- berimanlah kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah
- Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati yang terbuka. segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah
- ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. dengan mengingati Allah zat yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.
- biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya, dan jangan terlalu cemas dengan hari esok. kerana jika anda melakukan terbaik di hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.
- ingatlah bahawa tuhan maha luas keampunannya, maha menerima taubat dan maha mengampuni dosa hamba-hambanya dan berkenan mengganti amal buruk hambanya dengan kebaikan.
- hiduplah bersama al-quran baik dengan menghafalnya, membacanya, mendengarkannya atau merenungkan kandungan ayat-ayatnya kerana al-quran adalah merupakan penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan.
- bertawakallah kepada Allah dan serahkan segala urusan kepadaNya dan redhalah diatas ketentuanNya dengan sepenuh hati. mintalah perlindungan dan pertolongan kepadaNya dan bergantunglah segala urusan kepadaNya, kerana sesungguhnya dialah zat yang mencukupi dan menjamin segala keperluan anda.
- Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. berilah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda.
- ketahuilah bahawa setelah kesulitan pasti akan datang kemudahan dan kelapangan pasti akan datang setelah adanya kesulitan. ketahuilah bahawa keadaan seseorang itu tidak akan tetap selamanya sebagaimana hari-hari yang sentiasa berputar
- ketahuilah bahawa ujian itu mendekatkan diri anda dengan Allah, mengajar agar anda berdoa dan menghilangkan sifat takbur, ujub dan segala kesombongan dari diri anda.
- berbuat baiklah kepada sesama manusia dan hulurkan kebaikan kepada semua orang agar anda memperolehi kebahagiaan ketika menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan dan menyayangi anak yatim.
BERSAMBUNG.................................
1 orang komen:
semuanya bermula dgn keizinan ALLAH..=)
p/s: thanks eira follow blog sy..sebagai balasan, sy dh letak blog ini kt ruang follower kt blog sy..=)
****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****
****KLIK ENTRI TERHANGAT DISINI****
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira