06 December 2010

lukisan-lukisan dia

hai semua. hari ni happy sangat sebab kan dah dapat patung elmo yang diidam-idam kan. siapa lagi belikan kalau bukan encik kesayangan, ren. langsung tak jangka akan dapat present dari dia. al-kisahnya awal pagi tadi teman kan dia sekejap. lepas dah lepak-lepak, borak-borak, ketawa-ketawa dia pun hantar balik. then kita orang pun singgahlah Tesco Ampang. tetiba encik kesayangan ni kata. susah eh nak jumpa patung elmo? mula-mula pelik jugak mana dia tau sebab ada satu hari dalam minggu lepas post wall kat facebook pasal patung elmo ni. pastu aku pun senyum lah kata "belum jumpa lagi". ntah macam mana jalan punya jalan dekat kiosk-kiosk  yang ada dekat tesco tu jumpa barang-barang jual teddy bear, barneys, sesame street, spongebob, patrick dan macam-macam jenis patunglah.. haruslah aku berhentikan sebab nampak makhluk merah ni. hehe encik kesayangan pun kata, tu haa elmo, senang je nak jumpa. aku pun sengih-sengih kera dengar dia cakap macam tu. kemudian dia offer. "sayang nak tak patung elmo ni"? huu aku sengih-sengih je lagi sebab ingat dia bergurau. aku pun duk belek-belek harga elmo yang kecik dengan yang besar. ada less 10% kata orang jual tu. konon nak buat-buat tak tahu lah pertanyaan dia. pastu dia kata nak tak? pastu dia kata lagi jum kita pergi bank kejap. yeayy dalam hati dah melonjak-lonjak happy dah ni sebab dia nak beli kan. suka dan terharu. aku memang tak jangka lah benda-benda macam ni. ni laa elmo nye. walaupun tak ada laa comel mana tapi aku suka. sebab dia yang kasi. hehe


sejak dua menjak ni encik kesayangan berperangai sangat sweet. banyak perubahan yang aku nampak. dan banyak yang positif. dia dah banyak fikir pasal masa depan, pasal, tunang, kahwin, perancangan masa depanlah kira. teruja. itu lah perasaan aku sekarang. tak dapat nak gambarkan macam mana. walaupun plan untuk kahwin tu lama lagi tapi tak salah kan nak rancang yang penting ada target. baru ada hala tuju kan. haha gatal. dan hari ni jugak dia buat tiga lukisan untuk aku pilih untuk wallpaper handphone dia. memang dah jadi kebiasaan dia mintak pendapat aku. dan aku memang sukakan perhatian yang dia bagi macam tu. tanda dia menghargai aku walaupun kadang dia minta pendapat pasal benda kecik je. aku tau dia hargai aku. katanya lagi lukisan-lukisan ni dibuat pada waktu dia boring. hehe jadi maaflah kalau tak lawa pun, janji aku suka. tapi apa ade hal..? kata aku punya blog huhu




p/s : aku suka lukisan yang ni sebab yang sebelah kiri tu dia yang sebelah kanan tu aku . hehe :DD 

 lukisan-lukisannye hanya pakai highlight je ye kawan-kawan . huhu tapi tu lah istimewanya dia di mata aku. dia sangat independent dan tak pernah nak merungut.dia sangat-sangat memahami aku. thank you so much ren. tak banyak pun aku nak cerita sebenarnya. nanti ada idea lagi aku post lagi entry okey. thank you jugak untuk semua yang baca entri kali ni. sayang semua.

1 orang komen:

Kak Mahh said...

Orang yang kreatif lukis apa saja akan nampak menarik di mata kita.

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS