19 April 2011

bila perasaan gembira dan risau bergabung !

hai semua . apa khabar? sihat tak? harap - harapnya sihatlah semua ye . alhamdulillah hari ni baru dapat update satu lagi entri sebab kerja dah berkurangan dan masa pun ada sikit ni . mintak maaf sebab jarang sikit update blog semenjak dua menjak ni . sibuk dengan urusan belajar , dengan baru nak baik demam nye . tapi alhamdulillah dan terima kasih dekat semua yang baru mem"follow" aku dari dulu sampai sekarang dan semakin bertambah bilangan pengikut blog ni sekarang . happy lah jugak kan . terima kasih ye korang sebab sudi singgah dan baca entri yang banyak merapu dari biasa . ok lah mari kita cerita pasal entri yang berkaitan dengan tajuk di atas . hari ni ada lah sikit aku nak update pasal hidup aku ni .


kita cerita yang gembira - gembira je dulu ok . memandangkan korang dah tahu aku sibuk sikit dengan urusan pelajaran , banyak kerja yang dah di settle kan dan syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya sajalah aku dapat selesaikan hampir ke semua kerja yang melambak-lambak university aku ni bagi  . macam biasalah kan , university aku ni suka bagi kerja last - last minit . waktu nak dekat final exam lah bertimbun lab report kena hantar , assignment kena hantar , kena buat mini project dan sebagainya . dan baru - baru ni aku sangat gembira sebab walaupun banyak yang dah terjadi antara aku dan kawan - kawan sekelas tapi aku tetap bersyukur , kerja tetap jalan . betullah orang kata pengalaman tu mendewasakan . banyak yang aku belajar dekat sini . walaupun banyak mulut yang berkata-kata aku hanya mampu bersabar kerana tuhan itu lebih tahu apa yang terbaik . dan aku hanya mampu merancang , perancangan tuhan itu sesungguhnya lebih baik . kan ?


alhamdulillah lab session untuk thermocouple sensor dengan arduino menjadi lepas berpuluh kali testing , lepas nak kena baling kerusi dan marker dengan sir , ditambah pulak dengan di ceramah cukup - cukup dengan sir itu dan ini . perggghh memang menguji kesabaran aku . kalau tak disebabkan hormat mesti ada rasa nak memaki je . huhu tapi tak apa sir buat macam tu untuk kebaikan aku jugak . untuk subjek continuous time signal and systems pulak aku dah berjaya siapkan kedua-dua assignment yang memang susah bangat lah . tak tidur buat assignment signal ni . boleh kata penyebab demam ni aku rasa sebab aku terlampau stress dan bila duduk di hostel tak ada apa yang dapat aku buat sebab hanya terdedah dengan kawasan sekeliling . nak keluar transport bukannya ada . kalau siang tu memanglah bas ada , teksi tapi UIA pulak tutup pukul 7 . hehehe sangat bosan duduk hostel tapi kadang-kadang menjimatkan jugak huhu :P . sekarang ni yang tinggal hanya mini project workshop and medical instrumentation je . workshop kena buat panel , kena hantar hari jumaat ni . medical instrumentation pulak kena hantar lab report . harap - harap sempatlah aku siapkan . walaupun kerja berkumpulan tak bolehlah nak ambil ringan je kan . 


dan baru - baru ni university aku dah keluarkan notis untuk final exam punya schedule . perggghhh memang risaulah . tak ready apa lagi ni . kerja pun baru je nak siap . baru ingat nak rehat -rehat tapi nampak gaya tak dapatlah . kena menelaah pulak . semester ni 3 subject medical yang aku ambil . makna nya ada banyak topik yang aku kena baca dan hafal . adoiyaiii . subject medical ni lebih kurang macam biologi waktu sekolah menengah jugak tapi dia punya version jauh ke dalam lagi . siap sedia lah nak baca physics , laser dan instrumentation . takutnya rase T______T . sebenarnya semester ni aku dapat kesan yang subject laser sangatlah susah sikit aku nak faham . sebab banyak sangat theory nye . oklah banyak sangat berceritanya . mehlah sama - sama kita tengok jadual final exam aku untuk semester ni



  • 3 MAY - ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI
  • 6 MAY - CONTINUOUS TIME SIGNAL AND SYSTEM
  • 10 MAY - MEDICAL LASERS
  • 11 MAY - INTRODUCTION TO MEDICAL PHYSICS
  • 13 MAY - MEDICAL INSTRUMENTATION

p/s : doakan aku sukses selalu . amin :)

4 orang komen:

Fariza said...

semoga berjaya dalam kehidupan.
ma'e mesti boleh punya. berusaha !!!
all the best

p/s : majlisku ada tarikh hampir yg telah kau senaraikan.

ajiem said...

waaa..sem nie 5 paper yek..
ajim 4 jer..tpi sush jgk la..

all the best n gud luck (^_^)

eira said...

@Farizahuu mcm xdpt pergi je? :P

eira said...

@ajiem thanks ek ajim..goodluck too :)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS