15 July 2011

movie review : harry potter and the deathly hallows part 2

hai korang . apa khabar? aku ni baru je balik dari tengok wayang cerita Harry Potter and the deathly hallows part 2 dekat MBO Galaxy Ampang . huih best kot tengok tadi memang tak rugi aku kena bayar mahal walaupun MBO ni tak ada 3D aku pasrah je sebab memang aku menunggu movie ni keluar ok . macam biasa lah kan aku suka sikit cerita - cerita fantasi orang putih buat ni sebab aku akan menganga luas tengok dia punya jalan cerita yang menarik ditambah pulak dengan macam - macam teknologi canggih yang dia orang tambah dalam satu - satu movie tu . dan harry potter sangat tak mengecewakan .



untuk movie harry potter and the deathly hallows part 2 ni aku bagi 5 bintang . sebab aku dah mengikuti cerita ni dari first movie Harry Potter lagi . waktu tu harry dan kawan - kawan masih kecil lagi . aku bagi 5 bintang sebab aku leka tengok ada banyak aksi ahli sihir yang mantap dari penceritaan meleret - leret macam movie sebelum-sebelum ni dan movie ni yang terbaik rasanya untuk harry potter punya cerita . siapa yang tak tengok dari awal mungkin akan tak faham apa yang terjadi dalam episod kali ni .

untuk review kali ni aku nak cerita sikit je . yang selebihnya korang pergi tengok sendiri ok . dalam movie ni harry dan kawan - kawan cuba nak hapuskan voldemort a.k.a Tom Riddle ( ntah betul ke tak aku eja , tibai saje lah ok ) melalui barang - barang voldemort macam piala , pedang , crown dan ular voldermot . kesemua barang ni nama dia horcruxes macam tu lah kalau tak silap aku . dengan barang - barang ni , harry dapat musnahkan voldemort lah kira . dalam cerita ni voldemort berusaha keras untuk rampas tongkat sakti yang dikatakan mampu buat dia hidup selama - lamanya . err kalau nak tau aku geli tengok muka voldemort ni . tak ensem langsung hahaha :D

dalam cerita ni jugak harry ada kehilangan kawan - kawan dia . Professor Snape mati , dan yang paling best ialah bila ada adik Dumbledore menolong Harry Potter . kita boleh tengok dalam cerita ni kuasa jahat menentang kuasa baiklah kira . tapi sayang nya voldemort dah dapat tongkat sakti tu . ce teka. ce teka apa jadi lepas tu? haaaa korang kena pergi tengok ok . serius best !

2 orang komen:

kedinkyst said...

Eira. Ginny Weasley tak mati la.. Fred Weasley yang mati.. Ginny kan dah kawen ngan harry last2 tu.. cepat2, betulkan balik.. hihi

eira said...

aah..tersilap hehe thanks hayati :)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS