04 December 2011

Ombak rindu..best ~!

assalamualaikum.


just a quick update from me.


Minggu lepas bersamaan hari Khamis aku ada meluangkan masa dengan encik buah hati tengok movie Ombak Rindu. mula-mula tu kan aku ada cakap aku nak tengok twilight breaking dawn kan?tapi sayangnya aku memilih untuk tengok cerita Ombak rindu bila diberi dua pilihan dari si dia. lebih kurang gini lah mesej dia

si dia : ari khamis ni nak tengok wayang tak? 
aku : dengan terpinga-pinga aku tanya " nak tengok cerita apa? "
si dia : pilih nak tengok twilight breaking dawn ke Ombak rindu. b dah dekat Pavilion ni nak beli tiket
aku : Ombak rindu. Fullstop

sebenarnya dua-dua cerita ni aku nak tengok. tapi aku dah tengok pon twilight breaking dawn dekat laman web kat sini www.ddmf.biz. aku tunggu download cerita twilight breaking dawn ni sampai 3jam semata-mata nak tengok cerita kesukaan aku ni sebab aku tau encik boyfriend bukan selalu ada masa untuk tonton wayang sama-sama aku dan aku pun jarang-jarang tengok wayang sebenarnya.haha

dan Ombak Rindu was superbbbbb. serius nak meleleh air mata tengok jalan cerita ni walaupun pada aku lah kan merasakan yang jalan cerita ni sedikit lambat . serious pilihan aku untuk tengok Ombak Rindu tepat. walaupun jalan cerita tak sama macam novel tapi aku suka. aku suka sebab Izah akhirnya bahagia dengan olahan dari pengarah dengan caranya tersendiri.

Korang patut tengok. Maya Karin sangat lain dalam cerita ni. sedih sangat tengok dugaan yang jadi pada dia. serta merta tengok movie ni hati aku jadi hati tisu. sebak rasa bila tengok seorang wanita diperlakukan macam Maya Karin kena dalam cerita ni. hati mana tak sedih bila tengok Izah keguguran , dipanggil dengan panggilan perempuan simpanan dan macam-macam lagi. Lakonan Lisa Surihani sebagai Mila juga tak mengecewakan .

Dan yang paling penting Aaron Aziz berjaya bawa watak Hariz . kesian dia tersepit antara ibu dengan Izah. Mila cintai Hariz dari kecil lagi tapi sayangnya cinta Hariz hanya untuk Izah . Tapi memang rasa nak lempang-lempang je mak Hariz dalam cerita ni , ( Azizah Mahzan ) sebab macam-macam cara dia buat untuk pisahkan Izah dengan Hariz. Luckily Maya Karin sangat setia.

p/s : tak nak cerita banyak-banayak korang kena tengok sendiri ok.

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS