02 August 2011

super bz

assalamualaikum .
just a quick update from me .

pertamanya rasanya belum terlewat untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia . alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk berpuasa dan puasa kali seperti yang sedia maklum tentulah di hostel . bukan di rumah dan suasana nya tentunya lain . banyak yang dah jadi dan terpaksa harungi seorang diri dekat sini . suasana dah berubah . hampir kesemuanya berubah .

baru - baru ni aku berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman di Pahang . meriah rasanya bila dapat berkumpul dalam satu keluarga besar . bila dapat jumpa pak sedara , mak sedara sepupu sepapat anak buah dan ramai lagi lah . kebetulan waktu tu tok dan tokwan buat kenduri tahlil dan juga kenduri menyambut ramadhan . memang seronok dan penatlah kan . 

suasana belajar dekat sini tak berapa nak baik . biasa - biasa saja . dan yang paling penting memang banyak kerja setiap hari . dan kelas di bulan ramadhan memang sangatlah memenatkan . kelas bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir sekitar 4-5 petang . memang memenatkan dan sangat menduga kesabaran dan keimanan . cuaca pun tak berapa baik , ada kalanya panas terlalu terik adakalanya hujan je sampai sejuk masuk ke tulang .

harapnya tuhan kabulkan setiap permintaan aku .
semoga ramdhan kali ni lebih bermakna.
semoga setiap apa yang aku lalui di sini sentiasa menjadikan aku seorang manusia yang tahu erti syukur .





0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS