13 January 2012

untitled 2

assalamualaikum.


2012, permulaan tahun yang kurang baik bagi aku. tapi banyak juga dapat good news dari kawan-kawan yang dah pun merancang mendirikan masjid pada tahun ni. alhamdulillah aku sangat gembira untuk korang.dan tahun baru, usia pun baru. sekarang aku sudah pun menginjak usia 24 tahun. satu umur yang besar angkanya untuk aku.


kalau kawan-kawan lain bercakap mengenai cinta dan perkahwinan, aku pula hanya dapat mengukirkan senyuman tapi bila diajukan soalan yang sama hati aku tak dapat menahan sebak. sebak yang tak dapat diucap dengan kata-kata. siapa yang tak menginginkan perkahwinan? siapa yang tak inginkan bahagia? sedangkan aku masih mencari-cari bahagiaku.


tuhan tu maha adil. dia maha mendengar setiap doa-doa hambanya. biar pun hati ini belum pun sembuh, aku hanya mahu mencari redhanya. aku akan jalani hidup ini dengan sebaiknya. jodoh ajal maut semuanya ditangan tuhan. aku hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan segalanya.

saya akan rindu awak. walau tak terucap dengan kata-kata. tuhan maha tahu segalanya. saya tak mampu menahan perasaan ni, walaupun saya tahu awak akan jalani hidup awak baik-baik. kebahagiaan awak kebahagiaan saya juga.



0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS