19 April 2009

nak mintak pendapat..

terlebih dulu..
ini entri berbaur serius..
sila jangan muntah ketika membaca..


aku ada satu masalah yang berkaitan dengan seorang sahabat baik aku ni..

dulu aku dan dia sangat rapat..
boleh dikatakan dia tahu setiap perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku..
dan aku juga tahu semua pasal dirinya..
entah kenapa..
disebabkan satu insiden..
aku sudah jarang menghubunginya..
jujur aku katakan..
aku makin hilang rasa mahu bersahabat dengannya..
aku tau..
semua ni terjadi bukan kehendaknya..
tapi kalau difikir-fikirkan balik..
semua ni tak kan terjadi kalau dia pandai berfikir dan bertindak..
ya mungkin dia masih muda dan mentah..
juga tak pandai membawa diri..
tapi sedar tak dia bahawa..
disebabkan dia..
aku dicemuh oleh orang ramai..
dengan kata-kata negatif..
dibebani perkara yang menyesakkan lagi kepala aku..
aku sebenarnya tak faham..
kenapa setiap masalah dia akan menjadi masalah aku juga..
aku seperti melepaskan anjing tersepit..
tapi anjing tu pulak gigit aku balik..




kau bersenang-lenang diluar..
aku yang perlu menjawab semuanya disini..
dan ya aku terbeban dengan perasaan ni..
tahu tak kau aku benci perasaan macam ni..
aku terpaksa buat pilihan antara kehendak seorang rakan dan juga kehendak seorang ibu..
susahnya..sukarnya..
bila terpaksa lihat ibu kau menangis..
menangis bertanyakan kau..
apa aku nak jawab..??
sebab aku tau apa yang kau buat ni..
memang dah terang lagi bersuluh salah..
tapi kau langsung tak ambil peduli apa yang aku katakan pada kau..
entahlah..
kau sanggup lagi mengugut aku??

apa punya kawan lah kau ni..
boleh tak kalau aku nak panggil kau kawan yang tak kenang budi?
entahlah..
sejak dua menjak ni..
dia sering kirimkan sms dan panggilan telefon..
tapi satu pun tak berbalas oleh aku..
ya aku rasa aku perlukan sikit ruang untuk itu..
aku dah penat nak dengar semua masalah kau..
bila aku tak beri perhatian..
macam-macam kau tuduh aku..
apa lagi yang kau nak sebenarnya..?
aku rasa aku tak perlukan kau sebagai sahabat aku lagi
patutkah??
aku perlukan pendapat kau orang semua..




untuk kau yang selama ni bergelar sahabat aku..
terima kasih pada kau kerana telah masukkan nila dalam persahabatan kita yang suci murni sangat ni..
disebabkan segala-galanya yang terjadi..
aku dah tak boleh tahan lagi..
aku tak boleh bersabar lagi dengan semua ni..
dan aku dah muak dengan segala helah dan ayat-ayat manis dari kau..
kau yang menghancurkannya..
ini yang kau kata sahabat sejati..
sudahlah..
kau tak layak jadi kawan aku..
dan aku sedar aku juga tak layak untuk jadi kawan kau..
aku tak boleh penuhi segala hajat kau..
aku benci bila terpaksa kenang kenangan aku dengan kau waktu kita kecil-kecil dulu..
selama 12 tahun ni tak pernah sikit pun aku perlakukan kau macam ni..
tapi inilah balasan kau pada aku..
bila kau susah kau cari aku..
bila kau senang kau lupa siapa diri kau..
maafkan aku..

mungkin aku patut biarkan saja kau pergi..


p/s : kan dah cakap minggu ni sesi luahan hati..urgghh!

9 orang komen:

mYshah said...

i dunno...
mayb benar die salah...
tp eira mintak pendapat kan,
shah bagi la pendapat shah...
pendapat shah ialah xbaik kita memutuskan silaturahim...
klo nak kurangkan rapat its ok tp jgn la smpai xkawan trus kan? hurm...

tp decision akhir still kat eira.
pikiq la panjang2 positif n negatif mane2 pilihan keputusan tu, once u have made 1, berpegang pada keputusan tu n jgn pandang blakang lagi.

(eh da terleter panjang la plak, sowy2)

vidadarisakura said...

berapa kali suda ko bagi last chance sama dia?


hurm~
susa jg bila orang lain yang bemasalah kita pula kena tempias.

pal7 said...

eira kene berdepan dengan dia..syg la kalau da lama berkwn tp tiba2 nk putus cm tu jek..

kalau boleh bwk berbincang..bincang elok2 dlu k..

allin said...

yayaya...bincang elok2..maybe dea tak sedar gamaknya dea sedang lukakan hati kawan baik dea...so better speak out your feeling..pastu kalu dea still wat pangai yang same..ermmm..huhuhu...rasanye hilang sorang kawan pun takpe kot..kuikuikui...

asis said...

ak juga xtau hal sebenar so xbrani nk slahkn spe2..

tp its also happened to me..
but die xtkam ak blik..

ak jnis yg cpt serik w/pun die cume renggang dari ak..

for u..i think u should trust ur heart..if u cant accept them so dont push urself to accept..
u heart will broken some other day..

chipsmore said...

kawan biar beribu ribu..berkasih biar berjuta juta..hakk..jgn pkai statement daku ni..wakikiki

alan said...

fuhh macam sesi kaunseling heheee

thejijie said...

pndpt gg kan,
org mcm ni kita x blh bg muka sgt
walaupun dia kwn baik kita,
bila dia lakukan kesalahan,
tetap salah and
kita tak blh nak bersubahat...

senang eira trus terang ngan dia,
yg eira x suke dia buat salah mcm tu,
n kalau dia berdegil jgk,
eira ckp la yg eira x nak masuk campur...
bukan tak nak tolong,cuma nye kita tak nak bersubahat sama, kita sbgai kwan dah jalankan tugas kita utk beri nasihat...
kalau tak nak dengar, terpulang...

sbgai pendapat gg aje ;)

joegrimjow said...

best gak bace luahan hati org ni

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS