11 September 2011

Carnival de Camsis UniKL BMI

pertamanya hari ni korang akan dapat update dari aku untuk dua program sekali gus . oklah nak cerita secara laju - laju sebelum internet tak dapat . =p

carnival de Camsis ni diadakan pada 10 September iaitu semalam . semua warga kolej kediaman perlu menyertai satu permainan yang dianjurkan oleh pihak kolej . dan cuba teka aku main game apa ? rounders ok . aku sendiri pun macam tak percaya dengan diri aku . haha sebenarnya game lain macam senang sangat dan cepat habis jadi aku dan kawan - kawan memilih untuk main rounders je . 

seawal pagi tu kita orang ada acara senam tari . macam biasa lah kan kalo dah bersenam tu mesti ada poco - poco nya , chicken dance nya dan macam - macam lagi lah . kemudian baru game dimulakan dengan acara galah panjang . tapi sayangnya pagi tu hujan agak lebat , jadi program diberhentikan sementara . kemudian game bermula balik pada pukul 10.30 pagi .

macam - macam telatah orang boleh tengok . ni adalah kali pertama aku menghadirkan diri untuk program sukan dekat kolej ni . kelakar dan sangat happening . paling seronok bila tengok orang tarik upih , pelajar perempuan main bola sepak dengan kain pelekat , pelajar lelaki main bola jaring pakai kain batik dan macam - macam game lagi . 

dekat bawah ni ada beberapa gambar untuk tatapan korang . ada masa aku menulis lagi di blog ni . oh ya terima kasih pada follower yang baru sahaja follow blog aku ni . enjoy reading !









0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS