23 January 2009

tersentuh..

macam yang aku tulis baru ni..aku pergi kenduri arwah kan..aku agak sedih memandangkan orang yang meninggal tu adalah jiran dekat-dekat rumah aku juga..seorang makcik yang berusia 70an meninggal sebab kegagalan fungsi buah pinggang..sedih..aku baik jugak dengan makcik ni macam tak sangka lak..rasa macam baru semalam pergi melawat dia di rumah..sekejapan aku teringat kat mak ayah yang sekarang berada di Penang..harap-harap mak ayah tak apa-apa..


serius aku tersentuh bila membaca dan mendengar surah yasin yang disedekahkan untuk arwah..ya allah nak gugur je rasa jantung ni..betapa indahnya ayat suci al-qur'an tu sendiri..kalau dibaca dengan terjemahannya pasti keluar air mata aku..sedih bila tengok ahli keluarga arwah semuanya menangis hiba..yela kehilangan orang yang tersayang kan..aku pernah rasa saat ni..saat arwah atuk aku meninggal dulu..orang yang paling rapat sekali dengan aku..lagi sedih bila tak sempat tengok arwah atuk menghembuskan nafas untuk kali terakhir..aku rindu nak tolong garuk belakang badan arwah atuk.."atuk eira sayang atuk"..tuhan jela yang tau macam mana perasaan kehilangan orang tersayang..first time tu jugakla aku tengok air mata ayah berlinang..


semoga roh arwah dicucuri rahmat dari Allah s.w.t

4 orang komen:

Kapten Luffy said...

al fatihah untuk arwah

said...

semoga roh nya di tempat kan di kalangan orang2 yg beriman...

amin

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

Anonymous said...

Innalillahiwainnailaihirajiun.. al fatihah buat arwah...

Shira said...

kehilangan atuk pun merupakan kehilangan terbesar buat u . apatah i yang kehilangan ayah sendiri , orang yang membesarkan i dan mewujudkan i kat dunia ni

//al-fatihah . takziah

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS