bila cinta
segala-galanya indah
bila cinta
dunianya adalah duniamu
bila cinta
dunia berubah sekelip mata
dan bila cinta ..
segala-galanya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata
perasaan aku sekarang sangat tak menentu . bercelaru dengan perasaan sendiri . tak tau nak fikir apa . cuba nak lari dan buang segala masalah jauh-jauh tapi sampai bila . sedih dengan diri sendiri , tapi langsung tak ada daya nak merubah apa-apa . perasaan tu dah mati buat masa ni . berperang dengan perasaan sendiri . aku betul-betul perlukan masa sendirian . aku penat fikir semua ni . aku akui aku susah nak wujudkan perasaan ceria macam selalu . mungkin semua yang terjadi ada hikmahnya . masih menunjukkan muka gembira , tapi hati hanya tuhan saja yang dapat menafsirnya . tak ada tempat nak meluah apa yang terbuku di hati . nasib baik sekarang tengah raya Cina . dapatlah aku buat senyum *fake* , soooooo not me !
moga allah tunjukkan jalan . seboleh-bolehnya secepat yang mungkin . cuba belajar jadi setenang yang boleh . cuba tak nak terbawa-bawa sangat dengan perasaan ni . ya allah sesungguhnya memang sangat perit . wajah yang ceria tak semestinya punyai hati yang gembira . cuba nak jadi rasional setiap masa supaya tak siapa pun tau apa yang jadi . tak nak menyusahkan siapa-siapa . berikan aku kekuatan ya allah untuk jalani hidup seperti biasa , seperti sedia kala . moga ada senyuman ikhlas yang terukir di wajah ni .
setiap waktu terpahat seribu satu kenangan bersama . tak mungkin sama macam dulu . segala-galanya berubah sekelip mata .
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira