| 
 ASAM PEDAS IKAN PARI [versi cilipadi & lada hitam]
 
 Bahan-bahan :
 
 500 gm ikan pari [potong kecil] 2 biji tomato [potong 4] 1/2 cawan air asam jawa air secukupnya [untuk kuah ]garam minyak untuk menumis daun sup [potong pendek] 
 Bahan tumbuk/mesin halus :
 
 20 biji cili api 2 s/b lada hitam 2 cm halia 2 cm kunyit hidup 2 cm belacan 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 2 tangkai serai 
 Cara -cara penyediaan :
 
  Basuhkan ikan pari..rendamkan sekejap dengan asam limau + asam jawa + garam. Bilas dan toskan sehingga kering.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan masak/garing.  Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sampai mendidih.  Masukkan ikan, garam dan buah tomato.  Biarkan kuah direneh sampai agak pekat.  Masukkan potongan daun supDah boleh makan~!
 | 
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira