Showing posts with label my campus life. Show all posts
Showing posts with label my campus life. Show all posts

29 April 2011

nota kecil

hai korang .


ade pesanan sikit dari tuan belog.


- mintak maaf sebab tak dapat nak update selalu blog ni , sebab sekarang tengah nak final exam. doa-doa kan aku ye . nanti ada masa terluang aku akan update blog yang terchenta ni .


- aku baru balik dari Taman Botani Putrajaya , penat gilerrrrrr . keluar bersama kawan - kawan satu course .


- korang bebas nak ambil tutorial dekat blog ni . tapi bagitahulah aku ye . terima kasih
1 orang komen

19 April 2011

bila perasaan gembira dan risau bergabung !

hai semua . apa khabar? sihat tak? harap - harapnya sihatlah semua ye . alhamdulillah hari ni baru dapat update satu lagi entri sebab kerja dah berkurangan dan masa pun ada sikit ni . mintak maaf sebab jarang sikit update blog semenjak dua menjak ni . sibuk dengan urusan belajar , dengan baru nak baik demam nye . tapi alhamdulillah dan terima kasih dekat semua yang baru mem"follow" aku dari dulu sampai sekarang dan semakin bertambah bilangan pengikut blog ni sekarang . happy lah jugak kan . terima kasih ye korang sebab sudi singgah dan baca entri yang banyak merapu dari biasa . ok lah mari kita cerita pasal entri yang berkaitan dengan tajuk di atas . hari ni ada lah sikit aku nak update pasal hidup aku ni .


kita cerita yang gembira - gembira je dulu ok . memandangkan korang dah tahu aku sibuk sikit dengan urusan pelajaran , banyak kerja yang dah di settle kan dan syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya sajalah aku dapat selesaikan hampir ke semua kerja yang melambak-lambak university aku ni bagi  . macam biasalah kan , university aku ni suka bagi kerja last - last minit . waktu nak dekat final exam lah bertimbun lab report kena hantar , assignment kena hantar , kena buat mini project dan sebagainya . dan baru - baru ni aku sangat gembira sebab walaupun banyak yang dah terjadi antara aku dan kawan - kawan sekelas tapi aku tetap bersyukur , kerja tetap jalan . betullah orang kata pengalaman tu mendewasakan . banyak yang aku belajar dekat sini . walaupun banyak mulut yang berkata-kata aku hanya mampu bersabar kerana tuhan itu lebih tahu apa yang terbaik . dan aku hanya mampu merancang , perancangan tuhan itu sesungguhnya lebih baik . kan ?


alhamdulillah lab session untuk thermocouple sensor dengan arduino menjadi lepas berpuluh kali testing , lepas nak kena baling kerusi dan marker dengan sir , ditambah pulak dengan di ceramah cukup - cukup dengan sir itu dan ini . perggghh memang menguji kesabaran aku . kalau tak disebabkan hormat mesti ada rasa nak memaki je . huhu tapi tak apa sir buat macam tu untuk kebaikan aku jugak . untuk subjek continuous time signal and systems pulak aku dah berjaya siapkan kedua-dua assignment yang memang susah bangat lah . tak tidur buat assignment signal ni . boleh kata penyebab demam ni aku rasa sebab aku terlampau stress dan bila duduk di hostel tak ada apa yang dapat aku buat sebab hanya terdedah dengan kawasan sekeliling . nak keluar transport bukannya ada . kalau siang tu memanglah bas ada , teksi tapi UIA pulak tutup pukul 7 . hehehe sangat bosan duduk hostel tapi kadang-kadang menjimatkan jugak huhu :P . sekarang ni yang tinggal hanya mini project workshop and medical instrumentation je . workshop kena buat panel , kena hantar hari jumaat ni . medical instrumentation pulak kena hantar lab report . harap - harap sempatlah aku siapkan . walaupun kerja berkumpulan tak bolehlah nak ambil ringan je kan . 


dan baru - baru ni university aku dah keluarkan notis untuk final exam punya schedule . perggghhh memang risaulah . tak ready apa lagi ni . kerja pun baru je nak siap . baru ingat nak rehat -rehat tapi nampak gaya tak dapatlah . kena menelaah pulak . semester ni 3 subject medical yang aku ambil . makna nya ada banyak topik yang aku kena baca dan hafal . adoiyaiii . subject medical ni lebih kurang macam biologi waktu sekolah menengah jugak tapi dia punya version jauh ke dalam lagi . siap sedia lah nak baca physics , laser dan instrumentation . takutnya rase T______T . sebenarnya semester ni aku dapat kesan yang subject laser sangatlah susah sikit aku nak faham . sebab banyak sangat theory nye . oklah banyak sangat berceritanya . mehlah sama - sama kita tengok jadual final exam aku untuk semester ni



  • 3 MAY - ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI
  • 6 MAY - CONTINUOUS TIME SIGNAL AND SYSTEM
  • 10 MAY - MEDICAL LASERS
  • 11 MAY - INTRODUCTION TO MEDICAL PHYSICS
  • 13 MAY - MEDICAL INSTRUMENTATION

p/s : doakan aku sukses selalu . amin :)

4 orang komen

12 April 2011

mini project thermocouple sensor with arduino part 1

aku sibuk dengan buat benda-benda ni . masa aku banyak habis dekat lab workshop dengan medical instrumentation . so aku agak jarang dapat update . tapi aku nak korang tengok sikit progress group aku . ape pendapat ? hahaha . ok lah layan video ni k . maaflah kalau video tak berapa nak clear hp nokia je kot .

0 orang komen

05 April 2011

OPKIM : Rumah Anak Yatim Tambun , Perak

hai semua . ni baru ada kesempatan nak update dalam keadaan kerja yang memang dah banyak masih nak jugak update blog terchenta ni . ok lah pada 2 April 2011 baru-baru ni UniKL - BMI telah adakan khidmat masyarakat di Rumah anak yatim Tambun , Perak . bagi aku module 1 OPKIM , ini adalah kali kedua aku melakukan khidmat masyarakat dan memikul tanggungjawab sebagai salah seorang organiser dalam program kali ni . sebelum ni , program OPKIM di Perak yang baru je selesai aku jadi salah seorang follower nya . siapa-siapa yang nak lihat entri aku di Perak boleh lah refer di entri ni . dan dalam banyak-banyak pengalaman aku yang ada dekat BMI ni , pengalaman berada di rumah anak yatim ni antara yang paling menginsafkan aku , bahawasanya ada orang lain yang lebih susah dan memerlukan kasih sayang dan perhatian , yang patut aku syukuri dapat nikmat yang lebih baik dari mereka . sama-samalah kita doa moga ada lebih ramai lagi insan-insan prihatin di luar sana yang akan membela nasib anak-anak di rumah ini .

bila melihat raut wajah setiap penghuni rumah ni , hati terasa sangat sayu . masih kecil dan sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang yang lebih dewasa . seronok lihat keletah mereka yang gembira melihat kedatangan kami yang seramai 51 orang termasuk guru-guru pengiring . satu pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupa . tak ada apa yang membezakan kami . kami melayan anak-anak ini sedaya upaya dengan menggembirakan hati mereka . selain dari tujuan asal kami , membersihkan sekitar kawasan belajar dan tempat tinggal mereka . alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun hujan sangat lebat silih berganti sampai ke petang . semoga anak-anak ini sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t dan nasib mereka selalu terbela . dan sepanjang program ni berlangsung kami mendapat layanan yang cukup baik dari pihak rumah maahad ini . macam-macam aktiviti yang di atur sepanjang berada di rumah anak-anak ini bertujuan untuk meluangkan sedikit masa sambil bergembira dengan mereka . di bawah ni antara gambar-gambar yang sempat aku ambil dan ada yang diambil dari website maahad ni sendiri . layankan aja ok .















tu aja update kali ni . ada masa update lagi .
1 orang komen

01 April 2011

islam sains dan teknologi exhibition

hai semua sihat ke ? aku masih lagi tak habis penat lagi dengan kerja yang tengah melambak-lambak sekarang . macam aku janjikan sebelum ni aku nak blogging pasal exhibition ( IST ) ni kan . jadi sementara ada masa terluang dan tak banyak sangat kerja lagi marilah kita mengupdate blog secara cepat dan pantas . sebenarnya exhibition ni semalam tapi hari ni baru dapat update tu pun lepas habis viva electrical engineering workshop pagi tadi . memang nervous habis lah bila nak viva . kecut je perut kalau-kalau litar yang aku buat tak menjadi macam yang disangka dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar syukur pada Allah s.w.t . ok lah berbalik pada tajuk entri kali ni , pasal exhibition ni pada aku tarikh exhibition ni sangat tak bersesuaian untuk buat exhibition sebab dalam waktu yang sama OPKIM tengah buat jumble sale untuk kutipan derma untuk anak yatim , dan ada pelajar yang kena pergi site visit OSHA dekat NIOSH . banyak sangat clashing nya . dah tu lecturer seboleh-bolehnya nak suruh pelajar attend semua event yang aku sebut dekat atas . ape lah kan . tak datang markah group akan di deduct lah macam biasa . kesian pulak dekat pelajar yang kena situasi macam ni .

tapi alhamdulillah program dah berjaya dilaksanakan walaupun macam serba tak kena sebab dengan preparation yang kurang , semua orang pun sibuk dengan kelas sampai tak berapa nak sempat nak set up booth elok-elok ada jugaklah rasa terkilannya .  tapi apa boleh buat , kita hanya mampu merancang allah yang menentukan segalanya . walau apa pun aku sangat bersyukur dengan segala usaha yang dah group kitorang berikan walaupun tak sesempurna group lain , sekurang-kurangnya ada effort juga untuk buat semua ni secara berkumpulan . memang penat jugaklah kan berdiri 3 jam dekat cafe tu , melayan orang datang booth dan buat demo pasal gunung berapi . boleh kata gunung berapi tu jela attraction orang ke booth kami ni . subjek islam sains dan teknologi ni 1 kredit hour je , walaupun 1 kredit hour je tak kan nak buat main-main kan . ok lah ni ada lah gambar sikit sepanjang exhibition , tak sempat sangat pun nak bergambar . cafe sesak banyak sangat orang :P












p/s : tu aje update kali ni ... bye
 
0 orang komen

30 March 2011

update tercepat dan terpanjang dari biasa .. ceewah

hai semua . apa khabar hari korang hari ni ada ok? aku pulak makin hari makin sibuk . yela sekarang pun kerja dah melambak-lambak sangat dengan presentation , phase test , lab bagai . harap-harap semuanya sihat- sihat belaka . banyak sebenarnya nak cerita dalam blog ni tapi kekangan masa lah sekarang jadi haruslah mengupdate dengan kadar segera sementara dapat berebut lagi wi-fi dengan pelajar-pelajar BMI yang lain . waktu-waktu kena buat assignment dengan presentation ni laa susah sangat nak dapat line dekat hostel ni . memang menghampakan . entah bila nak ok internet dekat sini agaknya . dua minggu yang lepas ada berlangsungnya nadwah penghayatan islam dekat u kitorang ni . memang ada banyak sangat program sebab biasalah kan duduk hostel mesti nak kena kumpul kupon :P , kalau tak kang semester depan kena duduk luar pulak . well aku malas nak duduk luar sebab bila ada lab atau kerja group aku malas nak ke hulu ke hilir . baik aku duduk diam-diam je dalam hostel ni . orang boleh cakap apa je , aku skema ke menda ke aku tak pedulik dah janji kerja aku terurus dekat sini dan tak menyusahkan orang .

oklah kita sambung cerita ye . 15 March hari tu ada busana muslimah dan pertandingan nasyid muslimah . bestlah jugak sebab yang boleh pergi tengok program ni hanya budak-budak perempuan je . malam tu macam macam bakat lah yang terkeluar dari budak-budak ni . ada acara memperagakan pakai ( fashion show ala-ala muslimah ) , pertandingan nasyid dan macam-macam lagi yang menghiburkan . setiap floor penghuni asrama perempuan kena hantar wakil . kelam kabut semua cari pakaian yang sesuai sebab semua pun diberitahu sehari sebelum majlis berlangsung . memang haru biru lah jugak kan . dekat bawah ni ada gambar-gambar sepanjang majlis . layankan aja ok gambar aku dengan kawan-kawan aku . hehehe special kredit to elyana shahrin sebab aku ambil gambar-gambar ni dari facebook dia 


geng-geng budak medic 


dalila :P


bergambar dengan model number 6 :P


model-model yang menang :)

seronok jugaklah kan bila tengok kawan-kawan kena make up bagai , bagi support dekat kawan-kawan walaupun majlis malam tu habis agak lewat tapi kawan punya pasal takpelah kan . waktu zaman belajar ni jelah dapat luangkan masa bersama bila dah habis belajar dan bekerja nanti dah susah nak jumpa dan berkumpul ramai-ramai lagi macam ni . lepas dari program ni kitorg kena pergi gua gendang pulak untuk aktiviti co-q . co-q ni cocuriculum sebenarnya . OPKIM kali ni dekat Pengkalan Hulu , Perak . memang pengalaman yang best sangat sebab masing-masing pun tak pernah masuk gua sebelum ni tapi maaflah gambar dalam gua dan sepanjang perjalanan dalam hutan tak dapat nak ambil sebab hujan lebat sangat sepanjang program dan kita orang tak berani nak bawak kamera sebab aktiviti air .

apa yang menariknya dekat gua gendang ni ye . ? ok lah kita cerita satu-satu lah dari segi tempat , pengalaman semualah ok . kalau korang tanya aku yang suka sangat bercamping ni memang aku cakap best gila lah sebab ni antara aktiviti ekstrem lah yang belum pernah aku cuba . buat pengetahuan korang aku memang dah selalu masuk hutan bercamping dulu dan bila ada aktiviti macam ni dekat kolej haruslah aku ikut serta kan lagi-lagi pergi gua ingat senang ke nak dapat peluang macam ni kan ? kalau dari segi tempat pulak , tempat dia memang semulajadi hijau dan tersangatlah sejuk . udara dah memang nyaman dan jauh sangat dari asap dan perkampungan luar . line hp pun tak ada ok nasiblah korang kalau terjatuh ke lemas ke dekat dalam gua tu hahahaha :DD . pengalaman paling best sekali waktu nak masuk dalam gua tu . dia ade 3 mulut gua tau . pertama sekali gua itik . aku rasa dia dinamakan gua itik sebab kita kena jalan macam itik kalau nak masuk dalam gua tu . kalau berdiri memamng langsung tak lepas lah kan . dalam gua tu pulak ada macam-macam jenis batu tau . batu bentuk binatang , hantu pocong , batu marmar hitam , kristal dan macam-macam lagi .

dan pengalaman aku yang paling menakutkan dekat dalam gua tu waktu ada ular air . pergghh ular air ni memang pandai sebabnya bila kita orang dah mula nak jalan dia pun mula nak mengejar kita orang yang dalam air ni . ape lagi semua pun panik lah kan dengan air yang deras , dengan batu-batu besar yang tak nampaknya , dengan pasir jerlusnya memang mencabar lah . disamping tu kitorang ada jugak jumpa katak baikkk punya besar dekat dalam air tu , macam katak jadian pun ada . ada jugak 2 - 3 orang kawan-kawan aku yang lemas dan dihanyutkan air . penat dia memang tak payah cakaplah kan . kaki dah berat melawan air , belum campur lagi dengan pacat dan lintah yang bapaklah banyak nya dekat dalam dengan luar kawasan air . sabar jelah . banyak jugaklah yang aku kena untuk camping kali ni . kena gigit pacat dekat pinggang , kena gigit dengan lebah waktu berjalan , tangan terkena duri , semput bila naik bukit yang tinggi hari tu , aku memang tak nafikan memang rasa dah tak ada nafas dah waktu tu sebab dengan hujan nya dengan tanah licinnya terpaksa jugak aku redah . memang pengalaman yang tak kan aku lupa lah . tapi aku suka sebab lain dari yang lain . ni antara gambar- gambar yang ada sepanjang program di gua gendang .






p/s : tu aja update untuk kali ni nanti sambung lagi dengan cerita exhibition Islam Sains dan Teknologi pula :)



0 orang komen

18 March 2011

permulaan arduino dan sedikit kekecewaan

hai semua . hari ni ada masa terluang sikit , tak banyak kerja dan aktiviti hostel yang nak kena hadir , jadi haruslah mengupdate blog terchenta . guess what ? penat sangat minggu ni . terkejar-kejar buat kerja dengan mini project lagi nak kena buat . penatnye rase . macam nak menjerit kuat-kuat . tapi menjerit pun dapat buat apa kan? minggu ni banyak jugaklah kena siapkan . proposal OPKIM , artikel pasal bencana alam untuk subjek islam sains dan teknologi , baru je lepas belajar arduino dan mungkin akan buat lab lepas ni , baru jugak dapat mini projek dari Sir Azman untuk mini projek LED running light , coursework Mandarin yang masih pending dan macam-macam benda lagilah nak kena buat . jujur cakap aku perlukan lebih dari 24jam . banyak tak cukup tidur , kelas pun dah dua tiga kali terlepas sebab terlajak tidur . biasalah kan dah tidur lewat sampai tak sedar dah terlepas kelas . tempat aku belajar ni kalau cukup tiga kali tak datang class , akan di bar subjek tu . maknanya kena ambil subjek tu untuk sem seterusnya lah . 3 kali je wei sedih tak? yuran satu sem dah tentu-tentu mahal nak kena repeat pulak lagi memang haruslah kan pergi sekolah tiap-tiap hari T___T .


berbalik pada entri kali ni aku ada sebut pasal arduino ni dalam entri aku yang lepas-lepas dalam blog ni . kalau nak tahu serba sedikit tentang arduino bolehlah refer pada entri aku di sini . waktu mula-mula nak belajar arduino ni semua pun macam cuak nak guna sebab dia punya barang mahal jugaklah . satu board kecil arduino ni berharga RM109 tau . jadi semua pun belajar dalam keadaan tak berapa nak riang ria sebab masing-masing takut arduino ni blow ke hape ke kan . sekali kan memang sangkaan aku meleset sangat sebab arduino ni sangat mudah nak digunakan berbanding JAL dan Proteus . bagi budak-budak yang ambil course engineering mesti ada guna software-software yang macam aku sebutkan di atas ni . semuanya sudah di setkan dalam arduino tu . kita cuma nak modify balik je coding-coding supaya jadi macam mana yang kita nak dan untuk tahu litar kita menjadi atau tak kita hanya cuma perlu sambungkan ke laptop je untuk tengok hasilnya . senang sangat sebab banyak example dah ada dalam program arduino ni . nak belajar sendiri pun boleh melalui handbook dan video dia sebab arduino ni open source dan tak ada siapa boleh claim yang coding tu dia yang punya . maksudnya dekat sini siapa-siapa pun boleh ambil dan tiru coding yang kita buat bila menggunakan software arduino ni .


paling bestnya arduino ni dia ada banyak contoh untuk kita refer dan ia sangat bagus untuk budak-budak yang akan ambil final year project sebab coding dia dah senang dan tak payah banyak fikir pasal software . padanlah Sir kita orang , Sir Hisham tak bagi ada partner masa final year project nanti . katanya dah tak banyak coding atau kerja yang patut satu-satu pelajar buat sebab arduino dah memudahkan kerja coding kita orang . tapi kan final year project kot . agak-agaklah kalau nak buat seorang . banyak kot cost yang nak kena keluar untuk satu-satu projek . banyak nak kena buat research . dan bermula semester depan , semester 6 kita orang dah kena buat proposal untuk final year project . pergghhhh menggigil satu badanlah macam ni . dulu pun aku tak pernah buat projek sorang-sorang semuanya berkumpulan . sekarang waktu degree kena buat sorang-sorang memang patutlah aku cuak . construct circuit pun salah-salah lagi . adoi tolong T_____T . macam manalah gamaknya aku buat FYP sorang-sorang ye ? huhuhu nervous nya lah haiiii .


part paling kecewanya lah kan . tahu tak kalau aku tak dapat appeal ambil lebih kredit hour sem depan , sampai ke akhir semester aku kena ambil 17 kredit hour . perggghhh memang hebatlah kan sebab semester akhir sebelum intern dah nak kena buat FYP , dapat pulak nak carry banyak-banyak subjek lagi memang cari nahas lah aku kan . sekarang tengah memikir macam mana nak selesaikan masalah ni . ingat nak ambil short semester tapi kawan-kawan bagi cadangan suruh appeal pulak . kalau appeal next semester kena ambil 19 kredit hours kot . hebat kan ? huahua kalau boleh aku tak nak lah pointer aku merudum jatuh . kalau boleh sem - sem akhir ni lah nak score sehabis baik . tapi kalau subject pun dah menimbun sempat ke aku nak belajar ni ? adoi pening kepala memikir . memang dah tak banyak subjek yang tinggal tapi kebanyakkan nya semua 3 kredit hour . banyak tu nak kena score . memang menyedihkan lah . baru nak gembira-gembira dah nak habis belajar , tapi nak habiskan belajar tu dia punya onak liku dah boleh buat novel dah hahahaha :DD dan aku nak kongsikan satu mutiara kata menarik ni dengan korang semua .


Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.


fikir-fikirkan . ada masa update lagi . bye
2 orang komen

25 February 2011

phase test dah habis

hai semua . kali ni memang nak mintak maaf sangat sebab memang tak dapat nak update blog langsung beberapa hari ni . yela seperti yang semua maklum aku kan tengah ber PHASE TEST . jadi kenalah menelaah , menelaah dan menelaah lagi sampai tak tidur dan bla .. bla .. bla . ok lah sepanjang bersesi soal jawab test ni berlangsung hidup aku agak kucar kacir lah kan . dengan bilik tak serupa bilik nya , dengan tak tidurnya , dengan nak siapkan assignment nya semuanya memang membuatkan aku rasa agak down sekejap lah . padahal jawab phase test je pun . tapi dia punya test macam nak jawab final daa hamekkk kau memang sedih lah bila kenang balik waktu jawab test beberapa hari yang lepas . ada paper yang aku dapat jawab tak kurang jugak yang tak dapat jawab . adoi memang terasa sangat dah kesusahannya untuk setiap subjek semester ni . nak tak nak memang kena belajar betol-betol lah kira . 


sebenarnya semalam lagi aku dah habis paper dan masih tak sempat nak update blog sebab sibuk buat assignment signal dengan Matlab . haih boleh tahan susah jugak eh Matlab ni ? ada ke siapa-siapa yang pandai buat Matlab ni ? huhu . yang tak boleh tahannya lah kan semalam lah jugak geng-geng satu course aku balik rumah tinggalkan aku seorang-seorang dekat BMI terchentaaa ni . kurang asam korang . balik-balik buat test je tengok bilik semua dah kosong sampai hati korang tinggal aku seorang dengan tilam dan bantal yang tak bergerak ni . sedih berganda-ganda lah semalamkan T______T . tapi kan syukur alhamdulillah sebab semalam jugak adalah hari yang tak sia-sia untuk ditunggu sebab aku berjaya siapkan assignment signal dengan Matlab sebelum bercuti dengan hati yang gumbira . dapat cuti seminggu kot , dapatlah aku qada' tidur puas-puas kan memandangkan aku selalu sangat tak dapat tidur lena dekat hostel tu . mungkin atas sebab-sebab tertentu jugak kot . 


banyak jugak cerita-cerita scary yang aku dengar dari budak-budak wing aku kan . ada dua tiga orang jugak kena tapi nasib baik tak ada lah teruk mana . macam aku ni pulak , asal tidur je mesti terjaga di pagi hari . macam pukul 3 , 4 pagi macam tu lah .  tu lah masalah sepanjang aku masuk sem baru tahun ni . tidur terganggu sebab boleh kata setiap hari aku pasti akan terjaga dari tidur dengan sendiri nya . dapat pulak tengok banyak je lada hitam hari tu kan dekat bangunan kolej macam menguatkan lagi je cerita pasal benda-benda yang dia orang cuba sampaikan selama ni . haih kadang tak selesa jugaklah kan . bukan kita kacau orang pun , tapi sebaliknya pulak yang jadi . kita orang ni semua datang nak belajar kot , bila jadi benda-benda macam ni cuak jugaklah kan . meremang jugaklah bulu roma nak keluar pergi kencing kalau pergi seorang diri pukul 2-3 pagi .  sekarang ni kita orang semua tak berani tidur lambat kalau nak study ke hapa dan semua pun akan berteman waktu tidur , kira berpasanganlah . kalau roomate tak ada ke atau pun tinggal seorang mesti pergi tidur bilik kawan-kawan lain . tengoklah betapa serius nye hal ni cewah .


tapi kalau boleh aku tak nak lah terbawa-bawa perasaan tak sedap ni . aku cuba nak berlagak biasa-biasa saja sebab nanti aku jugak yang dapat masalah kan kalau susah nak study . tempat orangkan , memanglah banyak sejarahnya . moga Allah sentiasa kuatkan semangat aku nak belajar tengah-tengah malam lepas ni . moga tak ada lah benda-benda pelik yang jadi lagi . amin . sebenarnya memang stress jugaklah duduk study dekat dalam bilik hostel tu kan . bila minggu-minggu test semua pun tak keluar-keluar bilik . aku bukannya boleh sangat duduk terperap dekat bilik sebenarnya . dapat pulak bilik kita orang ni menghadap tong sampah kan memang cari nahaslah kan kalau duduk 24 jam dekat dalam bilik tu . huh bau dia waktu siang hari tak ada lah bau sangat kan . tapi bila hujan je dia punya bau menyengat tak hengat punya . sampai dalam dilema nak tutup tingkap dengan pintu . sebab nya tutup tingkap bilik pun bau sampah bukak pintu bilik pun lagilah bau sampah kan . aiyaiyai kesian kan hidup bergelumang dengan bau sampah ni , tak selesa sangat . bilik aku pun selain tu ada tambahan lagi . nak tau apa tak ? semut merah yang dorang kata semut api yang menggigit tu . memang banyak sangat sampai bila letak makanan sekejap je pun atas meja dah kena harung dengan semut yang banyak sangat . sampai dalam-dalam laptop aku pun dia terjah T______T dapat pulak lagi bestnya kan semut - semut ni berbau . 


setakat ni tu aja update terbaru . terima kasih kerana meluangkan masa . bye
1 orang komen

15 February 2011

phase test week

hai hai . minggu ni tak banyak sangat boleh update sebab dah mula sibukkan diri untuk menelaah buku-buku dan buat latihan sebab minggu depan adalah minggu phase test . walaupun tak banyak pun subject yang kena jawab untuk phase test semester ni , aku tak naklah buat main-main kan . blog-blog jugak tapi kena pandai-pandailah kan bahagi masa . sekarang ni pun tengah nak berlangsungnya pilihanraya untuk JPM yang baru untuk sesi 2011/2012 .


tu je update untuk kali ni . bye
0 orang komen

11 February 2011

aktiviti terbaru , bersenam :P

hai semua . agak-agak lama tak aku menyepi ? haha macam ada orang nak baca pulak blog aku ni kan . maaflah memang dah mula sibuk dekat universiti ni . ni pun tercari-cari waktu terluang untuk update blog selalu tapi tak menyempat jugak . seboleh-bolehnya aku nak update selalu blog ni sebab aku memang suka berblogging . bila berblog , release sikit apa-apa yang terbuku di hati dan dalam otak aku ni . oklah berbalik pada tajuk entri kali ni , aku bukanlah nak riak ke ape ke , just nak kongsi sesuatu dengan korang yang bersenam ni sangat bagus sebenarnya tapi disebabkan malas atau alasan biasa kita bagi , tak ada masa kita langsung tak nak bersenam .


oklah melalut banyak pulak , aktiviti terbaru aku dekat hostel ni dengan kawan-kawan tercinta adalah bersenam di gym yang disediakan di BMI haha terasa macam kelakar pulak sebab jarang benor nak bersenam ni sebenarnya . korang jaga tiru gaya hidup tak sihat ni . bersenam boleh kurangkan lemak dan hindarkan diri kita dengan penyakit . memandangkan masing-masing dah gemok dan keberatan badan sudah pun melebihi dari sepatutnya langkah berjaga-jaga perlulah ada iaitu bersenam :DD . fuuh sakit mata tengok bila badan dan pipi mengembang macam belon nih . jeles jugak tengok kawan-kawan yang selim-melim ni . T_________T dan ni ada sedikit iklanlah . aku sebenarnya pening sikit kepala bila tengok akaun nuffnang aku ni . sekarang ni    dah langung tak ada buffered earnings . haih macam mana nak kaya dengan berblogging ni ? haha joking saja ok :) . pelik sebenarnya , kalau satu dua hari tak apa tapi sampai nak dekat seminggu tak ada ni kenapalah agaknya ye . nampak sangat tak ada orang pun nak baca entri-entri aku ni , yelah blog sendiri , syok sendiri jelah jadinya . 


berbalik kepada cerita pasal bersenam ni , aku dengan kawan-kawan dah pun sepakat untuk pergi bersenam sebanyak 3 kali seminggu untuk kekal kan kecergasan dan dalam masa yang sama berharap berat badan akan berkurangan . murah sangat je pun dekat hostel tu kalau nak bersenam pun , baru seringgit setiap kali masuk . mainlah berapa jam pun kau nak . walaupun peralatan tak lah banyak mana tapi ok jugalah kan dari tak ada langsung . aku dah mula korang bila lagi ? hehe ayat nak promote je . tu aja update untuk kali ni , terima kasih kerana membaca .
2 orang komen

22 January 2011

serangan monyet dekat hostel

hai semua . ni nak cerita sikitlah pengalaman aku sepanjang duduk hostel semester ni . nak tergelak pun ada . takut lagilah ada . monyet kot , bukan yang jinak punya tapi yang rakus lah orang kata . jangan buat hal ye , monyet dekat hostel tu dah lah besar + bijak-bijak lagi . lepas ni dah boleh kau main dengan monyet tiap-tiap hari eira oiiii ~! HAHAHA .


cerita dia lebih kurang macam ni . malam Khamis lepas aku dengan roomate aku , dalila tidur awal sebab kes ada kelas keesokan paginya . kelas Islam Sains dan Teknologi , sejam je kelas tu . tapi masing-masing memang dah bajetlah nak tidur awal . konon tidur awal bangun awal lah tapi masing-masing hampehhhh . bercerita pasal bilik pulak , kita orang punya bilik ni special sikit sebab boleh nampak clear hostel budak-budak laki , dan memang budak laki pun boleh nampak kita orang dengan clear nya bila dia orang berjalan balik dari kelas / keluar . dan double bestnya laa kan dekat sangat dengan tong sampahnye . sadis kau T_____T . kita orang memang terpaksa lah biasakan diri dengan bau-bauan yang menusuk kalbu tu . bila waktu hujan lagi nyaman bau dia :( . dan malam tu , kita orang dengan tak sengajanya tidur bukak tingkap , sebab bilik dah berkuap dan panas . apa lagi berlaku lah insiden dengan monyet ni .


pagi tu dalila yang bangun awal . lebih kurang macam ni lah waktu kejadian . Dalee kata waktu pagi tu dia dengar ada bunyik . bunyi orang kacau air . kebetulan aku memang letak mug dengan sudu atas meja belajar aku .


sangkaan dalee : buat biasa lagi sebab ingat aku yang bangun awal buat air


lepas tu si dalee dengarlah pulak bunyi tingkap kena bukak . dia dengan peliknya pandang tingkap tu sebab dia fikir apa pulak aku buat dengan tingkap tu kan . sekaliiiiii (dialog dia lebih kurang macam ni ) ....


dalee (panggilan pertama) : eira , bangun .... monyet masuk bilik kita !


aku : masih tak bangun lagi sebab tidur mati . huhu :DD


dalee (panggilan kedua) : eira bangun , MONYETTTT!!!!!!


aku : masih lagi tak bangun mungkin suara dalee slow sangat kuikuikui


dalee (panggilan ketiga) : MONYETTTTT!!! 


aku : terus terjaga . dalam pada mamai-mamai tu aku tanya dalee . mana? mana monyet ?


dalee : dia dah naik atas tingkap ko lah ngok , siap dia bawak lari susu hi-goat kau . kau tak dengar ke aku panggil kau?


aku : serta merta gelak , sambil tanya roomate aku balik . apa ke benda dia amik? hi goat ? HAHAHA aku sambung gelak sambil dalee cerita macam mana dia panik tadi .


aku ada jugaklah takut-takut waktu nak pergi ke tingkap tu , tapi aku buat jugaklah sebab nak tengok betul ke apa yang roomate aku cakap . sekali betul laa . dia amik dua packet susu hi-goat aku . memang aku dengan dalee perabis ah ketawa kan . kalau korang nak tau , susu hi-goat ni panas tau . dia memang melancarkan sistem dalam badan kalau kita amalkan meminumnya setiap hari . dan aku tak tahu lah apa jadi dekat monyet tu bila dia habis makan hi-goat tu . yang kelakarnya kan monyet tu boleh patah balik sambil bawak sepacket hi-goat yang dia curi tu . HAHAHAHA .


roomate aku pulak perabis cakap , dia nak tengok monyet mana yang menggelupur panas sebab hi-goat tu . tapi kita orang langsung tak jumpa monyet dah lepas tu . memang bikin gelak jelah hari tu . aku tak dapat bayangkan kalau monyet tu ada waktu aku bangun pagi tu . mau aku menjerit mintak tolong sambil tak bangun langsung dari katil double decker tu . HAHA . semester ni memang banyak kali jugaklah jumpa monyet . tapi dulu tak ada lah banyak kali sangat . tata nanti update lagi .
14 orang komen

21 January 2011

'Saya Pelajar Unikl-BMI'

assalamualaikum pembuka bicara . hari ni macam nak sertai apa yang telah disediakan oleh blog pilihan malaysia . jadi entri ni kena banyak serius . hehe . sebagai pemanis bicara mari aku kongsikan link yang boleh kita manfaatkan bersama . maksud manfaat dekat sini ialah berkenal-kenalan sesama rakan blogger .


segmen untuk kali ni ialah segmen Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Swasta .
boleh klik untuk sertai .

Bagaimana mahu join?

Sila buat satu entri yang menarik untuk di baca. dalam entri tersebut harus ada:
  • Link entri blog ini.
  • Tajuk entri 'Saya Pelajar MMU" (gantikan nama universiti anda belajar)
  • Gambar anda bersama rakan kelas, sekurang-kurangnya sekeping.
  • Nyatakan anda belajar di universiti mana? kursus apa? bila masuk dan bila akan tamat belajar?
  • Ceritakan pengalaman pahit manis anda semasa belajar yang anda tidak boleh lupakan.

------------------------------------------------------------------------------

ni adalah gambar-gambar yang aku pertaruhkan . banyak sangat memori dekat sini , walaupun baru beberapa tahun bersama . kawan-kawan adalah segala-galanya bagi aku , walaupun banyak suka-duka yang silih berganti . kawan-kawan tetapi di sisi .




waktu ni hujan memang lebat . tapi majlis tetap berjalan seperti dirancang walaupun lebih awal dari tarikh yang ditetapkan . waktu ni semua pelajar diwajibkan buat satu event untuk subjek Quran Sains Moden . waktu ni memang semua keletihan , sebab pagi memang penuh dengan kelas manakala sebelah petang pula di isi dengan event ni . alhamdulillah sambutan sangat-sangat menggalakkan walaupun hujan . kenangan paling manis sebab semua budak kelas medic berkumpul untuk jayakan program ni .



oklah , di UniKL-BMI atau nama penuhnya Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute ni , aku mengambil jurusan Bachelor Of Technology in Medical Electronics Engineering . aku mula masuk belajar pada 3 Januari 2010 . dan bakal menamatkan degree pada penghujung tahun Disember 2012 . senang cerita kira 3 tahun lah aku dekat sana lepas dah di tambah tolak darab bahagi kredit transfer semua . hehe :) bidang yang aku ambil ni banyak sangat kaitannya dengan mesin-mesin hospital . seronok , sebab aku rasa lain dari yang lain jurusan yang aku ambil ni  . walaupun pada mulanya aku tak minat sangat tapi lama-lama lepas tu aku mula jatuh cinta dengan bidang ni . sebab kalau diteliti balik , besar sebenarnya tanggungjawab yang bakal dipikul bila waktu bekerja nanti . hidup dan mati seseorang berdasarkan kepakaran kami membetulkan mesin kesihatan manusia . huhu T_____T


banyak sangat kenangan manis . aku belajar banyak benda dan aku dapat kenal ramai kawan dekat sini . dekat sini macam-macam orang dan macam-macam ragam manusia kita boleh kenal , secara tak langsung mendewasakan aku dengan keadaan sekeliling . kenangan paling pahit yang tak dapat aku lupakan mestilah waktu dekat dalam lab . benda-benda meletup memang perkara biasa terjadi dekat sini . bahaya tu tak payah cakaplah kan , dekat mana-mana tempat pun ada aku rasa .

sekian . harap entri ni diterima :)
6 orang komen

19 January 2011

open source , arduino

hai semua . macam mana hari ni ? ok tak? aku ok-ok je . hari ni kelas ada waktu petang je dari pukul 5-7 jadi aku ada banyak sangat masa untuk berblog hari ni huahua :DD . walaupun assignment signal tak siap lagi sebab tak faham tapi dah separuh jugaklah siap . tinggal revision dengan assignment medical lasers je belum siap sebab hantar minggu lepas . ok lah berbalik pada tajuk entri kali ni lah kan sebenarnya aku pun tak tau nak mula dari mana . aku tak pernah dengan pun sebenarnya . korang pernah tak guna open source arduino ni ek ? ke aku seorang je yang ketinggalan sekarang ni T_____T .

ok aku pun tak tahu macam mana bentuk atau pun karakteristik dia tapi aku search dekat pakcik google tadi aku jumpa lah menatang ni . eh silap , aku jumpa benda ni .


comel je sekali tengok . aku ni kalau tak cari dari sekarang sampai bila pun aku tak tau apa ke benda ni . tapi sejak masuk kelas medical instrumentation , boleh kata setiap hari kita orang akan belajar benda arduino ni dengan sir hisham . tadi aku ada jugak tengok-tengok projek-projek pakai arduino ni , konon nak buat sikit-sikit research lah untuk FYP nanti . menarik dan aku rasa arduino memang agak menyenangkan lah dari JAL . siapa-siapa yang pernah ambil elektronik dulu mungkin pernah belajar . cabarannya dekat sini , aku kena lebihkan usaha aku lah untuk belajar arduino ni sebab ada satu mini project untuk subject medical instrumentation ni . kita orang kena buat projek pasal sensor untuk semester ni . takut jugak sebab aku tak ada lah pandai mana bab litar-litar ni , sikit-sikit tu boleh lah kan . tetiba jadi nervous pulak T____T . ok ni ada sedikit info yang aku jumpa pasal arduino ni . meh kita sama-sama baca :)

Arduino is an open-source electronics prototyping platform based on flexible, easy-to-use hardware and software. It's intended for artists, designers, hobbyists, and anyone interested in creating interactive objects or environments.

Arduino can sense the environment by receiving input from a variety of sensors and can affect its surroundings by controlling lights, motors, and other actuators. The microcontroller on the board is programmed using the Arduino programming language (based on Wiring) and the Arduino development environment (based on Processing). Arduino projects can be stand-alone or they can communicate with software on running on a computer (e.g. Flash, Processing, MaxMSP).

yang gambar dekat bawah ni pulak macam ada kena mengena je dengan course yang aku ambil sekarang . macam senang jugaklah nak buat kan . walaupun aku tengok-tengok tadi banyak jugak nak kena buat nanti ni :DD huahua tengah mencari-cari projek lagi ni . harap-harap arduino ni boleh bantu aku buat FYP nanti . kalau korang ada apa-apa maklumat atau pun info pasal arduino ni bolehlah kita kongsi-kongsi ek . senang sikit aku nak belajar nanti .


Breathalyzer Microphone


The breathalyzer microphone is a system for the inconscpicuous collection of blood-alcohol content level data sets. In other words, you can measure a person's sobriety with a device, that for all intents and purposes, looks no different than a standard microphone. This tool adds new dimensions of truthiness to any standard interview. It can also easily be adapted for karaoke.



0 orang komen

13 January 2011

susahnya lah nak dapat internet connection.

hai . baru dapat update blog . arini nak meluah perasaan jap . boleh ke? boleh jela kira . sebenarnya mood tak bagus sangat lah minggu ni . panas je hati . bukan panas sebab apa sangatlah tapi boleh bikin hangin satu badan jugaklah . hari ni memang bestlah sebab lecturer semuanya tak ada . dia orang ada workshop . entah aku pun tak tahu apa jenis workshop tapi dapatlah aku rehat-rehat sikit hari ni . tapi yang tak bestnya internet connection teruk sangat lah . memang teruk ke apa aku tak tau . tapi asik mati-mati je . beruk band pun tak banyak membantu . sedih wei . macam mana nak blog walking ?


aku ni minggu ni manjang je tidur lewat . manjang je nak blogwalking tak dapat . bila hujan lagi lah macam hape . langsung tak dapat internet . nak harap wi-fi , tak kuat sangat pulak tambah pulak ramai student sini . sedih berganda-ganda T____T . tapi facebook manjang je pulak dapat . nasib badan betul . tapi tu pun aku dah syukur sangat aku dapatlah jugak update blog ni walaupun lambatnya tahap nangessssss punya . sabar.. sabar.. memang tengah sabar sangatlah ni . sekarang ni memang sabar habis lah . nanti dah dapat assignment memang nangislah internet tak ada T_________T .


hari ni rasa kelakar sikit . sebab pertama kali aku nampak monyet duk lalu lalang depan tingkap aku ni . nasib baiklah aku bukak tingkap waktu malam je . boleh pulak monyet ni merayau-rayau waktu hujan dekat sini . sekali masuk 2 ekor , baekkkk punya . memang kelakar lah bila tengok budak-budak perempuan terjerit-jerit mintak tolong . kalau dah menjerit tu memang kita semua dah tau dah mesti ada monyet besarrrrr punya . aku tak dapat bayangkan kalau aku sendiri yang alami situasi macam ni . mesti aku menggelabah ayam jugak . dapat pulak monyet-monyet dekat sini pandai-pandai . biskut , maggi memang benda paling top lah dia nak curi untuk makan . besar dan sangat degil . kalau dah masuk dalam bilik susah dia nak keluar . budak-budak ni siap baling bantal segala tak jalan jugak . last-last semua baling selipar ramai-ramai . haha :P macam-macam hal . 


minggu ni dah ada assignment pun sebenarnya . assignment continuos signal system . kira macam tutorial je sebenarnya . tapi kena hantar pun minggu depan jadi relaks-relaks dulu . ambil mood dulu . huhu :P lagi pun signal tak ada lah susah mana , cuma kena rajin buat latihan graf dia je . insyallah boleh buat . semester ni nak kena buat betul-betul . masa pun kena rancang betul-betul sebab semester ni memang berat sikit dari yang lepas-lepas . aku kan ambil cocuriculum , khidmat masyarakat ye . jadi kenalah bahagi masa antara pelajaran bagai . penat memang tak payah cakaplah . tak nak penat tak payah belajar bak kata ayah . hehe :DD
0 orang komen

05 January 2011

aku benci betul..

susah betul kan kalau jadi muda belia ni . mesti tak lepas dari masalah macam ni . aku kadang geram jugaklah kan . lagi pulak bila kena waktu-waktu tak sepatutnya , memang hangin jela aku kan . dah lah hangin dengan website universiti sebab tak dapat nak register hari tu . dahlah waktu-waktu tengah genting ni . bukan nak pergi Genting Highlands ye :P . memang benda-benda macam ni lah buat mood aku rosak je . adela sikit yang aku nak ngomel-ngomel hari ni . pasal tak puas hati sikitlah . tak banyak pun sikit je , janji ! :DD .

aku kan memang hangin lah bila jerawat sesuka hati nak tumbuh dekat muka aku ni . lagi-lagi waktu hari aku nak pergi daftar ni . kalau sikit-sikit tak apa ni banyak . aku akui lah aku memang ada masalah jerawat sejak dari zaman sekolah lagi . aku kan tak kisah sangatlah kalau dia nak tumbuh banyak mana pun , tapi tengok hari jugaklah . kan dah tak semenggah kalau tumbuh waktu nak jumpa kawan-kawan tercinta yang dah lama tak jumpa . lama lah sangat kan? sebulan je pun . tapi memang sakit hati lah kan tengok muka berjerawat ni . bila berjerawat mulalah muka naik minyak berkati-kati . sedih ah macam ni T_________T . aku tak kisah pun laa kan kalau korang nak cakap aku ni apa . blog ni tempat aku nak luahkan perasaan jadi aku punya sukalah . janji aku tak ada nak kacau privasi orang lain . simple je 

dah tu kan , haa ni aku nak ngomel lagi . semester ni aku rasa mencabar lah dari semester-semester lepas . sebabnya lepas je dapat register cepat-cepatlah kan pergi tengok jadual . sekali tengok memang best ah kan sebab ada kelas yang mula pukul 12 macam tu , tapi yang tak bestnye la kan ada kelas sampai nak waktu Maghrib , waktu malam . ni aku memang tak suka . kacau waktu aku nak solat . memang tak sempat ah nak semayang Asar nanti . harap sangat pihak universiti tukar jadual balik sebab memang awal-awal semester nanti jadual akan dirombak balik . biasalah kan . tapi tolonglah bagi waktu-waktu yang best sikit . baru lah aku ada feel nak belajar cewah :DD ni haa meh aku tunjuk jadual aku semester ni .


boleh klik untuk lihat lebih jelas . bestkan jadual aku semester ni? huahua kawan-kawan semua dah bising-bising banyak kelas tak sama . aku bukan setakat satu kelas tak sama tapi 4 kelas tak sama . sekarang apa nak kata ? gigit kuku sampai habis pun tak dapat der nak tukar . kalau dah drop belum tentu boleh dapat kelas yang sama dengan kawan-kawan aku nanti . jadi malas nak ambil risiko aku pun redho jelah semester ni . tak daya dah nak toleransi dengan sistem universiti . doakan semoga aku baik-baik aje lah semester ni ye . aku pun dah tak tau nak cakap ape .  tengoklah , semua benda nak bagi aku hangin . mood memang tak baik jela minggu ni . baru ingat nak gembira-gembira , semangat-semangat sikit . last-last hampeeeehhh je nampak gayanya . 

dan part ni memang aku nak sangat cerita . disebabkan perkara di atas persiapan aku untuk kemas segala bagai barang-barang nak masuk hostel tergendala . sampai ke hari ni tak siap-siap lagi . aku pun tak faham  kenapa jadi macam ni T____T mood belum datang lagi ke? ape ke? kenapa lah dengan aku ni . yang pasti sebelum pagi esok semua benda mesti dah kena siap sebab awal pagi dah nak gerak dah . ayah pun dah warning jangan lambat-lambat sebab esok ayah nak kena jadi driver aku dengan mak . dan yang tak bestnya lagi aku benci betul kalau nak kena berebut-rebut esok pagi . sedih berganda-ganda lah macam ni T__________T . wei mood kau dah boleh datang cepat sikit . 

2 orang komen

03 January 2011

azam tahun baru dan checklist masuk hostel :P

hai semua . rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 . dah 3 hari pun 2010 meninggalkan kita dan sekarang kita di tahun baru . baru lah sangat . apa yang baru? kalau tanya siapa-siapa pun mesti azam punyalah yang baru . macam orang lain jugak aku pun ada azam tahun baru jugak . mana aci korang je . hehe :DD . ok lah aku pun sebenarnya buat azam ni sebab aku nak ada target dalam diri aku . bila ada target sekurang-kurangnya aku boleh tahu aku berkemampuan ke tak nak capai apa yang aku azamkan ni . jadi azam tahun baru aku mudah je :

1. aku nak naikkan pointer aku setinggi-tinggi yang boleh sebelum habis degree tahun 2012 .
2. aku nak kurus yang sihat . diet secara sihat
3. aku nak simpan duit ASB sebanyak yang boleh untuk bayar balik pinjaman aku nanti .
4. aku nak banyakkan lagi solat-solat sunat dalam seharian dan banyakkan baca Al-quran untuk tajamkan        otak dan murah rezeki .

itu saja azam aku yang aku nak sangat buat untuk tahun ni . harap-harap berhasil lah sebab bila ada macam-macam halangan sikit aku mulalah kang nak menggelabah . cukuplah 4 dulu , kalau banyak pun tak terbuat susah jugak aku nanti . dan dekat bawah ni checklist aku masuk hostel hari Khamis ni . berdebar jugaklah kan sebab lain-lain kelas dengan budak-budak kelas aku . aku dahlah ambil medical electronics , tak ramai pelajar pulak tu . tapi tak kisahlah sebab ni baru sikit dugaan kan . kawan boleh dicari . cuma aku harap nasib selalu menyebelahi aku semester ni . semoga dapatlah lecturer yang bagus-bagus dan sporting . aku tak suka belajar    dalam keadaan banyak tekanan . nanti aku pulak yang tertekan dengan diri sendiri sebab aku ni jenis yang banyak fikir orangnya hehe .

1. cadar , comforter
2. bantal 2 bijik , 1 bantal kecik :P
3. baldi
4. berus baju , sabun pencuci
5. berus gigi , ubat gigi
6. body wash , shampoo
7. minyak angin : minyak yu yee , minyak kapak , vicks
8. seterika
9. water heater
10. charger nokia haha :DD
11. lock untuk laptop
12. hanger
13. carpet
14. ubat-ubatan : panadol , ubat selesema , ubat batuk
15. extension suis
16. elmo , frame gambar ehem-ehem .  ok ni gedik :P
17. body lotion , pencuci muka , bedak dan barang-barang kekemasan diri
18. selipar jamban
19. kain basahan huahua :P
20. telekung , sejadah , surah yassin
21. mug , mangkuk makanan , sudu , garfu
22. milo , susu , gula dan teh
23. printer , kertas A4
24. puncher , gunting , tisu , kain lap


ok ni semua barang-barang yang wajib ada untuk permulaan masuk hostel huahua . memandangkan kelas bermula dalam minggu depan jadi tak payah lah nak bawa macam-macam sangat . sebab rumah aku dekat je dengan tempat belajar . setengah jam je dah sampai . hari Sabtu dan Ahad ni aku boleh balik lagi angkut barang . kenapa aku pilih untuk duduk dekat hostel? sebabnya aku malas nak ulang-alik banyak kali kalau ada event , lab dan assignment berkumpulan yang kena buat . kalau duduk hostel tak ada lah serabut nak ke hulu ke hilir . pengurusan masa tu penting . ceeeewah :DD . study smart bukan study hard . semangat!!!
4 orang komen

16 April 2010

aku dah salah bidang ke?

okeh fine. aku tahu aku dah update dua entri untuk hari ni je.. haha terasa macam banyak pulak. bukan apa aku tak banyak masa nak menghadap blog ni hari-hari.. keadaan tak mengizinkan.. okeh berbalik pada tajuk entri yang kedua ni aku pun tak tau macam mana dapat idea dengan tajuk macam ni rupa.. mungkin tension sangat dengan nak final exam kot. Final exam akan bermula dari 26 April 2010 sampailah 5 May 2010. ok kat bawah ni adalah jadual periksa aku yang sangat dekat satu sama lain..huh! bencinye.. study tak habis lagi ni.. macam mana ni ye? mau aku tak tidur je minggu-minggu nak exam ni.. hadoi.. study smart eira bukan study hard..
  • 26 april 2010-engineering mathematics 3
  • 30 april 2010-quran sains moden
  • 3 may 2010-human physiology & electronics 2
  • 4 may 2010-circuit theory 2
  • 5 may 2010- digital electronics
awal-awal hidup kat bmi memanglah macam teruja kan.. yelah aku kan first time hidup sendiri kat tempat orang. tempat oranglah sangat kan. haha tapi life dekat bmi sangat-sangat hectic dan sangat-sangat memilukan lagi-lagi bila kau kena berhempas pulas nak siapkan report, quiz dan test yang banyak bagai nak kasi meletup organ-organ otak ni.. hadoi sampai nak makan tak sempat.. nak tidur mimpikan kerja-kerja yang tak siap sampai termimpi-mimpi lecturer subject.. tak ade masa untuk diri sendiri sebab asyik fikir macam mana nak siapkan semua kerja on time. "Terima kasih BMI" anda telah menghuru-harakan hidup saya yang dah sedia kacau-bilau ni. saaaaaaaayaaaang BMI! :(( .. sepanjang aku hidup kat sini jugaklah hidup aku seakan-akan tak boleh lari dah dengan kalkulator. boleh kata kalkulator ni macam nyawa akulah kan. takde kalkulator satu apa kerja pun kau tak boleh nak buat. yelah memandangkan hidup aku ni bergelumang dengan nombor je tiap-tiap hari.. tiap-tiap subjek.. huh boleh jammed kejap otak aku bila tengok nombor je especially bila kelas maths. hadoi memang tak tahan dan tak sanggup nak hadap sekali gus.. ambik masa beb! haha dan disini sangat mencabar.. bersaing dengan budak-budak yang pandai-pandai sangatlah men"stress"kan aku..

dan tak lengkap rasanya kalau aku tak letak gambar-gambar benda yang aku belajar dekat sini.. bersama-sama kawan-kawan tercinta yang masing-masing pun tension macam aku ni.. especially nak final exams ni.. saat ni 2 lab report tak siap lagi. digital electronics report dan mini project report.. ya tuhannnnn.. ade siapa-siapa tak nak tolong aku buat report ni? huhu tolonggggg... lagi dua minggu je nak final.. study week kita orang dah komfem duduk kat dalam lab jela ni.. sadis betul..dugaan..dugaan..




nampak simple je kan? tapi bila nak kuarkan output bapaklah payah berminggu nak kasi jadi.. dengan viva lagi.. waaaaahhh seriaunye aku..ni la kerja-kerja aku yang 80% dah siap.. yang lagi dua tu aku tak tahu nak cakap macam mana dah. pening pale nak siapkan kerja.. hee aku nak study pun tak dapat kalau lab tak siap.. bagusnye-bagusnye..tapi tak apa semangat mesti kuat.. aku tau aku boleh buat.. go girl

mood : tension :(


1 orang komen

EXCHANGE LINKS