hai semua . agak-agak lama tak aku menyepi ? haha macam ada orang nak baca pulak blog aku ni kan . maaflah memang dah mula sibuk dekat universiti ni . ni pun tercari-cari waktu terluang untuk update blog selalu tapi tak menyempat jugak . seboleh-bolehnya aku nak update selalu blog ni sebab aku memang suka berblogging . bila berblog , release sikit apa-apa yang terbuku di hati dan dalam otak aku ni . oklah berbalik pada tajuk entri kali ni , aku bukanlah nak riak ke ape ke , just nak kongsi sesuatu dengan korang yang bersenam ni sangat bagus sebenarnya tapi disebabkan malas atau alasan biasa kita bagi , tak ada masa kita langsung tak nak bersenam .
oklah melalut banyak pulak , aktiviti terbaru aku dekat hostel ni dengan kawan-kawan tercinta adalah bersenam di gym yang disediakan di BMI haha terasa macam kelakar pulak sebab jarang benor nak bersenam ni sebenarnya . korang jaga tiru gaya hidup tak sihat ni . bersenam boleh kurangkan lemak dan hindarkan diri kita dengan penyakit . memandangkan masing-masing dah gemok dan keberatan badan sudah pun melebihi dari sepatutnya langkah berjaga-jaga perlulah ada iaitu bersenam :DD . fuuh sakit mata tengok bila badan dan pipi mengembang macam belon nih . jeles jugak tengok kawan-kawan yang selim-melim ni . T_________T dan ni ada sedikit iklanlah . aku sebenarnya pening sikit kepala bila tengok akaun nuffnang aku ni . sekarang ni dah langung tak ada buffered earnings . haih macam mana nak kaya dengan berblogging ni ? haha joking saja ok :) . pelik sebenarnya , kalau satu dua hari tak apa tapi sampai nak dekat seminggu tak ada ni kenapalah agaknya ye . nampak sangat tak ada orang pun nak baca entri-entri aku ni , yelah blog sendiri , syok sendiri jelah jadinya .
berbalik kepada cerita pasal bersenam ni , aku dengan kawan-kawan dah pun sepakat untuk pergi bersenam sebanyak 3 kali seminggu untuk kekal kan kecergasan dan dalam masa yang sama berharap berat badan akan berkurangan . murah sangat je pun dekat hostel tu kalau nak bersenam pun , baru seringgit setiap kali masuk . mainlah berapa jam pun kau nak . walaupun peralatan tak lah banyak mana tapi ok jugalah kan dari tak ada langsung . aku dah mula korang bila lagi ? hehe ayat nak promote je . tu aja update untuk kali ni , terima kasih kerana membaca .
11 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 orang komen:
baguslah da ade niat camtuh :)
jangan hangit2 tahil ayam da la k :p
@Marquis Faizalhehe insyallah :)
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira