30 March 2009

susahnya jadi orang dewasa

banyak perubahan yang aku rasa membawa kepada tahap kematangan aku sekarang..antaranya :


  • setiap perkara yang aku buat aku kena fikirkan maruah keluarga dan baik buruk untuk kehidupan aku sendiri
    sebenarnya kan seronok kalau selama-lamanya jadi budak kecil..bukan apa..tak perlu memikirkan sangat perihal-perihal orang dewasa..tak penat nak fikir apa akan jadi esok..setiap hari adalah hari untuk bermain..bagi budak-budak lah..boleh lakukan apa aja dan tiada siapa akan marah dan sebagainya..setiap benda mak dan ayah akan uruskan..oh bestnya!!kalau dah besar ni jangan haraplah..kau perlu uruskan semuanya sendiri..setiap apa yang kau lakukan kena tanggung setiap risikonya..tidak lagi boleh bergantung harap pada mak ayah..lebih-lebih lagi macam aku yang sekarang tinggal sendiri dan jauh dari keluarga..setiap keputusan aku kena buat dan kadang-kadang aku sendiri rasa terbeban..tapi tak apa ada hikmahnya



    • cara pemikiran perlu jauh lebih matang dan segar
    aku rasakan banyak perubahan dalam diri aku dari segi luaran dan dalaman..kalau dulu semua keputusan nak ambil mudah,sambil lewa dan selalunya aku mengikut kata hati..sekarang semuanya berbeza..semuanya perlu di ambil kira sebab bila berlakunya sesuatu hal ianya selalu bermula dari perkara yang paling kecil dan yang selalu di anggap remeh temeh dan setiap baik buruk aku harus terima dengan hati terbuka..walaupun dalam hati kadang-kadang menyesal tak sudah..pengalaman mendewasakan..aku bersyukur bila dibesarkan dalam keluarga yang begini..banyak ajar aku erti hidup dan berdikari..hidup di rantauan memang banyak cabarannya..sebagai seorang yang berfikiran matang aku tak boleh cepat mengalah dan terngadah..



    • perlu mementingkan keluarga dalam segala hal.
    orang selalu cakap..bila bercinta akan ada yang membelakangkan keluarga lantas melupakan terus keluarga yang menjadi tulang belakang mereka selama ini..ya mungkin juga lah..ada segelintir dari kita yang lupakan keluarga demi kekasih hati..ini sebagai contoh saja..macam aku pulak aku belum lagi bercinta dan kadang-kadang aku terpaksa korbankan kehendak dan kemahuan aku sendiri walaupun aku sangat sukakannya dan inginkannya sama lah juga macam kekasih hati..aku perlu dapat kebenaran dan keputusan dari keluarga untuk bercinta..mungkin mereka bimbang aku buat pilihan yang salah..tapi kan serius aku bosan hidup macam ni..bukan aku mahu cakap pilihan keluarga tidak bagus..tidak..tapi bila fikir balik aku kan yang akan tentukan kehidupan aku..masa depan aku..mereka hanya boleh memantau apa yang patut saja..jadi tak salah kalau aku mahukan kebebasan sikit :) tapi apa-apa pun selalunya keputusan keluarga adalah yang terbaik kan?



    • tidak lagi meminta-minta sesuka hati
    dulu kalau waktu muda remaja memang gila punya kuat memberontak dan melawan..ya itulah aku kala zaman remajanya..lihat saja aku semacam sangat lembut dalam setiap perwatakan aku tapi sebenarnya aku adalah seorang anak yang sangat keras kepala dan berangin..haha senyum** kalau dulu nak mintak benda sikit tak dapat mesti hangin satu badan dan memberontak gila meroyan nak kan benda tu hari tu jugak..tapi sekarang tak lagi..aku lebih banyak beralah..dan bila kenang-kenang balik memang hingusan gila bila buat mak ayah macam tu..sekarang barulah aku faham erti tanggungjawab..barulah aku faham macam mana susahnya nak dapatkan duit dan betapa berkiranya mak ayah untuk keluarkan duit..bukan tak mampu..cuma mahu mengajar erti kehidupan..



    • belajar memahami perasaan orang lain dan perasaan sendiri
    bila jadi orang dewasa banyak perkara yang selalu orang tak dapat nak mengertikan..terutamanya hal yang berkaitan perasaan..bila dah makin besar segalanya berubah..tak boleh pentingkan diri sendiri walapun perasaan  kita sendiri tak tentu halanya..kalau dulu waktu kecil kita memang sentiasa bahagia dan gembira tapi bila dewasa ni bila dah pandai menilai apa itu perasaan rasa macam susahnya nak puaskan hati semua orang??kita nak orang faham kita tapi kita sendiri tak fahami diri kita dengan baik..hah macam mana tu?hihi


     


    p/s : rindu kat nawwa..rindu nya kat zaman kecik-kecik dulu bila tengok gambar dia..heh cepatlah kau besar!!

    3 orang komen:

    Kapten Luffy said...

    tu ler aku suka jadik kanak2... uwaaaaaaaaa

    pal7 said...

    kalau boleh nak pinjam mesin doremon patah balik masa lepas kan??..hehe

    farah said...

    amat suka jika dapat kembali ke zaman kanak-kanak.

    aha.

    :P

    Post a Comment

    setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


    best regards,
    eira

    EXCHANGE LINKS