05 January 2009

bila kawan rapat jadi kawan jauh

Entri kali ini mungkin agak lain dari biasa..aku cuma mahu war-warkan disini..bermula hari ini dan seterusnya penggunaan Bahasa Malaysia dan bahasa baku akan aku kuatkuasakan dalam setiap coretanku di dalam blog ini..aku seperti teruja bila melihat kawan-kawan blog yang lain memartabatkan bahasa negara kita sendiri..dan tercetus lah idea untuk aku menulis dengan konsep baru ini..harap kalian akan biasa dengan situasi ini

ada apa dengan entri kali ni ya?pertamanya aku ingin bertanya pada kalian semua..pernahkah mengalami situasi seperti diatas iaitu bila kawan rapat, baik, karib dan sewaktu dengannya menjadi kawan yang paling jauh dari kita..ataupun pernah tak kalian semua terkena situasi bercinta dengan rakan karib sendiri yang akhirnya berakhir dengan kegagalan dalam percintaan dan terputusnya persahabatan..?sedih bukan?


ya..aku antara yang pernah terkena dengan dua-dua situasi yang aku sebutkan diatas..pengalaman mengajar aku erti dewasa dan persahabatan..zaman berubah..manusia berubah..makin kita dewasa kita membesar dan berubah seiring dengan kemahuan kita bukan?seperti situasi kawan rapat jadi kawan jauh itu, dulu aku mempunyai beberapa sahabat karib yang sangat rapat dan sekarang segala-galanya berubah...


Teringat ketika sebelum berakhirnya peperiksaan SPM aku bersama teman-teman rapatku menangis tak terhingga bila tibanya saat perpisahan kerana kami tahu kami akan berpisah dan mengikut haluan masing-masing dan di situlah bermulanya kisah ini apabila kami semuanya berjanji persahabatan yang terbina selama 8tahun ini tak akan sia-sia dan berakhir begitu saja..tapi tak sampai setahun jagung pun kami telah pun jarang beutus sms dan panggilan yang biasanya kami lakukan sepanjang zaman persekolahan dulu..zaman berubah manusia berubah..kesal..dulu pernah salah seorang rakan aku berkata "janji jangan lupa kawan-kawan"..tapi akhirnya dia yang menghilang dan menjauhkan diri..ya mungkin dia mempunyai banyak komitmen lain..selain bergelar mahasiswi dia juga mempunyai tanggungjawab lain bila mula mendapat kawan lelaki baru atau istilah lebih dekat teman lelaki..dan mungkin di kampusnya terdapat lebih ramai rakan baru sekaligus melupakan kami...haha syabas wahai sahabat..engkaulah sahabat dunia akhirat..tuiihh


situasi kedua bercinta dengan rakan karib sendiri yang akhirnya berakhir dengan kegagalan dalam percintaan dan terputusnya persahabatan..pastinya cerita yang berbeza tapi situasi yang sama..bila mana kita mempunyai sahabat baik lelaki dan semakin hari hubungan persahabatan semakin mendalam dan cinta mula bersemi..mungkin ramai yang terkena situasi begini..mereka lebih selesa untuk berkawan dan mengenal hati budi terlebih dahulu dan seterusnya menjalin perasaan cinta..tapi pernah tak terfikir risikonya?banyak risiko yang akan jadi bila bercinta dengan sahabat baik sendiri antaranya bersediakah kita untuk menghadapi perpisahan sekiranya cinta yang disemai tidak menjadi..?suka diingatkan bahawa sahabat boleh bertukar kepada kekasih tetapi cinta tidak boleh ditukar ganti dengan persahabatan..


bila jadinya situasi seperti ni..persahabatan yang terbina sekian lama seperti tiada seri lagi..bila berakhirnya sesuatu percintaan pastinya hubungan yang dulunya baik bertukar dingin seterusnya semakin jauh dan menjauh..sanggupkah..kalau tanya aku pastinya aku tak sanggup..cukuplah sekali aku terkena..aku lebih sayangkan persahabatan dengan rakan karib lelakiku itu dan seterusnya mengenepikan perasaanku sendiri dari bercinta lagi..ia lebih berbaloi dan pastinya tiada hati yang akan terluka..sudahlah kehilangan cinta ditambah lagi dengan persahabatan..secara peribadi aku lebih suka berkawan dengan kaum adam berbanding hawa bukanlah kerana gatal mengenyam dan sebagainya kerana mereka lebih memahami dan cara pemikiran mereka jauh lebih matang dari orang perempuan..bukanlah aku mengatakan bahawa kawan perempuan tidak bagus..tidak sama sekali tapi kebarangkalian untuk sesuatu hal/peristiwa untuk bocor agak tinggi..kerana apabila kita petah bercakap kadang mulut tak sengaja terlepas..hehehe


p/s : sebenarnya aku sangat merindui seseorang tika ini..dia bukanlah bakal kekasih hati..cukup-cukuplah bertanyakan tentang bakal kekasih hatiku..malas aku mahu menjawabnya..

7 orang komen:

Kapten Luffy said...

syukurlah walaupun bekas kekasih kapten dan sorang yg kapten nak tackle tak dapat masih kawan baik kapten.

walaupun jarang berhubung sebab diorang berumahtangga tapi kadang2 dapat gak email dari diorang bertanya khabar

Luth Textile said...

sama la kita..
pernah rasa macam yang awk rasa..

Liquid said...

owh... incek liquid penah cmneh, tp terbalik sket.
kawan yg incek liquid tackle tuh akhirnya jd kwn baek incek liquid sndrik. syukurlah. =)

unknown said...

sbor2x jer yer

»Mrs Bintang« said...

ermm..bila bersahabat usah dicemari ngn perasaan cinta..hihihi...
sahabat tetap sahabat..
kekasih tetap kekasih..
dua situasi yang berbeza
tetapi mempunyai hubungan yg sume rapat...

Bb pun ramai sahabat baik lelaki..diowang xde sifat dengki mendengki ni tu yg bestnya kawan ngn kaum ni...

Unknown said...

iera,

situasi yang sama kita lalui,
membuatkan uu teringat zaman sekolah && kawan2 yg mmg macam adik beradik

tp sekarang???
dimanakah mereka semua??

adakah mereka masih ingat rakannya ini??
atau
sudah luput dalam otak fikiran mereka,??
juz sekarang lupakan yg lalu..

yups,
uu setuju dgn pndpt iera,
kawan adam lebey memahami situasi kita, mereka leh terima apa keadaan sekali pun!!

kalo kaum hawa, kita menceritakan!
mereka hnya memperlekehkan sahaja!!

iaitu memang realiti!! mmg ade dalam kehidupan kita.
bukan memperlekehkan kaum hawa kerna aku jugaks seorang kaum hawa. yang dapat merasai perasaan spt mana yang dirasai!!~

* taip jer nih iera, kalo ade terasa, maafkan saya!!

Anonymous said...

xpe yuyu
:)
same cara pemikirn kite
;p ;p

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS