05 April 2011

OPKIM : Rumah Anak Yatim Tambun , Perak

hai semua . ni baru ada kesempatan nak update dalam keadaan kerja yang memang dah banyak masih nak jugak update blog terchenta ni . ok lah pada 2 April 2011 baru-baru ni UniKL - BMI telah adakan khidmat masyarakat di Rumah anak yatim Tambun , Perak . bagi aku module 1 OPKIM , ini adalah kali kedua aku melakukan khidmat masyarakat dan memikul tanggungjawab sebagai salah seorang organiser dalam program kali ni . sebelum ni , program OPKIM di Perak yang baru je selesai aku jadi salah seorang follower nya . siapa-siapa yang nak lihat entri aku di Perak boleh lah refer di entri ni . dan dalam banyak-banyak pengalaman aku yang ada dekat BMI ni , pengalaman berada di rumah anak yatim ni antara yang paling menginsafkan aku , bahawasanya ada orang lain yang lebih susah dan memerlukan kasih sayang dan perhatian , yang patut aku syukuri dapat nikmat yang lebih baik dari mereka . sama-samalah kita doa moga ada lebih ramai lagi insan-insan prihatin di luar sana yang akan membela nasib anak-anak di rumah ini .

bila melihat raut wajah setiap penghuni rumah ni , hati terasa sangat sayu . masih kecil dan sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang yang lebih dewasa . seronok lihat keletah mereka yang gembira melihat kedatangan kami yang seramai 51 orang termasuk guru-guru pengiring . satu pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupa . tak ada apa yang membezakan kami . kami melayan anak-anak ini sedaya upaya dengan menggembirakan hati mereka . selain dari tujuan asal kami , membersihkan sekitar kawasan belajar dan tempat tinggal mereka . alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun hujan sangat lebat silih berganti sampai ke petang . semoga anak-anak ini sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t dan nasib mereka selalu terbela . dan sepanjang program ni berlangsung kami mendapat layanan yang cukup baik dari pihak rumah maahad ini . macam-macam aktiviti yang di atur sepanjang berada di rumah anak-anak ini bertujuan untuk meluangkan sedikit masa sambil bergembira dengan mereka . di bawah ni antara gambar-gambar yang sempat aku ambil dan ada yang diambil dari website maahad ni sendiri . layankan aja ok .















tu aja update kali ni . ada masa update lagi .

1 orang komen:

Anonymous said...

bagus buat program macam ni...teruskan usaha...

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS