30 June 2011

entri penghargaan untuk semua


Pertamanya tahniah Malaysia sebab menang bola sepak 2-1 malam tadi . alhamdulillah industri bola sepak negara kita semakin memberangsangkan . walaupun semalam banyak peluang yang pemain Malaysia sia - siakan dan ambil mudah tapi aku tetap berbangga sebab pasukan Malaysia berjaya untuk sampai ke tahap seterusnya . bukan mudah untuk mereka sampai ke tahap ni . Sebenarnya mood tak berapa nak okay . tak tahu kenapa , tapi aku akan cuba atasi sebaik mungkin dengan berblogging . sekarang ni nak banyak tumpuan pada blogging sebab aku memang seorang yang suka membaca . kalau malas baca buku sekalipun , sekurang - kurangnya ada jugak sumber ilmiah dekat internet yang dapat aku baca .

alhamdulillah tak sangka juga pengikut blog ni sudah mencecah ke angka 5 ratus . tak pernah menjangka akan ada orang yang sudi baca blog cabuk yang tah hapa - hapa ni . walaupun baru je 5ratus orang dah cukup buat aku bersyukur , ye lah kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang berpuluh ribu pengikut blognya . aku tak kisah orang nak cakap apa asalkan aku menulis ikut kemahuan aku , dalam ruang aku sendiri dan tak mengganggu privasi orang lain . aku memang jenis tak kisah dan sangat fleksibel, nak follow followlah tak nak follow pun tak ada paksaan .

Maaf ... bukan sengaja tak nak blogwalking atau pun follow balik , internet sangat - sangat mengecewakan dan buatkan semangat aku untuk berblogging kadang - kadang lebih suram dari biasa . Di kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger yang sudi follow blog epalgreen aku ni . salam perkenalan dari aku buat semua (^-^)

sedar tak sedar dah 2 tahun aku berblogging . Semenjak dari tahun 2009 lagi . dan blog ni telah mengalami perubahan sesuai dengan perubahan umur dan kematangan aku sendiri . alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus menulis di sini . walaupun dalam blog ni tak semua yang aku ceritakan tapi kebanyakkan memang semuanya perihal kehidupan aku . ibarat diari , tapi bukan semua boleh diceritakan di sini kan? harapnya blog ni akan beri manfaat kepada semua walaupun tak banyak . ilmu Allah tu luas , sesiapa pun boleh mempelajarinya . apa yang dapat di kongsi kita kongsikan bersama di sini . insyallah .



Tenang dalam diamnya,
Lebih jelas dari orang yang berbicara.

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS