Rasanya bila sebut je tentang kentut, semua orang MESTI ‘familiar’…dan semua mesti ada pengalaman indah..
Topik nie bunyinya macam tak best tapi aku terpanggil nak share jugak hal nie memandangkan kentut nie juga merupakan antara nikmat Allah yang memang patut kita syukuri.. haha kentut itu nikmat~!
uih, huhuhu…ingat tak sakit ke bila perut nie memulas tak kuar angin? silap hari bulan, bermalam dalam bilik air ler jawabnya.
Kenapa kita kentut?
Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Bohonglah sesiapa yang mengaku tak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.
Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.
uiks, lelaki lebih kuat kentut?? &%$**%$@##^
Apabila bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.
gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Komposisi gas yang keluar dari badan bergantung kepada beberapa faktor:
Makanan
Udara yang disedut
Jenis bakteria dalam usus
Tempoh masa kentut ditahan keluar
Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen
Kenapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus; maka lebih busuklah kentut kita! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.
Kenapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang akan keluar. HAHAHA.
1 orang komen:
hehe..nice
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira