T____T kenapa comel sangat ni. ni yang buat duit habis ni beli benda bukan-bukan :( . domo ni patung ke-2 yang aku suka selain elmo. elmo tetap di hati. bestnye kalau dapat kumpul banyak-banyak patung macam ni. boleh jadi inspirasi ni. huhu. aku tak minat sangatlah patung bear-bear tuh.aku suka yang macam-macam ni lah. kepada yang berkenaan silalah beri perhatian lebih ye~! aku suka patung yang lain dari yang lain. bising mak kalau tau aku nak beli lagi. dapat pulak patung macam ni. haha adoi.
dua ekor domo comel ni pulak tengah in love kot. comelnye makhluk berbulu ni. siapalah yang baik hati nak belikan domo ni ek? bagi hadiah ke sempena tahun baru yang nak menjelma dah ni. hehe. oh ye apa azam tahun baru korang ek? ada jadi ka azam-azam tahun lepas nak ada azam baru nih? haha :DD gurau saje, jangan ambil hati ye kawan-kawan. azam tu kena ada, jadi tak jadi belakang kira. bila ada azam baru ada target. kalau dapat capai target tu kira dah BERJAYA laa. :) mengarut jela aku ni kan.
tengoklah tu, bergaya kan beliau nih. dengan spek mata kuningnya. santai bebeh~! huhu kalau lah dapat satu domo ni aih tak tidur malam lah aku menengok benda ni je. huhu :P ada tak siapa-siapa yang minat benda yang sama? meh lah kita share-share pengalaman. pengalaman beli domo dekat mana ke. sharing is caring :). dan untuk menunjukkan yang aku agak eksited dengan si domo ni. haaa tengoklah header blog ni. dah cukup dah lah korang tahu aku ni suka domo. malas aku nak cakap lagi. aiyaiyai
last sekali aku sebagai maksu kepada hannah damia bt. zainal ariffin nak ucapkan selamat ulangbulan yang ke-3 untuk Damia. hehe mengada. maksu doakan damia cepat besar, cepat meniarap, merangkak, berdiri dan bercakap sebab damia comelll sangat buat maksu geram. nanti maksu bawak damia pergi jalan-jalan dekat taman permainan ok. mmuahhx xoxo
1 orang komen:
domokun is cute :)
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira