14 September 2009

harapan.


pejam celik..
pejam celik..
macam tak caye je raya dah makin dekat..
dan ramadhan makin beransur pergi..
banyak sangat persiapan raya di rumah ni yang perlu aku uruskan..
yelah semenjak ayah di transfer ke Penang ni..
aku dan abang yang menguruskan hal-hal di rumah..
macam-macam benda jugaklah yang perlu disiapkan..
dan aku tak menang tangan di buatnya..
penat..ya aku sangat penat..
dan mood untuk beraya langsung tak ada..
macam mana ek?
baju raya pun sehelai je aku beli..huhu
aku memang tak ada mood nak beraya tahun ni..
entahlah..bila makin dewasa nikmat untuk beraya tu makin berkurang..
dan makin lama macam makin malas dah nak beraya..
huhuhu kenapa lah dengan aku ni..
selalu tak ada mood..
tahun ni aku akan beraya di Pahang..
sambil tu nanti aku sekeluarga akan berbincang dengan keluarga belah ayah..
untuk majlis perkahwinan abang yang akan dilangsungkan lebih kurang 4 bulan lagi..
sebelum nak raya ni dapat PC baru..
gambar-gambar semua dah hilang..huhu sedih betol.
cepatlah masa berlalu..
amin.

aku suka dengan bahasa-bahasa indah ni..
buatkan aku berfikir sejenak dengan kuasa yang Esa..




kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.


kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.


kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.


kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.


kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.





sayang sangat sama dia..
safiah afwan..
my little sweetheart :)




p/s : sampai sini dulu..

2 orang komen:

farah said...

safiah afwan,

cantik namanya secomel tuannya.

:)

Monkey D Luffy said...

mood raya ku bertambah

lalala

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS