02 February 2009

jika kita tidak dapat apa yang kita suka belajarlah menyukai apa yang kita dapat

Entri ini panjang..jika kesuntukkan masa sila beredar..


Apa yang mahu aku ulaskan disini ialah dalam hidup ini kita perlu bersyukur dalam apa jua keadaan sekali pun..sama ada kita suka atau tak kita tak punya pilihan..memang kita tak selalu dapat apa yang kita nak dan ada juga yang kita dapat kan?..tapi tak semestinya apa yang kita dapat itu yang terbaik untuk kita begitu juga sebaliknya..Oleh itu kita harus bersyukur kerana setiap baik buruk yang terjadi pada kita ada hikmah tersembunyi yang kita sendiri tak tau..


kadang-kadang kita lupa yang setiap dari kita sangat bertuah dan mempunyai kelebihan yang berbeza-beza yang membezakan kita dengan orang lain..tapi kita tetap sama di sisi Allah tak kira lah kau anak orang kaya dia pula anak orang miskin..yang sebenarnya kita semuanya sama saja di dunia ni..Cumanya Allah datangkan takdir dan cara hidup yang berbeza untuk melihat adakah kita bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaanNya atau sekadar mahu bermegah-megah dan riak?


ada orang yang lahir dalam keluarga yang serba kekurangan tapi kaya dengan kasih sayang dan ada juga yang sangat berharta dan kaya raya tapi kekurangan kasih sayang..adilkan takdir yang Allah berikan..bersyukurlah..sekiranya kita lihat kita adalah orang yang paling susah ingatlah bahawa ada yang lebih susah dari kita dan inilah yang dipanggil kehidupan..kita tak pernah meminta semua ini tapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras untuk kita mengubah hidup kita meskipun kita tak mungkin dapat mengubahnya melainkan dengan kuasa Allah s.w.t..percayalah Allah sentiasa mengasihi hamba-hambanya..kadang-kadang aku fikir aku memang selalu tak dapat apa yang aku nak tapi apa yang aku dapat aku hargai dengan sebaik boleh dan hasilnya adalah lebih baik dari yang aku jangka..aku harap kau orang juga begitu..


Firman Allah SWT:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.” (QS. Al-Baqarah, 2 : 152)


Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (QS. Ibrahim, 14 : 7)


“Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”. (QS. An-Naml, 27 : 40)


Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Q.s. Luqman, 31 : 12)


p/s : semoga kita adalah dari golongan orang-orang yang tahu bersyukur :)

6 orang komen:

epalgreen said...

sape-sape yang komen dah tentu baca sampai habes

;p ;p

Najwa said...

assalamualaikum akak =)
bile saye baca entri ni, saye rase tenang & syahdu :)
saye sukew entri ni :D
betul2 akak, kite kena bersyukur. :)

pal7 said...

btol tu..
kte kene bersyukur atas ape y telah tuhan kurniakan pada kita kan??
x baik mengeloh atas kesusahan sendiri..Allah telah menentukan yang terbaik bagi ape y berlaku pada kita..

Monkey D Luffy said...

wah... bermotivasi aku baca entri ni... hehehe

ezany said...

nak suka atau tak terpulang pada diri kita sendiri.. nak seribu daya..

klu dah mmg xnak.. buat ape pun tetap x suka..

vidadarisakura said...

sukur la nak..hee

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS