18 February 2011

aku tak suka betul..

hai semua . sorry lah dah jarang sikit update ni sebab tengah minggu phase test . ni ada masa sikit nak menghadap blog terchenta ni . oklah hari ni aku nak satu peristiwa yang aku kena baru-baru ni . ni bukan rekaan tapi realiti yang jadi . ceewah bunyi macam teruk benau lak kan , padahal tak ada lah teruk mana sangat tapi .. tapi ... menggelikan lah kira .

ada satu hari ni , aku dengan kawan-kawan pergilah makan dekat tempat yang selalu aku makan dekat kawasan aku belajar ni . yelah kata pun tengah makan kan mestilah MAKAN tak kan nak karaoke pulak kan . dah ambil pesanan semua kita orang ni pun tunggulah makanan kita orang sampai . bila makanan dah sampai tu , makanlah kan dengan bersungguh-sungguh dan berseleranya sebab masing-masing memang dah kebulur sangat dah waktu tu . Untuk pengetahuan semua , kita orang makan nasi pada waktu petang ok . bermula seawal 5.30 petang . nak dijadikan cerita , tengah dok sedap-sedap makan ni adalah seorang mamat ni datang dengan seorang perempuan . dari gaya memang dia agak serabai lah petang tu . tak apa lagi . sekali tengok dengan jambang tak trim , dengan janggutnya tak dikemaskan aku terpandang-pandang jugaklah tengok rupa dia macam tu , dalam hati sangka mungkin dia baru bangun tidur . tengok positif tak aku ? sangka baik ni kawww . lepas dah tengok tu teruskan jelah makan .

tapi entah macam mana tengah dok sedap-sedap makan tu mata ni tak lepas jugaklah dari nak pandang orang-orang sekeliling termasuklah mamat dengan kawan perempuan tu . sekali kaaaaaaannnn hamek kau dia boleh korek hidung depan orang yang tengah makan ni . apa korang rasa eh kalau korang ada dekat situ ? serta merta mati nafsu makan aku bila tengok perangai lelaki tu macam tu . seriusnya aku sangat benci lelaki pengotor . yekkkk geli lah bila berhadapan dengan situasi macam ni . macam tak bersalah je mamat tu korek hidung dia depan orang ramai . kalau kot ye pun gatal sangat hidung tu cover lah sikit dengan tisu ke hapa . potong betul selera orang nak makan . aku memang tak suka betul . lepas dari tu aku ingat aku seorang jelah yang nampak kelakuan mamat tu , sekali kawan-kawan aku pun nampak daa . kalau aku jadi kawan mamat tu , memang aku "sound" tepet je mamat tu . mentang-mentanglah makan dekat kedai tu pakai sudu je semua pelanggannya boleh pulak dia bantai nak korek hidung pakai jari telunjuk dia tu . tak geli ke die ek? tah dia basuh ke tak jari dia lepas tu .. erggghh tak sanggup nak bayangkanlah . 

orang lelaki ni macam tu lah . kalau dah sempoi , sempoi sangatkan sampai dah terlebih sempoi macam ni lah jadinya . kalau ye pun beragaklah sikit , kita dekat tempat makan kan . tempat semua orang menjamu selera bukannya tempat nak beriadah ke hapa kan sesuka hati kau je nak mengorek bijih . kesian sikit dekat orang nak makan macam aku ni haa . haha kan bagus kalau kita jaga kebersihan . kita pun rasa selamat sikit nak makan . dapat pulak macam aku ni duduk tempat orangkan , tempat oranglah sangat , pada akulah kan macam situasi aku sekarang ni yang kena makan atau pun tapau makanan dari luar aku tak dapat nak bajetlah kan kalau suatu makanan tu bersih ke tidak . kalau mungkin pun tak berapa bersih ( yelah makanan yang dari luar mana kita nak tahu tahap mana kebersihan pemasaknya kan? ) , tapi bila kita makan dengan cara yang bersih pun sekurang-kurangnya tak ada lah rasa macam nak kena keracunan ke hapa kan . tapi kalau dah makanan pun tak bersih dengan diri-diri kita sekali tak bersih boleh ke kita nak telan makanan tu ? haruslah tak kan . sendiri fikirlah kan haha :D jadi tolong jaga kebersihan diri anda ye , peringatan untuk diri sendiri dan orang lain jugak .

p/s : tu jela yang dapat aku cerita setakat ni . ada masa update lagi . tata


2 orang komen:

Fariza said...

cantiknya header.
x boleh belah kalo lelaki jenis x reti jaga kekemasan dan kebersihan diri.
korek idung eh. hahahahahahahahahahaha.
x boleh belah.
mmg kena sound lah kalo kwn sendiri buat dpn org ramai cmtu.
funny

eira said...

@Farizahehe terima kasih fariza..status dh nk bertukar ye ?

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS