21 July 2009

cerita ceritu...

assalamualaikum semua..
mulanya aku ingin mohon ampun dan maaf atas kelewatan aku mengepost entri..aku tak punya waktu untuk berblog..maaf kerana dah lama sangat tak update blog aku ni..kalaulah aku punya lebih waktu :( ya..aku sangat sibuk dengan urusan seharian dan seperti sedia maklum aku telah pun selesai "on job training" di Subang Jaya..satu pengalaman yang cukup menarik untuk aku..
mencabar dan aku teruja dengannya..pada yang tidak mengetahui apa yang aku lakukan di Subang Jaya biarlah aku ceritakan serba sedikit kerja yang aku lalui disana..




aku ditugaskan ke SnT Global di Glenmarie Shah Alam untuk position programmer dan aku diberikan group bagi tugasan yang diberi iaitu membuat laman web dan ianya bukanlah suatu perkara yang mudah..aku tidak berpengalaman itu adalah masalah utamanya dan aku ambil ni sebagai cabaran untuk aku..ya programmer kerjanya tak adalah susah mana kalau nak dibandingkan dengan kerja design..dan aku sangat rasa terbeban pada mulanya..tapi setelah berkerja sebagai satu group semangat tu penting kan? jadi tak menjadi masalah bila ada yang sudi menghulurkan tangan bila aku berada dalam kesusahan..terima kasih tak terhingga pada nasrul, ghani, syed, nazim, bib, hida, shela, siti, shifah, ema sebab banyak membantu aku dalam kerja kali ni..




aku bertemu dengan mereka di Aptech dan disinilah segalanya bermula..walaupun persahabatan ni baru terjalin selama 3 bulan tapi cukup memberikan kesan dan sangat bermakna untuk aku..aku kenal erti persahabatan..kenal erti tanggungjawab..kenal erti hidup berdikari bersama-sama mereka..bila ada waktu terluang kami akan beriadah bersama..tengok wayang..mandi-manda..makan-makan dan ni secara tak langsung mengeratkan lagi persahabatan kami..mengenai kisah cintaku dengan ren yang sudah pun berkubur..aku sedang cuba membuang segala kenangannya secara perlahan-lahan..walaupun pedih dan sukar aku akan harunginya dengan tabah..setiap detik tak oernah aku lupakannya..kenangannya tetap bersemadi dalam ingatanku ini..tuhan aku sangat sayangkannya..cuma harapanku moga dia berbahagia dengan jalan yang dipilih ini..aku disini tetap akan menjadi seorang kawan bila die perlukan seorang kawan..benar kata orang hanya sesaat untuk menafsir seseorang,seminit untuk mengenali seseorang,sejam untuk menyukai seseorang,sehari untuk menyintai seseorang...namun mengambil masa SEUMUR HIDUP untuk melupakan seseorang.....




aku cukup bersyukur walaupun aku tak dapat miliki cintanya kami tetap berkawan baik sehingga kini..terima kasih ren atas segalanya..eira tetap sayangkan ren..buat masa ni aku belum terfikir untuk mencari pengganti..biarlah masa yang tentukan segalanya..aku mahu bina kerjayaku dulu..bercakap mengenai kerjaya aku sudah pun di interview di KL Sentral dan kali ini aku dipanggil untuk interview untuk kali kedua..harap-harap semuanya akan berjalan lancar..doakan aku semua..semoga nasib menyebelahi aku..sampai sini dulu



5 orang komen:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

uit!!

ku rindu kamu!!

Anonymous said...

rindu kamu jge~

Siti Fatimah Nabihah said...

huhu.. lama xupdate.. xpe2,ct doakan untuk sis.. huhu

Anonymous said...

thanks adik

Kapten Luffy said...

best ooo keje programmer

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS