08 January 2011

teman , pendengar setia

update entri tengah malam buta . esok takut tak sempat dan keletihan sebabnya makcik aku nak ajak teman dia pergi pameran pengantin pulak . dia ada kata nak cari cadar untuk bilik pengantin dia jugak untuk majlisnya nanti . wah seronok kan nak kahwin ? haha seronok ke ? banyak kena keluar duit adelah . aku kalau nak kahwin pun 5-6 tahun lagi . tu pun kalau dah ada duit ah haha . sekarang aku nak fokus study je , nak balas jasa mak ayah dulu . haha skema gila la ayat . ok berbalik pada tajuk entri . sebenarnya aku ada lah seorang dua peneman dan pendengar yang setia mendengar keluh kesah dan segala masalah yang timbul dari diri aku ni . yang paling utama mestilah mak kesayangan aku , orang kedua busu aku . dua je tak boleh reramai . kang dah tak secret ah . sejak dua menjak ni dah lama aku tak menjenguk busu di kedainya . tak jauh pun dari rumah , tapi tu lah kekangan masa . aku sibuk belajar , dapat pulak duduk hostel . memang jarang sangat dah jumpa . rindu busu dengan piah . teringat je . busu ni kira adik mak aku . aku rasa kalau aku sebut dekat sini mesti ramai yang tak percaya dia siapa . tapi tu lah kita layan gambar dulu . tak ada niat nak menunjuk ke apa , aku cuma rindu sangat sebab dah lama lah jugak tak jumpa . gambar-gambar ni dari cerita yang dah basi , abang aku pun dah selamat jadi bapak dah 3bulan lepas . saja nak imbas balik memori dengan busu


gambar kahwin abang aku ni mengingatkan aku betapa besarnya jasa dan penat lelah busu menguruskan majlis perkahwinan anak lelaki sulung kakak dia . busu lah orang kuat majlis untuk abang aku yang sorang ni . dah selamat ada anak dah . tadi waktu check dekat post yang lepas-lepas , konon nak carilah entri pasal cerita kahwin abang aku ni , sekali tak ada lah pasal reception dekat KL . haha terlupanya sebab upload banyak dekat facebook je . nah sekarang meh kita tengok sama-sama ok . hasil tangan busu aku , Nurul Shukor . tak banyak pun aku nak letak kang korang muak pulak . haha 


ni pelamin abang aku . simple je tapi aku suka sebab busu letak banyak sangat fresh roses dekat sekeliling dewan tu . huuu aku dah lah minah bunga . habis majlis habis aku kaut semua bunga yang ada . haha busu tak marah korang jangan nak kata aku gelojoh pulak :DD . majlis hari tu berjalan dengan lancar , thanks dekat semua yang hadir .


dan yang ni pulak waktu dekat meja pengantin . dah sah-sah banyak makanan atas meja tu . ni pun busu punya idea jugak . last-last minit jadi je .



busu dengan family nya . family dia family aku jugaklah kan haha sengal  . yang budak kecil dekat depan tulah anak busu , piah . rindunya lah bila tengok gambar-gambar ni balik . waktu ni piah jadi flower girl . dari pelamin , make up , hantaran , meja makan , catering , sampailah ke baju pengantin busu yang uruskan . thank you so much busu :) we love you 


ni gambar busu dengan ayah dan mak merangkap satu-satunya kakak yang dia ada . family mak aku ni ada 5 orang semuanya , busu yang paling bongsu sekali , sama macam aku jugak . tapi aku dua beradik je . hehe busu selalu dengar kalau kita orang anak-anak buah dia ada masalah . walaupun dia terkenal dengan sifat garangnya yang melampau tak ingat punyer , tapi aku tau dia sayang semua anak-anak buah dia . selalu bagi nasihat . selalu tanya perkembangan terkini kita orang kalau dia tak sibuk . rindunya dekat busu . bilalah boleh jumpa lagi . aku banyak jugak baca dan tengok orang menilai busu aku ni . kita semua sama saja di sisi Allah . aku tak marah . korang ada hak masing-masing . tapi aku nak cakap dekat sini , aku bangga dengan dia . bukan bangga sebab apa . aku dulu pernah tengok sendiri macam mana susahnya dia sampailah dia berada di tahap sekarang . dia banyak ajar aku , jangan putus asa . busu dah banyak berubah . thanks sebab selalu jadi pendengar setia . 





waktu aku dapat mms dari busu ni , busu memang dekat mekkah lagi . sayu je hati waktu ni . kalau nak tau waktu kecil dulu aku memang tak rapat langsung dengan busu sebab busu garang sangat , tapi sejak dah besar ni dah macam mak ayah aku dah bergurau , ketawa sakan tak ingat punya . aku selalu jugak jenguk busu dekat rumah dengan kedai tapi sekarang ni tak sempat-sempat lagi . 



.



2 orang komen:

Cik Jannah said...

saya suka nurol syukor..
makeup dia meletop,,
kim salam dia ea

eira said...

will do :)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS