16 May 2011

the detective 2 movie

hai semua . ni entri basi . dah dekat seminggu jugaklah duduk dalam draft tu tapi baru hari ni nak publish . busuk punya olang ! haha . alhamdulillah dah berakhir penderitaan untuk semester 1/2011 harap - harap result ok . kalau tak ok nanti tak dapat dah jumpa kawan - kawan terchenta . sebenarnya tak plan pun nak tengok midnight movie , ni semuanya spontan sebab pada malam 7 May hari tu kita orang pergi sambut hari jadi one of my classmate , Aen Nabila . aku pun agak teruja lah memandangkan tak pernah keluar malam  dengan dorang dan aku nebes kot ~! hahaha gelak dekat diri sendiri . tapi lepas dah sambut dengan kek dan tiup lilin nak masuk balik BMI macam dah nak lewat jadi kita orang pun keluar satu malam . pagi esok tu baru balik BMI dengan muka masing - masing ngantok . apa - apa pun memang best lah .


oklah berbalik pada tajuk entri kali ni , malam tu kita orang pergi menonton movie beramai - ramai cerita the detective 2 . barisan pelakon dia yang aku kenal pon Aaron Kwok . boleh tahan ngeri jugaklah cerita dia walaupun boleh tahan putar belitnya . bagi aku lah kan tak taulah kalau orang lain yang dah tengok cerita ni . ni haa bagi yang tak pernah dengar cerita apa , boleh tengok dekat poster bawah ni ok .



pada aku cerita ni bestlah jugak . cerita pasal pembunuhan yang pembunuhnya ada split personality . bila bunuh , bapaklah ngeri . kadang - kadang cuma pakai gunting dengan pensil , boleh jadi gunakan kapak jugak . tapi yang jadi penyiasat persendiriannyan mestilah Aaron Kwok . bestlah jugak , adalah jugak part yang buat aku tergelak . waktu dia minta seorang makcik kenalpasti suspek pembunuh dekat balai polis tu . memang lawak yang bersahaja je . cerita ni sebenarnya pembunuhnya mengalami trauma selepas dia menyangka ibunya sewaktu dia kecil bunuh bapanya yang ada perempuan lain dan ibunya mati bunuh diri sebab terjun dari tingkap . lepas kematian ayah dan ibunya dia di jaga oleh seorang kakak yang sebenarnya adalah ibu kandungnya sendiri . rupanya kakaknya telah dirogol dan lahirkan dia . untuk elakkan si pembunuh bersedih , kakaknya telah mereka cerita pasal kematian ibu bapa si pembunuh dan berlaku lah pembunuhan yang sama macam mana kakaknya a.k.a ibunya alami dari waktu di rogol sehinggalah waktu ibunya ditinggalkan oleh pembunuh itu sendiri .

cerita ni memang berbelit sikitlah . aku mula - mula pun pening nak faham sebab dia ada 4 ke 5 pembunuhan serentak . kesian Aaron Kwok nak selesaikan . apa -apa pun korang patut tengok cerita ni . boleh tahan bestlah jugak . tu je update hari ni , ada masa update lg .

1 orang komen:

elyana said...

yeahhhh! btol2. best giler.
try tgk the detective 1 (C+) kt youtube.
:)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS