aku menulis entri kali ni pada waktu 3.00 pagi. waktu semua orang sedang nyenyak tidur dan aku pula ditinggalkan sendirian menelaah dalam kata lain belajar. penat. sangat-sangat penat. tak tahu nak cakap macam mana penatnya otak dan badan ni. terbeban dengan nota-nota yang banyak sangat. macam tak percaya nak kena baca semua. rasa macam sikit padahal masyaallah banyak nye tuhan aje yang tahu.minggu yang menyesakkan dada jugaklah sebab exam semuanya berderet-deret macam kereta api. tak sempat nak rest dah ada exam pada esok hari.
dah nak masuk 2 minggu aku berkampung di BMI ni. perasaan yang lain sangat. tak pernah pulak aku rasa hujung minggu kat sini. dan tersangatlah bosan duduk dekat sini waktu hari minggu tapi nasib baiklah aku nak ulangkaji punya pasal aku gagah kan jugak. dan hasilnya setakat ni alhamdulillah memberangsangkan walaupun agak tertekan sikit. tidur tak menentu. makan tak ikut masa. masa banyak dihabiskan dengan nota-nota yang tebalnya macam kamus. nasiblah segala assignment dan lab dah disiapkan sebelum final exam lagi. kalau jadi macam tahun lepas haru biru hidup aku bila kena buat lab waktu dah habis final. orang duk sibuk nak balik aku dan kawan-kawan bergelumang dekat BMI ni. huhu. setakat ni soalan exam boleh tahan lah susahnya. tak ada senang sangat tak ada susah sangat. sedang-sedang je. syukur alhamdulillah dapat jawab dengan baik walaupun tak tahu apa rupa jawapan yang aku buat tu. huhu. dan sem ni harapnya sem akhir aku jawab test mathematics. dah tak larat dah nak menghadap nombor banyak-banyak. adoi. tapi nak buat macam mana lari macam mana pun dah kata bidang engineering mestilah banyak pengiraan. kadang macam menyesal pun ada amik bidang ni. huhu tapi aku percaya setiap apa pilihan yang kita pilih ada kebaikan nya tersendiri. dan aku percaya pada rezeki Allah s.w.t walaupun aku tak nampak masa depan aku ni nanti macam mana haha. semoga banyak peluang yang menanti aku lepas habis belajar nanti dapatlah balas jasa mak ayah :)
rindu sangat kat budak sorang tu. kalau awak baca ni awak mesti tau yang saya sayang awak sangat sayang. wish you here. sedih nak menghadap minggu-minggu sukar tanpa awak. awak yang selalu menghiburkan saya waktu-waktu saya stress dan need sumeone. terima kasih sayang sebab selalu berada disisi. moga awak baik-baik saja dekat sana :) i miss u so much shafarin samat. i really really do .. semoga cepat sembuh dan boleh bekerja semula macam biasa. amin
1 orang komen:
betul dear..
bila kita dah buat keputusan atas pilihan yang ada kta cuba sukakan juga.. insyAllah.. disitu ada manisnye yang kita tatau..
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira