10 January 2011

hari pertama persekolahan :P

hai semua malam ni baru ada kesempatan nak berblog . sebenarnya hari ni kelas sampai pukul 2 je . tapi memandangkan hari ni adalah hari untuk add dan drop subject jadi aku agak sibuklah nak check dekat website mana tahu ada perubahan jadual ke apa sebab semester ni aku add cocuriculum . memandangkan line internet super duper hampeh maka lambat lah sikit proses nak beralam maya ni . huhu hari pertama ni memang penat sikitlah biasalah bukan sekolah macam sekolah menengah dulu , dekat sini semua nak kena pandai-pandai sendiri . nasib baiklah ada kawan-kawan yang best dapatlah borak-borak sikit hilang penat :P

kelas pada hari pertama ni tak ada apa sangat pun . hanya briefing pasal course work dan scheme of work untuk semester ni je . lepas tu lecturer banyak cerita pasal topik-topik dalam subject yang aku ambil tu je . maaflah bercampur aduk dah antara bahasa melayu dengan bahasa inggeris . hehe . hari ni pun hari untuk mengemas bilik jugak , sebab aku tak balik hostel hari ahad tu . penat jugaklah sebab boleh tahan banyak jugak barang yang tinggal tapi yang kelakarnya ada jugak barang nak tinggal , selipar jamban . haha :DD haa tu la awal-awal dulu tak nak packing awal-awal sekarang ni kan semua barang nak tinggal . terima kasih dekat ayah sebab susah payah datang terus dari tempat kerja semata-mata nak tolong anak perempuan dia seorang ni mengangkut barang . kalau ayah tak ada susah jugak aku!

harap sangat semester ni ok . walaupun yang benarnya tak berapa nak ok . redah jela . memang dah jangka pun , semester ni memang subject medical yang satu ni susah sikit , sebab ada subject medical instrumentation . subject killer lah  kira . aku waktu masuk kelas tadi memang blur-blur sikitlah sebab waktu zaman diploma dulu aku amik E&E jadi bila masuk medical electronics ni memang pening sikitlah . subject banyak lari sikit dari yang dulu . tapi tak apa aku suka belajar benda-benda baru janji tak memeningkan sangat otak aku ni . aku memang dah agak dah , makin naik semester makin susahlah subject-subjectnya . tapi dah nama pun belajar , apa je yang tak susah kan? sebab tulah orang panggil belajar hehe :DD . baru satu hari duduk dekat hostel ni , tapi dah rindu dekat Damia . rindu dekat budak kecik tu . selalu dia yang teman maksu dia ni borak . tahniah Ana Rafali , menang anugerah juara lagu ke 25 semalam .

sampai sini dulu . ada masa update lagi :)

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS