05 December 2011

mak sakit

assalamualaikum.


waktu menaip entri ni fikiran masih di sini tapi hati dan perasaan semuanya berada di hospital . sedih bila tengok keadaan mak yang sakit. banyak kali juga mak kena tahan wad semenjak dua menjak ni walaupun tahap kencing manisnya dah semakin berkurangan dan makin baik. biasalah bila silap makan sikit akan ada komplikasi pada mak, penghidap diabetes.

mungkin salah kami sekeluarga, sebab tak pantau betul-betul setiap apa yang mak makan, setiap apa ubatan yang mak perlu ambil dan memantau tahap gula dalam badan mak. dan mungkin juga faktor kepenatan antara satu sebab utama mak di masukkan hospital. bila dah jadi macam ni semua pun susah hati dibuatnya. maafkan eira mak eira dah cuba yang terbaik untuk jaga kesihatan mak.

semuanya bermula waktu mak berada di Pahang dua tiga hari lebih awal dari kami untuk bantu siapkan perkahwin adik-beradik sebelah ayah. mungkin disebabkan faktor umur mak yang sudah menginjak 50an dan penyakit yang dihidapinya buatkan dia berada dalam keadaan kurang sihat, tak macam orang biasa. Mak aku ni aku tau, dia tak kan rasa senang lenang kalau tak membantu kerja-kerja kahwin dan mak memang sangat ringan tulang dalam kerja-kerja orang perempuan tapi dia selalu juga lupa yang tahap kesihatan dia tak mengizinkan dia bekerja keras dan kuat. sudahnya mak demam teruk dan kini terlantar di hospital.

doktor sahkan mak demam dan gula dalam darahnya tinggi. selain tu, kaki mak juga dijangkiti kuman. syukurlah kuman tu tak merebak teruk dan tidak menanah. aku tahu mak risau. berhari-hari dia menangis sebab takut sebelah kakinya dipotong. dan aku sebagai seorang anak hanya mampu menenangkan perasaannya. dan alhamdulillah doktor kata kaki mak hanya infection pada surface kulit sahaja dan bila di xray tiada infection pada tulang. untuk pengetahuan semua, orang yang berpenyakit kencing manis memang senang kuman nak merebak hingga ke tulang. syukurlah semuanya baik-baik saja.

nasib mak baik sebab aku sekarang pun tengah cuti semester dan abangku juga tengah cuti persekolahan. biasalah dah kata pun cikgu kan. cuma ayah yang berjauhan dengan mak. ayah terpaksa balik disebabkan bertugas di negeri sembilan. aku dan abang ambil alih tugas menjaga mak di HUKM. harap mak cepat sembuh dan boleh bergurau-gurau lagi macam selalu.

p/s : doakan mak cepat sembuh ye. terima kasih.



6 orang komen:

Farah said...

sabar yee ^_^

J. Hass said...

semoga mak awak cepat sembuh :)

eira said...

huda : thank you

eira said...

J.Hass : amin

elyana said...

rara.... awk kat hukm ag ke?
da dkt da ngn umh nana...

awk byk2 kn bersabar ea...
semoga mak rara cpt sembuh.

;)

eira said...

yup..
dekat hukm lagi

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS