Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

02 January 2011

bukit gambang resort city - part 2

hai semua . hari ini mood aku sangat baik dan badan tak sakit-sakit lepas seronok sakan bercuti . jadi jom kita sambung cerita bukit gambang dari entri semalam . bagi yang terlepas boleh tekan link gambang untuk imbau balik kenangan lama aku di Gambang . lama lah sangat kan? padahal baru je semalam balik dari bercuti . nampak sangat eksited lebih aku ni . huahua . dekat Gambang ni boleh tahan lah jugak sebenarnya . nak kata boring tak boring sangat , nak kata tak boring pun tak adalah boring sangat . sedang-sedang aje . mungkin sebab tempat ni baru je dibuka jadi orang pun tak ramai tau tempat ni . tapi yang benarnya aku lagi suka orang tak ramai sebab tenang sikit . tak ada lah nak kena beratur panjang nak main waterpark dekat situ . okey ni gambar-gambar sekitar waterpark nya . aku tak sempat nak tangkap banyak sebab dah terlebih semangat nak main slide dekat situ hehe .


ni bangunan waterpark tu


ini pulak trademark pintu gerbang waterpark tu .


antara permainan yang ada dekat situ


banyak pengunjung kanak-kanak dari orang dewasa sebab tengah cuti sekolah waktu ni .


keseluruhannya boleh tahan lah waterpark dia sampai sempatlah aku tergolek-golek jatuh dekat salah satu tempat permainan dia . habis siku-siku aku luka main kat sini . haha kira tinggalkan kesanlah dekat sana . luka sikit je . kalau nak tau masa nak main dekat waterpark ni hujan tengah renyai-renyai . aku dengan abang dan kakak ipar aku selamba badak je redah . bajet nak cuba semua permainan . last-last lepas cuba 3 slide yang ada dekat situ hameekkk kau , pancit habis tiga-tiga . haha memang seronok ah dapat main air . sampai lupa dah 3 jam main dekat sana . 3 jam? apa lah sangat kan . dasar perangai kebudak-budakan masih menebal dalam diri . dekat situ ada juga yang main bola tampar . tapi tempat terhad lah . tak besar mana pun tempat main bola tampar tu . yang paling kesian mak lah sebab kena jaga damia sepanjang 3 jam tu . yelah siapa lagi nak jaga memandangkan mak dah awal-awal cakap mak takut nak main dekat tempat air ni . hehe kesian mak jadi mangsa keadaan .

lepas je habis main dekat waterpark tu aku sekeluarga pun bertolak ke rumah pakngah aku dekat Chini Timur . singgah sekejap je sebab masing-masing pun dah keletihan lepas main air . lepas asar kita orang bertolak pulak ke rumah mak ayah di Jengka 1 . memang penat ah wa cakap lu . tak sempat nak rehat dah kena harung ke sana-sini . sampai selesema aku dibuatnya . nasib baik , tak demam . hai mintak simpanglah dari kena penyakit buat masa sekarang sebab cuti sem tinggal 4 hari je lagi . sedihnye T______T . semester ni aku dah naik sem 5 , tinggal 3 semester je lagi nak habis belajar . cepatlah masa berlalu . 




2 orang komen

bukit gambang resort city - part 1

hai semua . hari tu aku ada cakap aku nak pergi bercuti kan? dah 3 hari 2 malam kalau tak silap aku tak update blog ni . tu pun kalau ada orang perasan lah :DD sebenarnya bukan tak nak update . laptop , broadband , power supply semua dah bawak sebab tau nak pergi bercuti luar KL tapi akhirnya aku hampa bila line digi ni tak ada coverage pulak . haih sedih betul . macam manalah agaknya dah masuk hostel nanti ada ke peluang nak update selalu macam sekarang? haih hampa berganda-ganda T_______T . insyallah kalau ada masa dan line digi tak mengecewakan aku akan selalu update blog ni . tapi kalau senyap sunyi tanpa berita korang masih boleh ikuti perkembangan aku dekat twitter atau pun facebook ok . senyap bukan maksud tak ada tapi sibuk dengan urusan lain .

berbalik pada topik tadi , kali ni ayah dah janji sebenarnya nak bawak aku sekeluarga pergi bercuti . nak berehat-rehat dan santai-santai katanya .mula-mula cadangnya nak pergi dekat tempat kunang-kunang tu , sekali dia cancel pulak , nak pergi Bukit Tinggi pun cancel lagi , last-last ayah kata pergi bercuti dekat Bukit Gambang je . bagi yang tak tau Bukit Gambang ni dekat Pahang ye . awal-awal tu aku macam tak teruja sangat pun sebab aku dah selalu sangat balik Pahang . dah kata pun kampung ayah . jalan yang sama pulak tu guna cuma adalah bezanya sikit-sikit . lepas dah sampai dekat sana tu barulah mood nak bercuti tu datang sikit-sikit itu pun lepas tengok kawasan yang agak mendamaikanlah pada mata aku . dekat sana aku duduk dekat hotel yang ala-ala apartment lah kira . satu rumah tu ada dua bilik besar , ade dua buah katil besar dan bilik air , ada balkoni dan ade meja makan serta dapur . bolehlah kan kalau nak rehat-rehat saja :DD . dekat sini kita orang ambil pakej 2 hari 1 malam je siap dengan sarapan pagi dengan makan malam . kita orang ambil family suite je sebab kita orang pun tak ramai , dalam 5 orang dewasa + 1 budak kecik tembam , damia  . pakej ni dia siap dengan tiket masuk dekat waterpark dia , naik tram , dengan paintball . harga pun boleh tahan . tapi aku nasihatkan kalau nak harga yang jauh lebih murah baik pergi waktu bukan cuti sekolah . dan layanan dia orang memang tip top dan tempat dia sangat bersih . aku suka (^-^)


waktu hari Khamis nak bertolak tu , kita orang diberitahu waktu untuk check in dekat sana pukul 3 . jadi ayah pun ambil keputusan nak bertolak dalam pukul 12 . dan hasilnya kita orang sampai nak dekat pukul 5 jugak sebab tambah tolak waktu pergi makan-makan-sembang-sembang lagi kan . tapi bila sampai tu agak mengecewakanlah sebab pakej yang kita orang dapat ni tempatnya dah nak tutup seawal pukul 6 . memang sampai-sampai terus rehat jela sampai keesokan harinya . malam tu makan banyak jugaklah . sebab buat buffet kan . boleh lah ambil banyak mana nak . macam-macam makanan ada . dari makanan western , tradisi , buah-buah sampailah ke ais krim pun ada sebagai pencuci mulut . dan waktu pagi , sarapan pagi yang dihidangkan pun ada macam-macam jenis makanan macam bubur , omellete , meehoon , dan macam-macam lah . hehe :DD



ni tempat makan dia sebenarnya , tapi terlindung sebab pokok krismas giant ni ada . huhu patut dah boleh cabut dah sebab krismas dah habis hehe :P . sampai sini dulu , mata dah berat , hidung dah berair , katil dah memanggil-manggil suruh tido :) . nantikan entri sambungannya xoxo
0 orang komen

EXCHANGE LINKS