jeng.jeng.jeng. hari ni aku berbesar hati nak war-war kan yang aku sedang mencari follower lucky number 200 dalam blog aku yang tak seberapa ni. siapa-siapa rasa nak jadi yang bertuah tu paham-paham sendiri jelah apa yang patut di buat.tak kan nak bagi tau pulak. senang aje kot :P. aku buat macam ni pun sebab nak kenal lebih ramai blogger-blogger dekat luar sana. almaklumlah dunia blogging ni kan dah jadi trend sekarang ni. macam cendawan tumbuh selepas hujan :) banyak sangat blogger-blogger yang best. so jangan lah kita lepaskan peluang nak kenal-kenal dekat alam maya ni kan. barulah up to date siket. ewahh :)
hari ni aku nak cerita jugak pasal BE dan result. BE tu Buffered Earnings dari Nuffnang bagi yang tak tahu. 2 minggu lepas aku tertanya-tanya jugak kenapa aritu ada 4 sekarang dah tinggal 2. teruk sangat agaknya pencapaian blog picisan ni. haha :D. ada jugak rasa nak bagi email dekat nuffnang tanya pasal BE ni. tapi hati berkata "rileks, sabar dulu" dan hari ni alhamdulillah dah ada 4 balik. 2 iklan baru. 2 iklan lama. sikit je pun tak macam blog-blog lain. aku pun belum pernah cash out lagi walaupun dah lama jugaklah jadi blogger. huhu mungkin sebab kekangan masa yang membantutkan pencapai nuffnang aku ni. tapi tak apa aku nak jadikan blogging ni sebagai hobi aku pulak lepas ni. sebab aku suka berkawan tapi aku jenis yang pemalu sikit. auww :DD ok mari kita view sikit BE blog aku yang tak seberapa ni. maaf gambar kurang cantik sebab tak pandai nak edit-edit :D
alhamdulillah dah ada 4 balik. terima kasih NUFFNANG. walaupun earnings tak banyak, yang pastinya aku blogging pun bukan sebab DUIT semata. aku nak tekankan dekat sini yang aku berblogging hanya untuk ceritakan kisah kehidupan seharian aku yang bukan semuanya aku ceritakan dekat sini. sebab blog ni salah satu cara aku lepaskan tension bila tak ada someone untuk jadi pendengar T_______T.
gambar ni pulak adalah dari laman web tempat aku belajar , kalau nak tengok apa yang dia tulis boleh klik untuk tumbesaran. nampak tak yang dia tulis dekat situ result keluar arini pada jam 6 petang? aiyoooo dah lah semalam tak tidur lena mengenangkan result nak keluar sekali bukak-bukak laman web ni hari ni sekali dia keluar ni daaa. cuak betol lah cam ni. takut sangat result teruk ke ape. yang paling aku takutkan ialah apa yang akan ayah cakap nanti. mesti ayah ingat aku banyak main-main je dari belajar Tsk** T_____T ayah tau tak susah nak score dekat sini? sedih nau rasanye nak dapat pointer 3 pun susah. :DD halamak..halamak kantoiii.. hahah :DD dan dekat bawah ni pulak subject yang bakal aku ambil sem depan. cuak jugak tengok. subject medic ade 3. boleh ke aku bawak ni? adoi sem lepas pun sengsara jugak hidup, lagi-lagi pulak mungkin aku nak ambil kokurikulum pulak nanti. harap-harap aku boleh buat sehabis baiklah sem depan. amin
sem depan aku akan jadi pelajar semester 5. tinggal 3 semester lagi sebelum aku tamatkan degree aku ni. tu bermakna tinggal 2 tahun je lagi. sekejap je rasa. pejam celik, pejam celik dah setahun aku belajar dekat situ. alhamdulillah moga tercapai hasrat mak ayah nak tengok aku belajar sampai degree. amin. doakan yang terbaik untuk aku ye. thanks semua sebab baca entri ni. xoxo
2 orang komen:
hi..
entri yg cool..insyallah pass sume nya. gud luck!!
psst! jom tukar link k
http://nadiamshim.blogspot.com
Hye , check out new shawls here http://teensflavour.blogspot.com/
:)
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira