hai . baru dapat update blog . arini nak meluah perasaan jap . boleh ke? boleh jela kira . sebenarnya mood tak bagus sangat lah minggu ni . panas je hati . bukan panas sebab apa sangatlah tapi boleh bikin hangin satu badan jugaklah . hari ni memang bestlah sebab lecturer semuanya tak ada . dia orang ada workshop . entah aku pun tak tahu apa jenis workshop tapi dapatlah aku rehat-rehat sikit hari ni . tapi yang tak bestnya internet connection teruk sangat lah . memang teruk ke apa aku tak tau . tapi asik mati-mati je . beruk band pun tak banyak membantu . sedih wei . macam mana nak blog walking ?
aku ni minggu ni manjang je tidur lewat . manjang je nak blogwalking tak dapat . bila hujan lagi lah macam hape . langsung tak dapat internet . nak harap wi-fi , tak kuat sangat pulak tambah pulak ramai student sini . sedih berganda-ganda T____T . tapi facebook manjang je pulak dapat . nasib badan betul . tapi tu pun aku dah syukur sangat aku dapatlah jugak update blog ni walaupun lambatnya tahap nangessssss punya . sabar.. sabar.. memang tengah sabar sangatlah ni . sekarang ni memang sabar habis lah . nanti dah dapat assignment memang nangislah internet tak ada T_________T .
hari ni rasa kelakar sikit . sebab pertama kali aku nampak monyet duk lalu lalang depan tingkap aku ni . nasib baiklah aku bukak tingkap waktu malam je . boleh pulak monyet ni merayau-rayau waktu hujan dekat sini . sekali masuk 2 ekor , baekkkk punya . memang kelakar lah bila tengok budak-budak perempuan terjerit-jerit mintak tolong . kalau dah menjerit tu memang kita semua dah tau dah mesti ada monyet besarrrrr punya . aku tak dapat bayangkan kalau aku sendiri yang alami situasi macam ni . mesti aku menggelabah ayam jugak . dapat pulak monyet-monyet dekat sini pandai-pandai . biskut , maggi memang benda paling top lah dia nak curi untuk makan . besar dan sangat degil . kalau dah masuk dalam bilik susah dia nak keluar . budak-budak ni siap baling bantal segala tak jalan jugak . last-last semua baling selipar ramai-ramai . haha :P macam-macam hal .
minggu ni dah ada assignment pun sebenarnya . assignment continuos signal system . kira macam tutorial je sebenarnya . tapi kena hantar pun minggu depan jadi relaks-relaks dulu . ambil mood dulu . huhu :P lagi pun signal tak ada lah susah mana , cuma kena rajin buat latihan graf dia je . insyallah boleh buat . semester ni nak kena buat betul-betul . masa pun kena rancang betul-betul sebab semester ni memang berat sikit dari yang lepas-lepas . aku kan ambil cocuriculum , khidmat masyarakat ye . jadi kenalah bahagi masa antara pelajaran bagai . penat memang tak payah cakaplah . tak nak penat tak payah belajar bak kata ayah . hehe :DD
13 January 2011
susahnya lah nak dapat internet connection.
Browse › Home ›
my campus life
» susahnya lah nak dapat internet connection.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira