22 January 2009

kenapa banyak sangat program realiti nyanyian?


fuuhhh..aku saja nak tulis entri ni..sebabnye aku makin bosan tengok televisyen a.k.a tv aku lebih suka meng'online'kan diri..sebabnya?program yang dihasilkan banyak program realiti je dari program pembelajaran..antaranya program realiti menyanyi..contohnya akademi fantasia..gangstarz..my starz LG..one in a million laa sekadar menyebut beberapa nama..isk..bosan siutt..


kesian orang Malaysia ni berebut-rebut nak jadi penyanyi..ape bagus jadi penyanyi ni ek..hahaha pada pendapat aku la menyanyi kalau sekadar nak suka-suka macam g karok ataupun jamming tak ape lagi..tapi kalau nak dijadikan sebagai sumber pendapatan tu lupakan jela..sebabnya kerjaya penyanyi ni bukan boleh kekal lama pun..tambah-tambah sekarang banyak penyanyi baru yang meningkat naik..ditambah lagi dengan kedatangan penyanyi dari negara luar seperti sedia maklum indonesia yang jauh lebih hebat nyanyian mereka dari negara kita sendiri..betul tak?


sebagai contoh korang tengok akademi fantasia cukupla dalam satu siri tu ade dalam 12 orang camtu laa..akhirnya yang top pun 2-3 orang je..tu pun kalau kau ade pakej kau bolehla kekal lama kan..antara pakej2 tu macam suara yang merdu, muka yang cantik atau hensem badan yang kurus && montok dan macam-macam lagi..aku tengok yang tak top semua ada yang jadi pengacara laa..pelakon laa..kesian kan nak cari duit..terpaksalah..kalau tak dapat nak jadi penyanyi jadi ape pun boleh laa asal dapat duit..kadang-kadang cerita dorang hot pun pasal syarikat rakaman mungkir janji laa tak ada syarikat rakaman nak amik jadi artis syarikat mereka la bla..bla..bla pastu komfem masuk melodi terjah abang nas haha  ;p ;p


banyak kontroversi dari kualiti nyanyian..melambak-lambak sangat sampai aku pon naik tak kenal sapa yang sedang menyanyi tu..aku cukup menyampah laa dengan dunia artis sekarang ni..serius semuanya plastik belaka..kalau kau dah tau nak jadi public figure tunjukkan lah attitude yang bagus sebab ramai peminat atau orang di luar yang memerhati kau dan ada juga yang nak menjatuhkan reputasi kan..ini tak..hebohlah dengan kes sugar daddy..dadah laa..tangkap khalwat laa..alahai kesian betul laa..ade yang menyanyi untuk tampung keluarga..nak ubah nasib keluarga..dengan pencapaian akademik yang tak seberapa apa sangat boleh kau harap pada bidang nyanyian ni?bidang ni ada turun naiknya


pastu cuba kalau korang perhatikan kalau program menyanyi yang berunsur keagamaan kurang mendapat sambutan kan..contohnya akademi nasyid dan akademi Al-Qur'an kat tv9 tu..mungkin sebab semua yang pergi tengok rancangan tu perlu mengenakan tudung atau bertudung..tapi aku bangga sekurang-kurangnya tv9 berjaya wujudkan program macam ni walaupun kurang nak dapat sambutan..paling tidak pun ada usaha


tapi dalam banyak-banyak penyanyi aku suka tengok penyanyi dr.fazley tu..waah hebat..pelajaran bagus sampai ke luar negara..ade perniagaan sendiri..cerita yang keluar pasal dia semuanya kejayaan dia dalam bidang-bidang pelajaran dan urusan perniagaan dia tak de la pulak pasal bidang nyanyian dia..mungkin dia nyanyi tak berapa nak bagus kot hahaha..contohilah dia hehe ayat poyo.


p/s : aku tulis ni berdasarkan pendapat aku je..aku bukan nak kutuk artis negara sendiri tapi sendiri tengok sendiri fikirlaa..aku juga mengingatkan diri sendiri sambil menulis entri ini..sampai sini dulu :)

11 orang komen:

Nadia said...

btol btol!
i ta suke artis. dorang budget popular. bila org ramai kerumun, buat muka berlagak. ceyh. ingat heran sgt? hahaha. tetibe geram. padahal geram kat someone lepaskan kat artis laen plak. hoho!

unknown said...

hmm
btol gk..tgk af skunk smpai dh nk stat season 7 dah...
tp klu nk suruh igt blk yg artis af yg lama2...
bape kerat jerr yg igt

mfk said...

yehee...
sgt suke entry nie..
betul2x...
mmg melambak2...
mcm 2 reason la mereka2 ni beriya2 nak menjadi artis... ade yg mengejar glamour n populariti..
x kurang juga yg mengejar material...
n byk la lagi...
tapi dgn keadaan skrg nie...
album diaorg bukan la laku mana pun...
nak lagu baru... taip jer kat internet & download...
kontroversi pulak mcm2...

tapi ade jugak artis yg baik2...
eg: siti, maya karin, ye ke??
entah la...

acid_amino said...

tpkn lau xde supporter bende tu xgerak punyer...nk buat mcm mane,sebenci2 n xsuke kite ade rmai lg yg nak..so pasrah je r...hahahaha

Kapten Luffy said...

semua faktor keuntungan jer... tu ler blh bg hadiah lumayan

Fariza said...

aku lg nyampah

Siti Fatimah Nabihah said...

hurm... tul2 kak! ct sokong! boring la..! xdak program len dah ke? hahaha

pal7 said...

org y wat program tuh sbb nk kaut keuntungn lumayan..biasa la dunia hiburan..

*pal sokong pon x..bantah pon x jgk..

Unknown said...

tu la byk sgt program realiti camni jadi ramai la penyanyi yg x bkualiti tp bukan la semua. contoh mcm kaer, die tak jadikan nyanyian tu sumber pendapatan die kan. org2 mcm die nih bagos la reti pikir psl future.

ramai jadi penyanyi nih nk glamour jer. tah pape.

eventho i menyanyi jugak tapi ta pnah i pikir nk jadikan karier. cukup la skdar hobi atau pendapatan sampingan :)

*pil.tahan.sakit* said...

dah banyak2 sgt artis.. makin dah xbyk kualiti.. semua streotype je..
takde kelainan..


aku suka rancangan realiti yang bagi kerjaya tu.. mcm nescafe kick start. malaysian project runaway ke..

Ir. hydir said...

haha... suka tengok Raja Lawak
boleh tumpang gelak2 sikit..

nyanyi2 ni kureng sikit.. x penah undi pon :)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS