15 July 2011

checklist hostel T_____T

hai - hai korang . tak lama lagi aku akan mulakan semester baru , semester 6 dan dah boleh kot kalau korang nak panggil aku akak 'senior' hahaha . perasaan sekarang bercampur baur . nak kata suka tak suka sangat pun , nak kata sedih tak rasa sedih sangat pon . haih . yang banyaknya rasa pening adalah . semester ni bukan calang - calang semester buat aku , dah kena mula buat proposal untuk Final Year Project ( FYP ) , buat research semua dan macam - macam lagi .

semester 6 ni 17 kredit hour jugak aku kena ambil . merasa lah kan sampai hujung - hujung semester pun 17 kredit hour jugak hadapnya . semester ni ada 6 subjek yang aku kena ambil dan semua pun macam memeningkan kepala . setiap semester pun makin susah macam mana lah nak kasi naik pointer macam ni T________T . dekat bawah ni senarai subjek yang aku kena ambil semester ni

  • Technopreneurship
  • Discrete Time Signal and Systems
  • Medical imaging
  • Professional Communication 2
  • Electronics in Theraphy and Disability
  • Industrial Safety and Health
  • Co-curiculum : module 2

Dan yang paling tak bestnya bila kena duduk hostel . selamat tinggal zone selesa . terasa nak duduk luar tapi malas lah nak fikir dekat mana nak cari rumah sewa , pengangkutan , belanja , bil , kelengkapan rumah semua jadinya redha jela bila kena duduk hostel . dan semester ni adalah semester kedua aku berpuasa di hostel tanpa keluarga macam tahun - tahun lepas . parents ke negeri sembilan , aku dan abangku masih lagi di Kuala Lumpur . Jadi setiap masa adalah masa berharga untuk aku terutama sekali bila bersama keluarga

checklists :
cadar , sarung bantal
bantal , elmo
selimut / comforter
hanger , tempat penyidai
berus gigi , ubat gigi
shampoo 
sikat , bedak , perfume
pencuci muka , body lotion
baldi kecil , baldi besar
karpet
sabun pencuci , downy
berus basuh
selipar / kasut
seterika
heater
printer
bekas air
mangkuk , mug , 
sudu , garfu , pisau

p/s : akan update lagi mana - mana yang tertinggal . 

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS