19 February 2011

sehari bersama amin idris ..

hai semua . ni update secara pantas ni sebelum kerja datang dengan melambaknya kejap lagi . ok lah semalam bersamaan hari jumaat telah berlangsungnya ceramah motivasi untuk semua pelajar di BMI . ceramah yang sangat menarik bertajuk magnet diri dan di sampaikan dengan penuh bersahaja dan bergelak ketawa oleh amin idris . ok lah pertamanya aku nak beritahu ni lah pertama kali aku dengar ceramah aku tak bosan dan boleh tergelak-gelak lagi . siapa lah yang boleh tahan kalau kena pergi dengar ceramah motivasikan sebab waktu berlangsungnya ceramah tu antara pukul 3 ptg - 5 petang . 2 jam yang agak boring lah kalau untuk ceramah-ceramah biasa . tapi dengan amin idris ni memang gelak kaw kaw punya dari awal ke akhir program ni . mula-mula aku pun tak berapa nak kenal siapa dia ni . nasib baik ada banner yang bapak besar ( bak kata amin idris ) yang terpampang gambar dia dapatlah kenal tuan empunya speaker . boleh tengok banner dan laman web dia di bawah ni


cara penyampaian dia sangat tak boring . dia tak guna banyak slide tapi banyak bercerita tentang kehidupan yang perlu ada matlamat , video-video yang menarik dan cara penyampaian yang sangat bersahaja . macam orang kata dekat astro tu " untuk kita-kita aja " . betapa kita perlu menghargai setiap imaginasi yang wujud dalam pemikiran kita . dia berpendapat bahawa tak salah kita nak berimaginasi sebab bila kita dapat berimaginasi dengan baik maka matlamat juga dapat dicapai . setiap cerita yang dia sampaikan memang buat orang tergelak habis sampaikan meleleh-leleh air mata aku ketawa dalam TTL semalam . dengan loghat kelantan nya dengan muka tak bersalahnya dengan senyuman semangatnya aku rasa semua orang balik dengan penuh ilmu di kepala . sebenarnya dulu amin idris ni belajar bersebelahan je dengan BMI , dekat UIA lah kiranya . dan baru sekarang dia berkesempatan untuk menyinggah ke sini huhu :DD . aku suka ayat dia yang ni " Dare to Dream " . kalau siapa-siapa yang pergi ceramah tu semalam mesti sependapat dengan aku juga . hidup perlu ada matlamat yang specific utnuk berjaya . dia juga perkenalkan kaedah SMART yang aku rasa ada betulnya yang selama ni tak pernah kita terfikir dan ambil kisah pun .

hidup kena ada matlamat dan target . target aku adalah untuk menjadi engineer yang berjaya dan versatile . cewaaah . tak salah kot aku nak berangan a.k.a berimaginasi . haha aku suka berimaginasi yang aku akan buat lebih dari satu kerja pada masa akan datang . aku nak masuk bidang perniagaan . mungkin akan serius buat bisnes online dan butik lepas ni . insyallah , doa-doakan lah ek . tak pun menolong ayah mengusahakan perniagaan kolam ikan pada masa akan datang . insyallah moga jadilah kan . mula-mula waktu fikir tu memang aku sendiri cakap aku gila . ada ke patut perempuan nak uruskan kolam ikan kan ? tapi bila fikir-fikir balik who cares ? kalau tak ada orang perempuan pertama yang jadi pengusaha kolam ikan aku boleh jadi yang pertama kan haha tengok lah semangat gila aku fikir benda ni . dah lama dah rancang sebenarnya , cuma tengah belajar kan sekarang banyak fokus pada pelajaran . oklah tu aja update untuk kali ni . tata

2 orang komen:

Fariza said...

tahniah.
capai cita2 mu.
mcm pernah tgk org tu secara live.
lupa kat mana.

eira said...

@Farizadia selalu ada di rtm dan tv hijrah

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS