01 December 2009

dugaannya..

sebenarnya aku terpanggil untuk tulis entri ni waktu pagi buta macam ni sebab aku agak 'menensi' dan 'mengemo' dengan orang sekeliling aku sekarang. aku baru habis mengemas rumah untuk kenduri ni. letih tersangat-sangat.betul orang kata bila kita buat kerja kahwin buat pun orang akan mengata tak buat pun orang akan mengata. isk kenapa mesti ada PHD = perasaan hasad dengki?? tak boleh nak tengok orang lebih sikit mulalah nak tarik muka. mengumpat sana sini. ni realiti kejiranan aku. semuanya nak jaga tepi kain orang tepi kain sendiri tak heran sangat pun janji dapat buat ketupat.lemas lah kalau macam ni selalu :(


semua ni gara-gara nak kenduri ni la. ade je yang tak puas ati. ade je yang nak komen. pada aku lah buat simple-simple pun cukup sebab majlis di rumah aku adalah bagi pihak lelaki bukan PEREMPUAN! jangan nak over sangat boleh tak makcik-makcik..? ye aku tau kau orang sangat care untuk jadikan majlis ni lancar. tapi boleh tak biar kita orang settle kan sendiri. bila dah campur aduk aku pun naik pening. hati orang nak kena jaga hati sendiri ada orang kisah. angin je. kalau semua pendapat atau cadangan orang nak diambil kira dah tentulah lari bajet. kalau boleh memang nak cut cost. kenduri kahwin kot. banyak perbelanjaannya. kos sebelum dan selepas majlis perkahwinan mesti nak kira. kalau makcik-makcik nak sponsor tak apelah jugak kan. ni setakat cakap dengan air liur dapat pun pakai air liur lah jawabnya. hilang betul sabar aku hari ni. tebal ngan panas je muke ni bile kena sound sana-sini. please lah ayah aku pun tak bising la weh!lain yang aku harap lain yang jadi.


aku sebenarnya tak suka berada dalam situasi macam ni. tak selesa langsung. mood nak pergi bertandang ke rumah pengantin perempuan pun dah tak ada. hancur. aku penat. penat sangat. lagi berapa hari je nak berlangsung majlis di KL. harap jangan demam je ni. sebab dah banyak kali aku berhujan minggu ni. erggggghhh dugaan betul. kalau boleh mestilah nak happy tak nak macam ni je. banyak yang dah jadi dalam rumah ni. tuhan ajelah yang tau. aku harap semuanya berjalan dengan lancar. harap sangat.

1 orang komen:

pal7 said...

sabo jek la dugaan jek tuh..

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS