08 November 2011

luahan perasaan

assalamualaikum


dah hampir 2tahun. tapi kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari.tak sangka persahabatan yang dibina macam sepi.mungkin aku je yang rasa macam ni?.mungkin aku seorang je yang rasa macam ni?. atau aku ke yang lebih2 dalam soal ni?. soalan yang ditinggal ni tiada jawapannya.buntu tak tahu mana silapnya.tak pernah rasa teruk macam ni

aku pelik dengan perasaan macam ni. kenapa mesti ada perasaan hasad dengki, iri hati dan lain-lan sedangkan kita adalah kawan. kawan yang sepatutnya selalu menyokong antara satu sama lain.tapi sayangnya semua tu dah tak ada lagi.dah hilang dalam diri masing-masing.mungkin semua pun suka tengok kawan-kawan jatuh. jatuh tersungkur teruk tanpa ada sikit pun rasa kasihan sedangkan dia adalah kawan kau.kawan yang pernah menghulur tangan disaat kau kesusahan, kawan yang ada waktu kau susah.walaupun hanya sekejap.tak ada langsungkah kebaikan padanya?

bila buat baik dipandang sepi, bila buat jahat lagi dicaci.entah mana silapnya semua ni.kita selalu memandang ringan tentang perasaan seorang kawan itu.tapi pernah kah kita duduk bertanya dan mendengar apa yang terjadi pada dia.menuduh , mengkritik , menilai tanpa usul periksa. inikah yang dipanggil kawan?atau sebenarnya lawan?.

kawan-kawan ni susah nak digambarkan dengan kata-kata.luarannya nampak elok belaka, tapi dalamannya hanya tuhan yang tahu.mungkin ada salahnya dimana-mana.mungkin semua pun bersalah dalam hal ni. i miss my friends.


" A best friend is someonewho loves you when you forget to loves yourself  "

 






0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS