05 June 2010

happy

alhamdulillah. hari ni result dah keluar. walaupun aku tak dapat banyak tapi aku bersyukur sangat sebab semua subject aku pass dengan jayanya. terima kasih ya Allah kerana memakbulkan permintaanku kali ni :) . sebenarnya tak banyak yang nak ditulis kat sini. blog ini sekarang hanya menjadi tempat persinggahan kalau aku rasa aku nak menulis sahaja. dan terus terang aku katakan niat aku untuk berblog semakin melupus dek sehari ke sehari kerana banyak kekangan yang aku pasti semua tahu iaitu. aku sibuk dengan kuliah pada hari bekerja dan aktiviti berfasi-fasian pula pada hujung minggu. aku sangat sayangkan blog ni. aku cuba untuk jadikan ia dewasa seiring dengan usiaku yang kini semakin menginjak dari muda remaja kepada dewasa. huhu umur terpaksa dirahsiakan. bagi yang dah tahu diam-diam sudahhhh ;p

mak dan ayah sudah pun berpindah ke KL semula dan syukurlah kami sekeluarga dah semakin dekat. kehidupan semakin bagus dan menarik! haha banyak peristiwa yang bakal berlaku dalam hidup aku antaranya ayah baru sahaja dapat surat dari istana negara untuk menerima pingat ahli mangku negara di atas sumbangannya yang telah berkhidmat dalam sektor kerajaan selama hampir 30tahun. syabas ayah eira sangat bangga dengan ayah. ayah dah tunjukkan usia bukanlah penghalang untuk kita terus belajar dan mendapat kehidupan yang lebih baik. terima kasih juga ayah sebab dah membesarkan eira dengan sempurna sama seperti anak gadis lain. selain tu pertambahan ahli keluarga. aku bakal jadi makcik bulan September ni. kakak iparku sudah pun mengandung dan usia kandungannya kini 6bulan dan kegembiraan kali ni berganda kerana aku dan bakal anak buahku ini lahir pada bulan yang sama cuma mungkin tarikh je berbeza.terima kasih tuhan untuk kegembiraan ini.

dan hidup aku semakin terisi dengan adanya orang yang memahami dan menyayangi diri ini iaitu shafarin samat. dia adalah kekasihku yang aku kenali sejak dari zaman persekolahan lagi. thanks sayang sebab bahagiakan eira selama ni. thanks jugak sebab tak pernah berhenti menyayangi eira walaupun hubungan kita terputus setahun lepas. semoga kita dapat lalui detik bahagia ni bersama-sama :). semenjak aku duduk di BMI dialah yang menjaga dan mengambil berat pasal diri ni. thank you very much dear sebab sangat memahami && bersabar dengan kerenah aku yang katanya degil ni. hehe ok semua boleh ambil baldi dan muntah dengan kadar segera ;p ;p..itu saja yang dapat aku tuliskan buat masa ni. andai punya waktu kita akan ketemu lagi. bye


1 orang komen:

Siti Fatimah Nabihah said...

wah.. byk berita gembira ni~ hehehe.. so glad u happy! hehe.. keep going update blog walaupon jarang(mcm ct) but i still will read ur blog~

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS