19 May 2011

our little hannah ..

hai semua blog ni dah 2 hari beroperasi dari negeri sembilan hehehe . sekarang aku berada di rumah kedua mak dan ayah aku . lokasi terpaksa di rahsiakan . hahaha oklah jugak duduk negeri sembilan sekejap walaupun kebanyakan masa aku banyak dihabiskan dengan termenung je tak tau nak buat apa . bagi orang yang tengah mencari kedamaian bolehlah try ke negeri sembilan . dekat sini pun ada homestay , tapi aku belum berkesempatan untuk singgah sebab ayah asyik sibuk meeting dengan menteri lah , jumpa ketua pengarah lah bla.. bla.. bla.. 

internet dekat sini kadang ok kadang tak tapi still boleh lah lagi kalau nak online sekejap - sekejap . bikin panas jugaklah kan kalau lapanbelaskali dia nak terdisconnect je . macam dah tak ada kerja pulak aku nak kena connect internet ni banyak - banyak kali . sakit jiwo den ~! nasib baik tak lama aku duduk sini . pheuwww.

oklah back to topic . 3 ari yang lepas our little hannah damia dah masuk 8 bulan . makin besar ni makin comel pulak maksu tengok adik , lagi banyak jugak kerenahnya . damia dah pandai duduk , cuma belum pandai merangkak dan belum tumbuh gigi . mungkin bontot dia berat lagi kot . hahaha tapi maksu geram lah bila tengok adik makan bubur , isk kenapa comel sangat haaa? kalau lah maksu boleh dapat seorang anak secomel adik tapi macam mustahil lah pulak sebab maksu pun belum nak kahwin lagi sebab calon pun tak ada . tapi tak apalah maksu boleh main dengan adik kan . luv u so much hannah damia . maksu sayang adik macam anak maksu sendiri walaupun maksu tak ada anak hahaha :P



waktu ni damia dalam buai lagi , baru bangun tidur . aku ni suka sangat snap picta dia . suka bila tengok dia membesar dengan sihat . hehe sekarang ni damia duduk dengan penjaga budak dekat kawasan perumahan aku ni je . sebab ibu dia dah mula bekerja . kesian sayang maksu ni , baru berapa hari duduk rumah nenek Biah dah banyak bintik - bintik merah naik dekat kepala dan tangan dia . kesian damia . sensitif kot kulit damia ni almaklumlah sekarang musim tak menentu kadang panas sangat kadang hujan sangat pulak . harap - harap cepatlah bintik merah dia hilang dan maksu tak sabar nak balik Kuala Lumpur sebab nak main dengan adik lagi . baru dua hari kaww nih eira melebeyyy pulak . hahaha ada aku kisah 

dia jelah peneman aku waktu sunyi . kalau damia ada mesti kerja aku nak main dengan dia je . sebab dia memang aktif dan lasak sikit sejak dah beralih bulan ni . dah pandai nak melompat , pandai main permainan dia dan macam -macam lagi lah . terhibur sikit aku bila dia ada . 

1 orang komen:

elyana said...

waaaahhh!!!!
damia bertambah cute lah
gram plak aku tgk dye
adeyhhh

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS