06 January 2012

bila dia hilang tempat mengadu..

assalamualaikum..


penat tengok social networks harini. semuanya heboh bercerita pasal Amalina Che Bakri. bukan tak nak ambil tahu tapi sangat bosan bila di berita , surat khabar dan mana-mana medium pun disajikan dengan cerita begini dengan input yang berbeza-beza.cerita yang berlainan di blog-blog. melemaskan.

tapi apa yang terjadi pada hari ni sangat menyedihkan bagi aku. hari ni aku dapat satu berita sedih dari encik kesayangan. awal-awal pagi dia dah telefon. aku pun pelik mulanya sebab dia bukanlah suka menelefon aku awal-awal pagi sebab masing-masing pun tahu tak nak mengganggu di pagi hari. dan ia sangat mengejutkan dapat panggilan dari dia pagi td.lebih kurang macam ni la perbualan kita orang pagi tadi;

dia : syg mak b dah meninggal. b nak pergi hospital nak confirmkan kematian mak.

aku: dengan nada terkejut. aku terus ucap astaghfirullahalazim. sebab macam tak percaya apa yang aku dengar. dan bila dia ulang balik mak dia meninggal cepat-cepat aku ucap innalillahiwainnailaihirojiun.



dia : oklah b nak gerak ni. nanti dah confirm b call syg balik. 

talian di matikan.

aku terkesima.

cepat-cepat aku beritahu mak dan ayah dan semua pun macam tak percaya apa yang aku cakapkan. aku lagi bingung. mana tak nya, baru minggu lepas aku dibawa ke rumah encik kesayangan untuk tengok keadaan mak dia yang sakit. waktu tu memang nampak mak encik kesayangan sangat lemah dan tak bermaya. tapi apakan daya, ajal maut semuanya di tangan Allah.

selang beberapa jam. encik kesayangan call aku. dia beritahu mak dia sudah disahkan meninggal dunia dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas Asar. sesungguhnya hari ni aku sangat ralat dengan diri sendiri sebab tak dapat menghadirkan diri waktu sebegini. waktu dia sangat memerlukan aku. i'm sorry b.

untuk pengetahuan waktu menulis entri ni aku di Bukit Tinggi temankan mak dan ayah. mak dengan kaki nya yang sakit manakala ayah dengan urusan kerja. tapi ayah aku selepas dengar berita tu serta merta menelefon abangku dan menyuruh dia wakilkan ayahku pergi ke rumah encik kesayangan. hati aku tuhan sahaja yang tahu. syukurlah abang memang nak pergi dan turut sama hadir di rumah encik kesayangan dari waktu arwah disembahyangkan hinggalah dikapankan. alhamdulillah.

untuk awak yang saya sayang.
syg akan selalu bersama b waktu susah dan senang dan syg harap b tabah hadapi dugaan Allah yang maha hebat ini. semoga arwah mak dan ayah b dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. syg b




0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS