09 May 2011

day three : 10 things you hate

hai . sebenarnya susah jugak aku nak memikir nak taip apa untuk entry ni sebab aku rasa tak ada apa yang membencikan sangat dalam hidup ni :P tapi tak apalah , untuk tak menghampakan semua meh la kita tengok sikit apa benda je yang aku tak suka dalam kehidupan aku ni . hehehe layan kan aje .


day three : things you hate



pertamanya aku paling tak suka kena hujan . bukan apa , aku walaupun terkena setitik dua je air hujan tu , dia punya pening kepala macam orang kena migrain . langsung tak boleh nak buat kerja apa walaupun kau dah cuci kepala dan mandi lapanpuluhlapankali T____T . sudahnya melepet jelah aku atas katil .aku suka sebenarnya bila hujan , sebab sejuk . tapi bila kena hujan hamekk kau ~!

aku tak suka bila di suruh buat pilihan . pada aku benda pertama yang terlintas dalam otak aku bila nampak suatu perkara , tu lah pilihan aku . sebab kalau di bagi banyak pilihan ni lagi banyak nak kena fikir dan aku letih betul kalau nak fikir semua pilihan yang ada .

aku tak suka bila kilat dan guruh . bukanlah tak suka apa , kang kata tak bersyukur lah hapa lah pulak kan . dulu waktu kecil aku suka cakap dekat mak kilat jahat . kilat jahat T___T sebab kilat suka buat aku terkejut terutama sekali waktu tidur . ingat lagi waktu kecil dulu bila kilat je himpap muka dengan bantal banyak - banyak sebab penakut gila . kadang - kadang sanggup kejut mak suruh teman tidur hahaha adoi :P

tak banyak pun yang aku tak suka sebenarnya . lebih banyak suka dari tak suka . hehe tapi ni jelah yang dapat aku fikirkan buat masa ni . 

p/s : ada 3 paper lagi . bila nak habis final exam ni . 

2 orang komen:

Deqna said...

hujan itu rahmat,
dah guruh itu menyuruh kita mengingati Allah :)

eira said...

@Deqnahehe betol2

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS