12 December 2010

susahnya nak cari spec mata :(

hari ni nak mengadu boleh? tak nak dengar pun tak apa, baca aje :D .mana eh nak cari spec untuk orang yang bermuka lonjong-tak-berapa-bulat macam aku ni? dalam banyak-banyak benda dalam dunia aku paling lemah bila nak cari spec mata untuk diri sendiri. ye aku pakai spec mata. tapi waktu belajar jela. aku tak berapa suka biasakan mata aku dengan spec 24 jam sebab aku bimbang mata aku menyepet je bila nak tengok-tengok. tapi aku susah sangatlah nak jumpa spec yang sesuai dengan muka aku ni. kalau berkenan pun mesti tak kena dengan muka. hari ni je berapa kedai specs aku singgah tapi satu pun tak ada berkenan di hati. kelas dah nak mula. aku spec mata pun tak tempah lagi. adoiyai. 

ok ke ni?


yang ni not bad lah tapi macam orang lelaki punya je. hehe :DD


haha yang ni memang aku tak kan pilihlah kan :P p/s: sekadar gambar hiasan saje 

aku kalau boleh nak specs yang berbingkai lah macam gambar-gambar di atas sebab tahan lama sikit untuk aku yang lasak ni. pakai specs ni ade sejarahnya jugak tau. aku mula pakai specs waktu Form 1 waktu tu power specs pun tak banyak lagi. jadi ayah aku pun belilah specs yang tak ada bingkai tu. yang dulu-dulu fofular tu. sekali dia boleh jatuh pulak. buat lagi bentuk dan bingkai yang sama tapi kena duduk pulak dengan abang aku sebab halus sangat. tak nampak pulak katanya. beli lagi yang ada bingkai pulak jatuh lagi dan kali ni pecah berderai. huu masuk pulak zaman diploma 2-3 kali jugak aku tukar specs ade yang cermin dia kaler biru tu. pecah jugak. ganti dengan kaler pink pulak. hadoi nampak tak betapa ganas nya aku. dahlah tak pandai jaga. haha :D specs aku yang sekarang ni pulak ok je tapi cermin pulak dah calar, jadi macam menghalang sikitlah penglihatan waktu dekat kelas. lagipun dekat kelas aku suka duduk belakang-belakang sikit terutama sekali subjek management, huahua ngantoks . tengoklah, sendiri cari pasal kan? dah tau tak nampak duduklah depan T_________T
hai spec kenapalah susah sangat nak cari kau ni? kenapa susah sangat nak kasi elok dekat muka aku ni? kan dah menyusahkan aku sekarang. habis ayah membebel bising spec tak buat-buat lagi. sorrylah ayah bukan tak nak buat habis semuanya tak berkenan tak dapat nak beli der.. kata aku pada ayah :DD aku tak suka nak pakai contact lense. sebab aku rasa rimas dan pedih-pedih sikit bila ade habuk. yes. mata aku sangat sensitif. lagi pun aku rasa macam tak selesa lah walaupun contact lense sekarang dah dijual dengan bermacam warna. nak buat macam mana aku memang cerewet sikit. lebih-lebih lagi kalau benda penting macam ni. sekarang ni aku dah pening nak buat macam mana, konon dah tak ada jalan penyelesaian lah. haha korang rasa macam mana bentuk spek yang sesuai untuk bentuk muka macam aku ni? help me please :)

 

sila abaikan muka sememeh ni. T______T ni lah muka tuan blog yang tak seberapa ni. mesti korang dapat agak kan betapa sesuainya aku pakai specs haha. adoiyai kenapalah mesti kena pakai specs? dah makan banyak carrots pun macam tak ada apa effects pun kat mata ni . lepas ni nak cuba innershine pulak lah. haha mengada. 

2 orang komen:

Mohammednajib said...

boleh pakai spec yang berbinggkai tebal mcm aeras.kita pon lasak juga,pakai bingkai tebal tapi lasak.banyak kali jatuh,duduk masih sama jer.harga pon 200 je.delak 3 tahun pakai.xlah tebal sanagt bingkai tu.

eira said...

kat mana tu eh nak cari? huuhu susah betol nak jumpe yang sesuai dengan muka

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS