okeh fine. aku tahu aku dah update dua entri untuk hari ni je.. haha terasa macam banyak pulak. bukan apa aku tak banyak masa nak menghadap blog ni hari-hari.. keadaan tak mengizinkan.. okeh berbalik pada tajuk entri yang kedua ni aku pun tak tau macam mana dapat idea dengan tajuk macam ni rupa.. mungkin tension sangat dengan nak final exam kot. Final exam akan bermula dari 26 April 2010 sampailah 5 May 2010. ok kat bawah ni adalah jadual periksa aku yang sangat dekat satu sama lain..huh! bencinye.. study tak habis lagi ni.. macam mana ni ye? mau aku tak tidur je minggu-minggu nak exam ni.. hadoi.. study smart eira bukan study hard..
- 26 april 2010-engineering mathematics 3
- 30 april 2010-quran sains moden
- 3 may 2010-human physiology & electronics 2
- 4 may 2010-circuit theory 2
- 5 may 2010- digital electronics
awal-awal hidup kat bmi memanglah macam teruja kan.. yelah aku kan first time hidup sendiri kat tempat orang. tempat oranglah sangat kan. haha tapi life dekat bmi sangat-sangat hectic dan sangat-sangat memilukan lagi-lagi bila kau kena berhempas pulas nak siapkan report, quiz dan test yang banyak bagai nak kasi meletup organ-organ otak ni.. hadoi sampai nak makan tak sempat.. nak tidur mimpikan kerja-kerja yang tak siap sampai termimpi-mimpi lecturer subject.. tak ade masa untuk diri sendiri sebab asyik fikir macam mana nak siapkan semua kerja on time. "Terima kasih BMI" anda telah menghuru-harakan hidup saya yang dah sedia kacau-bilau ni. saaaaaaaayaaaang BMI! :(( .. sepanjang aku hidup kat sini jugaklah hidup aku seakan-akan tak boleh lari dah dengan kalkulator. boleh kata kalkulator ni macam nyawa akulah kan. takde kalkulator satu apa kerja pun kau tak boleh nak buat. yelah memandangkan hidup aku ni bergelumang dengan nombor je tiap-tiap hari.. tiap-tiap subjek.. huh boleh jammed kejap otak aku bila tengok nombor je especially bila kelas maths. hadoi memang tak tahan dan tak sanggup nak hadap sekali gus.. ambik masa beb! haha dan disini sangat mencabar.. bersaing dengan budak-budak yang pandai-pandai sangatlah men"stress"kan aku..
dan tak lengkap rasanya kalau aku tak letak gambar-gambar benda yang aku belajar dekat sini.. bersama-sama kawan-kawan tercinta yang masing-masing pun tension macam aku ni.. especially nak final exams ni.. saat ni 2 lab report tak siap lagi. digital electronics report dan mini project report.. ya tuhannnnn.. ade siapa-siapa tak nak tolong aku buat report ni? huhu tolonggggg... lagi dua minggu je nak final.. study week kita orang dah komfem duduk kat dalam lab jela ni.. sadis betul..dugaan..dugaan..
nampak simple je kan? tapi bila nak kuarkan output bapaklah payah berminggu nak kasi jadi.. dengan viva lagi.. waaaaahhh seriaunye aku..ni la kerja-kerja aku yang 80% dah siap.. yang lagi dua tu aku tak tahu nak cakap macam mana dah. pening pale nak siapkan kerja.. hee aku nak study pun tak dapat kalau lab tak siap.. bagusnye-bagusnye..tapi tak apa semangat mesti kuat.. aku tau aku boleh buat.. go girl
mood : tension :(
1 orang komen:
gud luck, jgn mudah brputus asa, Tuhan sntiasa bersama mrka yg sabar... all the best :)
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira