12 January 2012

kehadiranmu kutunggu

sayang
setiap hari aku menunggu kehadiranmu..
setiap hari aku menunggu kedatanganmu..
setiap hari aku memanjat doa padaNya..
agar aku dapat bertemu denganmu..

sayang
setiap hari aku sabar..
setiap hari aku redha..
aku pasti dirimu akan hadir jua dalam hidupku..
aku pasti kamu jua begitu..

sayang
aku ingin dirimu..
datang dan temui diriku..
kan ku katakan padamu..
aku sangat mencinta..

sayang
andai kamu tahu yang aku menunggu kamu disetiap mimpi-mimpiku..
andai kamu tahu aku sentiasa memohon padaNya agar dipertemukan dengan dirimu..
andai kamu tahu aku mengharapkan kehadiranmu disisiku..

tapi sayang
aku sedar yang aku harus bersabar..
aku sedar yang aku harus menunggu..
sedikit masa lagi..

setiap malam aku menangis sayang..
menanti kehadiranmu..
kerana aku rindu untuk menceritakan segalanya padamu..
kerana aku rindu untuk meluahkan apa yang aku rasa..

sayang
di mana sahaja kau berada..
dengarlah bisikan hatiku..
dengarlah setiap doa-doaku..
kerana doaku untuk cinta kita..
mohonlah padaNya sayang..
agar kita bertemu suatu hari nanti..
InsyaAllah

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS