12 December 2010

aku suka filem twilight.

sebenarnya kan dah lama aku saja-saja nak buat entri pasal filem twilight ni. secara random. bukannya keseluruhan pun. bukan apa waktu-waktu macam ni jela aku ada masa nak update blog selalu. kalau tak, banyak masa di habiskan dengan buku,kelas dan assignment. dulu kan aku bila kawan-kawan ke, family ke, ajak pergi tengok wayang especially cerita twilight je mesti aku tarik muka.waktu tu memang aku tak tahu yang cerita tu best. sampai lah ada satu hari ni awal Januari 2010 tak silap aku lah, aku dipaksa tengok oleh abang aku cerita twilight ni. haha mula-mula tu hangin jugaklah kan. bukan suka kena paksa-paksa ni. tapi abang punya pasal layan jelah eceheceh :DD


bila dah tengok tu aku mula suka kan filem ni, walaupun jalan cerita pada awalnya sangatlah lambat-lembab-tahap-Gorgon dah tapi sebab ada Jacob ye, ulang lagi sekali ye sebab ada Jacob yang ada 6 pack tu okey aku mula suka cerita ni. sebab walaupun Jacob tak dapat cinta Bella tapi dia sanggup tolong Bella, berkorbanlah konon-konon. hakikatnya semua dah tau pun kan Bella cintakan Edward. walaupun dalam cerita-cerita twilight ni hampir keseluruhan filem nampak Edward dengan Bella je dari Bella dengan Jacob tapi aku suka. sebab aku rasa cerita ni unik. pontianak bercinta dengan manusia. suatu yang tak pernah nak ada dalam dunia ni. tak tahu lah kot-kot ada lepas ni :D alaa dah kata pun filem je kan fantasi dengan imaginasi tu penting. kena ada teknologi canggih bagai kalau nak tarik penonton ke panggung wayang.


dalam cerita twilight ni memang nampaklah betapa Bella ni sangat-sangat cintakan Edward. sampai nak jadi ponti sama. jalan cerita cinta dia orang ni pun best sesuai dengan jiwa remaja-dewasa aku ni. dan aku suka filem twilight ni sebab kan lagu-lagu dia banyak dari kumpulan Muse. haha jangan marah sambil menyelam minum air jap :D walapun Edward ni kadang-kadang nampak macam susah nak difahami tapi sebenarnya Edward pun sayang sangat dekat Bella. sangat protective, kesian kau Jacob cinta tak kesampaian~! apa yang buat cerita ni menarik bagi aku lah kan Jacob dengan Edward masing-masing berusaha selamatkan dan lindungi Bella dari benda-benda yang mengancam nyawa dia. bestnya jadi Bella, ramai orang sayang. hekhuekhek.


dari raut wajah, bahasa tubuh memang tak disangkal-sangkal lagi lah dia orang ni memang hangat bercinta dalam filem twilight tu. best sebenarnya tengok cerita-cerita macam ni. barulah tau sikit skop pasal cinta-cinta ni. filem ni memang cerita cinta lah kira. kira cerita cinta luar biasa lah. macam beauty and the beast. haha :D sekarang ni aku dah berpuluh kali pasang cerita twilight ni dari yang awal sampailah ke eclipse. ketagih weh. haha. Jacob tetap the best. cara dia berkorban perasaan dia pada Bella bukan semua orang boleh buat. bukan semua orang boleh bahagia bila tengok orang yang kita sayang cintakan orang lain kan? tak apalah Jacob kau couple jela dengan Victoria awek si James dulu tu hot jugak tu. huhu :DD

p/s : jom dengar lagu Muse dekat bawah ni 
Muse-Falling Away with you




special credits to : chokilala.com

2 orang komen:

joegrimjow said...

layaannnzzz

tengok yg latest series kat depan sangat dalam panggung, memang xbest bukan sebab cite xbest tp sebab kena dongak

eira said...

hehe betol2 :)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS