orang komen:

Ajaque said...

Percintaan mempunyai keunikan yang tersendiri. Islam sama sekali tidak melarang percintaan malah mengalakkanya. Namun Allah sebagai pencipta yang amat mengetahui tentang apa yang diciptakan telah menggariskan batas batas dalam percintaan.

Wallahualam

fairuzniza said...

urm..
tak penah becinta lama2..paling lama pun 2 tahun je..tapi hopefully, yang kali ni akan kekal sampai akhir hayat..sampai ke jinjang pelamin..*doa2* amin..

kadang tu, nak tau jugak cane orang leh tahan lama masa becinta. ada kawan sorang tu dah 5 tahun becinta. ada tu dari sekolah menengah sampai sekarang..

paling banyak dapat tips bila tanya orang yang kapel lama2 ni adalah..toleransi dan tolak ansur :)

zatul.hernani said...

uhu.. mcm nani jek citernye.. hehe~~

*pil.tahan.sakit* said...

hehe komen ringkas.. jodoh di tgn tuhan..

Monkey D Luffy said...

bg kapten lah kan... cinta selepas kahwin lg best

ezany said...

"kalau kita sayangkan dia..kita perlu melepaskannya.."

mmg perlu ke buat camni.. kalau perlu.. tak sanggup la sy nak buat.. hehe..

mYshah said...

cinta itu unik
cinta itu buta yg xberapa buta
shah pon tgh tunggu cinta turun dr langit (haha tipu gile)
nway maaf lame xjenguk page ni
tgh study week
doakan kami ye exam final 4th year selasa nih
take care eira
wasalam

dir&fara said...

ehemmm.. ape cer adik yang masih tunggu abg ragby turun dari langit ni?? hehe.. emmm.. bulan depan dir ngan fara dah cukup 8 tahun couple.. hehe.. lame jugak kan tu?? 2 tahun lagi naik la pelamin ni.. hehe.. insyaallah.. jangan bagi present bola ragby plak ye.. hehe.. anyway dirfara doakan eira dapt jodoh yang baik2 dan melindungi eira seperti dia memeluk erat bola ragby tu.. wahahaha

iyayaya said...

i pun jeles kat org yg bercinte bertahun2 neh
boleh kan mereka bertahan
i yg bru bpe bulan pon dah gaduh jekk
x sms sikit gadohh
hasiisshh! susah tol bercinte
aiyoo, terlepas sudey
hahaha

epalgreen said...

iya..
u muda lg..
eira dh 21 dh pn..
so rileks2 sudeyhh

pal7 said...

pal masih kosong..

lalalalala..

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS